Dynamo Powder Perkenalkan Sarimah Ibrahim Sebagai Duta

Meet & Greet Sarimah Ibrahim

Dynamo Powder Perkenalkan Sarimah Ibrahim Sebagai Duta  |  Sebelum ini Naz hanya tahu sabun pencuci Dynamo hanya dalam bentuk cecair, tetapi kini ia didatangkan dalam bentuk serbuk juga. Bersempena dengan pengenalan serbuk pencuci Dynamo, P&G Malaysia telah mengadakan sesi pengenalan produk baru mereka ini di Mydin USJ Hypermarket. Dalam usaha mempromosikan produk terbaru ini P&G juga mengambil kesempatan ini memperkenalkan duta baru mereka iaitu Sarimah Ibrahim.

Sesi Bertemu dan Beramah dengan Sarimah Ibrahim

Pihak P&G, dalam mempromosikan produk terbaru Dynamo Powder mereka telah menawarkan hadiah menarik kepada 60 pelanggan bertuah mereka. Dari 5 hingga 7 Januari 2018, 20 pelanggan pertama setiap hari yang membeli minimum RM30 produk Dynamo dalam satu resit di Mydin USJ Hypermarket berpeluang memenangi hadiah istimewa yang perlu ditebus pada hari Ahad (7 Januari 2018).  Hadiah istimewa tersebut dirahsiakan dan hanya akan diberitahu pada majlis penyampaian hadiah tersebut.

Pada 7 Januari 2018 bertempat tingkat 1 berhampiran pintu masuk Mydin, dilansungkan acara penyampaian hadiah istimewa tersebut. Ketika Naz tiba lebih kurang jam 12.30 tengahari, sudah kelihatan para pemenang beratur menunggu masa untuk menebus hadiah istimewa tersebut.

Beg Pakaian Bertroli x

Hadiah istimewa tersebut berupa sebuah beg pakaian bertroli dan mengandungi produk Dynamo berserta tuala Hallmark terhad – kesemua ini bernilai lebih dari RM300! Untung berbelanja RM30 dan akan membawa balik barangan bernilai lebih RM300.

Sarimah Ibrahim dan Haniff Hamzah

Pengacara dan DJ Radio Era, Haniff Hamzah bertindak selaku pengacara majlis pada hari tersebut. Beliau mengumumkan ketibaan Sarimah Ibrahim, selaku duta baru bagi produk Dynamo Powder ini dan seterusnya menyampaikan hadiah istimewa ini kepada para pelanggan. Keadaan bertambah gamat bila Haniff dan Sarimah saling usik mengusik sesama mereka. Maklum la pernah berkerja dibawah satu bumbung satu ketika dulu.

Bergambar bersama pemenang

Yang menariknya, para pelanggan bertuah dapat peluang bergambar terlebih dahulu dengan Sarimah sebelum menerima hadiah tersebut. Semua excited dan masing-masing tidak lepas peluang untuk merakam saat-saat indah itu.

 

Sarimah Ibrahim

Haniff Hamzah

Wefie bersama Sarimah Ibrahim

Dan apabila sesi pihak media / blogger diberi peluang untuk bertemu dengan Sarimah, jadi lagi meriah seakan-akan mereka pulak yang menerima hadiah. Seperti mana yang Naz kenali Sarimah dalam event-event sebelum ini, beliau memang sangat ramah dan suka bergurau. Jadi tak heran pihak media senang menjalankan tugas masing-masing.

Peraduan Mydin & Dynamo

Yang dah menang beg pakaian bertroli dah dapat hadiah mereka. Bagi yang belum dapat hadiah lagi, boleh la mencuba peraduan terbaru Dynamo Powder dengan tawaran 85 hadiah mesin basuh. Haaa apa lagi, cepat pergi beli pek Dynamo Powder di Mydin, lengkapkan slogan dan hantar. Jom saksikan video pertandingan ini….

Ingat, peraduan ini bermula dari 24 November 2017 dan akan tamat pada 31 Januari 2018. Masih sempat lagi, mana la tahu dapat mesin basuh baru kan. Semoga Berjaya!

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini atau promosi lain di Mydin, anda bolehlah mengikuti laman media sosial berikut:

www.facebook.com/MydinMalaysia

www.instagram.com/MydinMalaysia

Leave a Reply