Demam bola melanda Coca-Cola Collectors Fair 2018

Football was the theme for the day at the Coca-Cola Collectors Fair 2018

Demam bola melanda Coca-Cola Collectors Fair 2018 |  Acara tahunan Coca-Cola Collectors Fair kembali ke Berjaya Times Square di mana kira-kira 70 pengumpul dari 13 negara berhimpun untuk mempamer, menukar dan menjual segala barangan Coca-Cola.

70 pengumpul dari 13 buah negara mengambil bahagian dalam Coca-Cola Collectors Fair 2018 di Berjaya Times Square
70 pengumpul dari 13 buah negara mengambil bahagian dalam Coca-Cola Collectors Fair 2018 di Berjaya Times Square

Sempena Piala Dunia FIFA Russia 2018 yang dinanti-nantikan bulan hadapan, tema tahun ini segalanya berkaitan bola sepak di mana hubungan sekian lama Coca-Cola bersama Fédération Internationale de Football Association (FIFA) yang bermula pada 1974 memastikan pelbagai himpunan koleksi Coca-Cola daripada pelbagai acara FIFA dipamerkan.

Pengumpul Kwek Kiok Liang menerima Anugerah Paparan Terbaik daripada Ahmad Yehia, Pengurus Negara untuk Malaysia-Singapura-Brunei, Syarikat Coca-Cola
Pengumpul Kwek Kiok Liang menerima Anugerah Paparan Terbaik daripada Ahmad Yehia, Pengurus Negara untuk Malaysia-Singapura-Brunei, Syarikat Coca-Cola

“Coca-Cola sentiasa berkongsi minat peminat bola sepak di seluruh dunia dan menerusi kerjasama dengan FIFA, kami menjuarai kuasa permainan untuk menghimpunkan masyarakat bersama-sama. Kami bersedia untuk membawakan keterujaan sempena Piala Dunia FIFA Russia 2018 dan untuk menyelami mood ini, kami mengetengahkan tema Coca-Cola Collectors Fair tahun ini segalanya tentang bola sepak yang mana orang ramai berpeluang menyaksikan sejarah dan jalinan hubungan antara Coca-Cola dan FIFA sepanjang beberapa dekad ini,” kata Gareth McGeown, Ketua Pegawai Eksekutif Bottling Investment Group Malaysia-Singapura-Brunei, Syarikat Coca-Cola.

CEO Bottling Investment Group Singapura-Malaysia-Brunei, The Coca-Cola Company, Gareth McGeown (berdiri kanan) dengan ahli-ahli Malaysian Collectors Coca-Cola Club
CEO Bottling Investment Group Singapura-Malaysia-Brunei, The Coca-Cola Company, Gareth McGeown (berdiri kanan) dengan ahli-ahli Malaysian Collectors Coca-Cola Club

Bersama-sama pengumpul dari Malaysia serta turut disertai peminat dari Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Korea, Jepun, Sepanyol dan Perancis, edisi kelapan Coca-Cola Collectors Fair menjanjikannya sebagai acara antarabangsa yang tersendiri.

Pengumpul Affandi bin Masran dari Johor Baru dengan bangga mempamerkan botol gelasnya dari Mexico
Pengumpul Affandi bin Masran dari Johor Baru dengan bangga mempamerkan botol gelasnya dari Mexico

Pengumpul Malaysia, Joe Lim yang berusia 41 tahun mula mengumpul koleksi botol pertama Coca-Cola dari China pada 2002 dan meneruskannya hingga kini. Dia kini berbangga memiliki  hampir 1,000 botol ikonik daripada pelbagai saiz dan bahan.

Stephane Buttigieg dari Perancis adalah salah seorang peserta yang mempamerkan koleksinya yang berharga
Stephane Buttigieg dari Perancis adalah salah seorang peserta yang mempamerkan koleksinya yang berharga

“Ini kali ketujuh saya menyertai acara tahunan ini dan saya seronok bersama rakan pengumpul lain yang datang dari jauh dan dekat. Kami  bukan saja bertukar koleksi tetapi turut berkongsi cerita dan pengalaman, yang bagi saya sesuatu yang sangat berharga. Coca-Cola Collectors Fair menjadi perhimpunan terbesar di rantau ini dan satu platform yang menarik untuk menghimpunkan pengumpul bersama,” kata Lim.

Selain daripada pengumpul, orang ramai juga mengunjungi pesta tersebut untuk meneroka dunia baru dan menyertai permainan yang menyeronokkan bagi memenangi koleksi edisi terhad Coca-Cola. Mereka juga berpeluang untuk mendapatkan tawaran menarik di gerai Wendy’s dan Hero Market pada acara berkenaan.

Rakan runcit Coca-Cola memberi sokongan kepada acara ini dengan tawaran istimewa –  Hidangan mengenyangkan Wendy’s dengan tawaran nilai berganda RM5 untuk 2 ayam goreng  rangup dan RM1.50 untuk 2 kon berkrim Frosty, manakala Hero Market melegakan dahaga dengan harga rendah RM1 untuk tin 320ml bagi pelbagai jenis minuman oleh Syarikat Coca-Cola.

Sementara itu, Berjaya Times Square kembali sebagai penaja rasmi venue untuk Coca-Cola Collectors Fair.

Coca-Cola Collectors Fair di Malaysia bermula sejak 2011 dan secara tradisinya diadakan pada bulan Mei sempena Hari Pengasasnya di mana Coca-Cola pertama kali diperkenalkan pada 8 Mei 1886 di Atlanta, Amerika Syarikat.

Leave a Reply