Disney Channel Bawakan Descendants 2

Descendants 2 - Logo

Disney Channel Bawakan Descendants 2 │  Pengembaraan anak-anak remaja Disney yang jahat dan terkenal di dalam filem Disney Channel Original “Descendants 2” akan datang menemui anda! Apa yang berlaku apabila anak-anak Villain berhadapan dengan sekumpulan budak jahat baru yang mempunyai lebih banyak cara untuk membuat jahat daripada mereka? Lagu dalam cerita yang mempunyai susunan kontemporari, telah memecah rekod carta di Amerika Syarikat, akan membuat siaran perdananya pada Ahad, 20 Ogos, 10 pagi di Disney Channel (Astro Ch 615).

Descendants 2 Poster1

Melakonkan peranan mereka sebagai anak-anak Villain adalah:

  • Mal (Dove Cameron), anak perempuan Maleficent, Puan All Evil dari “Sleeping Beauty”
  • Evie (Sofia Carson), anak perempuan Evil Queen yang kejam dari “Snow White dan Seven Dwarfs”
  • Carlos (Cameron Boyce), anak lelaki penjahat fesyen Cruella de Vil dari “101 Dalmatians”
  • Jay (Booboo Stewart), anak lelaki ahli sihir yang kuat Jafar dari “Aladdin”
Disney Channel Descendants 2 Villain Kids with King Ben1
Disney Channel Descendants 2 Villain Kids bersama King Ben

Filem ini memperkenalkan kumpulan baru anak-anak jahat yang membentuk Gang Lanun (Pirate) yang mengancam:

  • Uma (China Anne McCain), pemimpin Pirate Gang dan anak perempuan Ursula, penyihir laut jahat dari “The Little Mermaid”.
  • Harry (Thomas Dougherty), anak lelaki lanun licik Kapten Hook dari “Peter Pan”.
  • Gil (Dylan Playfair), anak angkuh, Gaston Chauvinistic dalam “Beauty and the Beast”.
Disney Channel Descendants 2 Uma the Pirate Gang1
Disney Channel Descendants 2 Uma the Pirate Gang

Sinopsis Descendants 2

Cerita ini bermula dengan kumpulan anak-anak Villain yang menetap di dalam kehidupan baru mereka di kerajaan Auradon yang indah. Apabila tekanan untuk serasikan diri menjadi terlalu sukar untuk Mal, dia kembali ke Isle of the Lost yang sekarang dikuasai oleh musuh besarnya, Uma, dan Gang Piratenya, yang merancang untuk melepaskan semua penjahat yang dipenjarakan di Isle. Kisah ini memuncak dalam pertempuran yang penuh aksi di mana kedua-dua belah pihak berlawan untuk apa yang mereka percaya adalah betul.

Sebuah kisah yang penuh dengan pengembaraan dan menyentuh perasaan, “Descendants 2” berkisar pada tema penemuan diri, persahabatan, kerja berpasukan dan pemberdayaan, dan watak-watak dalam siri ini belajar untuk mempunyai pendirian mereka sendiri dan menemui keperibadian mereka.

Dengan susunan muzik baru, kontemporari dan segar, filem ini mempersembahkan cover baru “Kiss The Girl” daripada filem animasi “The Little Mermaid” 1989 dan enam lagu asal, termasuk lagu pembukaan yang penuh bertenaga “Ways To Be Wicked” dan lagu rock pop,” What’s My Name“.

Pengarah pemenang Anugerah Emmy, Kenny Ortega adalah pengarah, produser eksekutif dan koreografer filem ini. Tayangan perdana filem “Descendants 2” di Amerika Syarikat (21 Julai 2017) telah meraih dua tahun penarafan TV kabel Amerika Syarikat, dan soundtrack mengungguli carta iTunes dalam minggu pertama tayangannya.

Astro Ch 615

Jangan lupa untuk menyaksikan filem Descendants 2, 20 Ogos ini, jam 10 pagi di Disney Channel (Astro Ch 615).

Leave a Reply