Dim Sum Halal Dari Ayamas Kitchen Mudah Untuk Dinikmati

Ayamas Kitchen Lancarkan Dim Sum

Dim Sum Halal Terbaru Dari Ayamas Kitchen Mudah Untuk Dinikmati | Bila sebut Ayamas, mesti terbayang Golden Roaster Chicken tak pun Percik Roaster atau Pepper Roaster kan. Tapi bukan itu yang nak Naz kongsikan…. Sebelum ini Ayamas Kitchen telah mengeluarkan produk Ready-To-Eat mereka yang mudah dan senang dinikmati dalam masa kurang dari 10 minit. Kali ini mereka membawakan Dim Sum Halal khas buat masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

Dim Sum Halal dari Ayamas Kitchen

Kita semua tahu Dim Sum ini merupakan hidangan yang popular di kalangan masyarakat Cina. Selain hotel lima bintang, tidak banyak restoran halal yang menghidangkannya. Ayamas Kitchen telah memudahkan dengan mengeluarkan Dim Sum yang telah disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Jadi pengemar Dim Sum dikalangan umat Islam tidak perlu ragu-ragu untuk menikmatinya.

Ayamas Kitchen telah memperkenalkan 10 jenis Dim Sum Halal iaitu Hakao Udang, Dim Sum Ayam dan Udang, Dumpling Udang, Nasi Pulut Ayam Daun Teratai, Pek Kombo Dim Sum, Dim Sum Kari Ayam, Kek Lobak Bersama Udang Kering, Pau Ayam Barbeku, Tauhu Gulung Ayam dan Ikan serta Dim Sum Udang. Dim Sum ini diperbuat dari bahan-bahan yang segar dan dibungkus secara berkualiti dengan menggunakan teknologi dan peralatan terkini bagi memastikan ianya 100% selamat untuk dinikmati.

Buat masa ini lima jenis Dim Sum telah berada di pasaran iaitu Hakao Udang, Dim Sum Ayam dan Udang, Dumpling Udang, Nasi Pulut Ayam Daun Teratai dan Pek Kombo Dim Sum.

10 jenis Dim Sum keluaran Ayamas Kitchen
Dim  Sum Halal Ayamas Kitchen di pasaran

Lima jenis yang lain akan keluar tak lama lagi iaitu Dim Sum Kari Ayam, Kek Lobak Bersama Udang Kering, Pau Ayam Barbeku, Tauhu Gulung Ayam dan Ikan serta Dim Sum Udang.

En. Adi Wira Abd Razak

“Dim Sum keluaran Ayamas Kitchen amat mudah untuk dinikmati. Pelbagai cara untuk menyediakannya, bergantung kepada jenis Dim Sum tersebut. Ia boleh dikukus, direbus, digoreng dan dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Untuk rasa yang terbaik, saya syorkan ianya dikukus secara tradisional. Dim Sum Ayamas Kitchen ini juga enak dicicah dengan sos cili Ayamas dan sos Hoisin jenama Life,” ujar Adi Wira Abd Razakm Ketua Pegawai Eksekutif, QSR Brands (M) Holdings Berhad.

Dim Sum Halal

Dim Sum Halal ini selain boleh didapati di Kedai Ayamas, ia juga terdapat di pasaraya besar Giant seluruh Malaysia pada harga seperti berikut:

  • Ayamas Kitchen Hakao Udang (160g) – RM13.39 sepeket
  • Ayamas Kitchen Dim Sum Ayam & Udang (160g) – RM10.59 sepeket
  • Ayamas Kitchen Dumpling Udang (144g) – RM 11.29 sepeket
  • Ayamas Kitchen Nasi Pulut Ayam Daun Teratai (270g) – RM11.99 sepeket
  • Ayamas Kitchen Pek Kombo Dim Dum (160g) – RM12.79 sepeket 

Leave a Reply