Debaran Konsert Metal Return 1.0 Bersama Xpdc & May Makin Terasa

Konsert Metal Return 1.0

Debaran Konsert Metal Return 1.0 Bersama Xpdc & May Makin Terasa |  Debaran makin terasa kerana tinggal kurang daripada duaminggu sahaja lagi untuk konsert Metal Return 1.0 Live yang bakal menampilkan dua kumpulan Rock legenda XPDC dan May. Mereka yang sangat popular di era 80 dan 90-an bakal beraksi di Stadium Perak, Ipoh yang mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 30,000 orang pada 15 Disember 2018 ini. 

Konsert Metal Return 1.0

Dianjurkan oleh Ladyboss Studio yang berpangkalan di Ipoh, konsert ini dijangka akan menggamit nostalgia para peminat tegar kumpulan serta muzik era tersebut. 

Lebih menarik lagi, XPDC yang tampil dengan album terbaru berjudul Doa (Dakwah Only Allah) akan menampilkan lagu-lagu popular serta lagu-lagu terkini yang mempunyai mesej berunsur dakwah.

Bagi May pula yang memang berasal dari Ipoh Perak, konsert ini ibarat balik kampung buat mereka dan semestinya tidak sabar untuk menghiburkan para peminat setia.  

Tiket untuk menonton Konsert Metal Return 1.0 Live @ Stadium Perak, Ipoh dibawakan dalam 3 kategori iaitu VIP ZONE dengan harga RM150 di mana peminat berpeluang hadir dalam sesi meet & greet XPDC dan May dalam majlis hi tea. Pemilik tiket ini juga layak mendapat T shirt logo VIP serta dapat bersama dalam sesi sound check bersama artis.  Manakala kategori ke 2 iaitu METAL ZONE berharga RM95 akan mendapat T shirt dan kategori ke 3 iaitu METAL ZONE berharga RM60. Tiket-tiket tersebut boleh didapati atas talian dari www.stubapp.com atau dengan menghubungi talian-talian berikut iaitu :

  • 017 5787728 (Nan)
  • 019 5578855 (Arm)
  • 013 2364057 (Mie)
  • 017 5550072 (Hafiz)
  • 019 2407994 (Mentari Merah)

Para penonton yang hadir juga boleh berhibur sambil beramal kerana setiap pembelian tiket ada menyumbang kepada badan kebajikan tertentu. 

Tidak ketinggalan juga, adalah pelbagai persembahan sampingan selain cabutan bertuah. Ini termasuklah pertandingan Kap-chai Supreme Hero 1.0 kelolaan Blockchain Island yang juga akan diadakan pada jam 10 pagi pada 15 Disember 2018.

Hanya dengan bayaran pendaftaran penyertaan sebanyak RM80 kepada Blockchain Island, peserta akan mendapat tiket Konsert Metal Return 1.0 Live serta T shirt Event Kap-Chai Supreme Herd 1.0  + Sticker + 1 peluang untuk cabutan bertuah.

Hadiah utama cabutan bertuah merupakan sebuah kereta PeroduaMyvi, motorsikal YAMAHA YiSZR, Yamaha Ego, HONDA R5150R, tiga buah televisyen LCD,tiga buah amp gitar, tiga buah gitar elektrik, tiga buah gitar bass, dan 10 tiket ke taman tema Lost World of Tambun. Selain itu ada juga 30 helmet, 10 pasang sport rim, 30 unit sarung tangan motorsikal serta 30 helai bandana eksklusif XPDC.

Konsert yang berlangsung selama 12 jam ini menampilkan 15 kumpulan termasuk tamu undangan seperti Sparrow, Gfoss, Rockvival, Chronology, Ur’s, Portzero,Granite, Sniperz, Septiktone, Hakikat, Trivia, Ubs Band, Metalluka, Holysnake dan Farasu yang turut beraksi.

Leave a Reply