Dim Sum dan Japanese Dish Makan Sampai Kenyang di China Treasures SDCC

China Treasures Restaurant

Dim Sum dan Japanese Dish Makan Sampai Kenyang di China Treasures SDCC | Sime Darby Convention Centre melalui China Treasures kini membawakan promosi “All You Can Eat” Dim Sum dan Japanese Delicacies yang berlangsung dari 1 Ogos sehingga 30 September 2019. Terdapat 64 jenis Dim Sum dan 15 jenis makanan Jepun untuk dinikmati pada harga RM79++ / pax.

Dim Sum dan Japanese Delacacies di China Treasures
Promosi “All You Can Eat” China Treasures @ Sime Darby Convention Centre

Apa mahal RM79++ untuk “All You Can Eat”? Kalau nak diskaun lagi, datanglah dengan berpakaian ala-ala warna jalur gemilang seperti merah, biru, kuning dan putih dan anda boleh tuntut diskaun sebanyak 31% bagi meraikan hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 dan Hari Malaysia yang ke-56!

Pada sesi makan-makan dengan geng-geng blogger havoc (yang tak cukup korum nie), kami telah disajikan dengan 22 jenis hidangan Dim Sum + Sushi tau. Haaaaa memang best la makan dengan geng sakan sambil berdiskusi soal dunia yang trending sekarang nie. Siap dalam bilik lagi, maklum la karang bising satu restoran so better duk dalam bilik tertutup.

Geng blogger kaki makan
Geng kaki makan, kaki bahan, kaki gosip…….

Antara hidangan Dim Sum yang kami rasai adalah seperti Steamed Beancurd Skin with Chicken & Shrimp, Steamed Buttered & Salted Egg Yolk Bamboo Charcoal Bun, Poached Chicken Dumpling served in Spicy Chilli Oil, Poached Chicken & Shrimp Dumpling in Clear Broth (Sui Kow), Stir Fried Raddish Cake & Beansprouts with Chili Sauce, Deep Fried Fish Skin with Salted Egg, Steamed BBQ Honey Chicken Bun, Steamed Chicken & Shrimp Dumpling with Mushroom (Siew Mai), Stemed Rice Roll with Shrimp (Chee Cheong Fun), Shrimp Dumpling ‘Har Gow’ dan banyak lagi…

Manakala untuk hidangan Jepun pula kami mencuba Ebi (Cooked Shrimp), Sake (Salmon), Maguro (Tuna), Inari (Fried Tofu Wrapper Filled with Rice) dan Tempura.

Tapi highlight untuk hidangan ini adalah 2 hidangan berasaskan durian iaitu Durian Bun dan Chill Durian Pancake…. sedap habaq hang! Korang yang hantu durian memang patut cuba Chill Durian Pancake sebab menggunakan isi durian D24 yang original (dianggarkan dua ulas) yang sejuk. Perrghhhh memang satu piring tak cukup tau…..berbaloi kalau makan 3 piring!

Bun Durian
Bun Durian
Chill Durian Pancake
Chill Durian Pancake
Tak sah kalau tak de Longan + Sea Coconut desert

Cerita panjang pun tak guna, Naz rekomen korang datang sendiri dengan famili atau rakan-rakan untuk menikmati bufet ‘All You Can Eat’ di China Treasures ini. Untuk tempahan sila hubungi nombor 03-20893788 atau boleh emel ke chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com .

Oh ya, China Treasures beroperasi dalam 2 sesi iaitu pada jam 12.00 pm-2.30 pm dan 6.00 pm-8.30 pm, setiap hari kecuali hujung minggu dan cuti umum. Nie alamat China Treasures di Sime Darby Convention Centre:

China Treasures @ Sime Darby Convention Centre
1A Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur

Ikuti Instagram Sime Darby Convention Centre untuk promosi terkini mereka.

Leave a Reply