eCurve Raikan Anak-Anak PEYAKIN Dengan Penuh Warna-Warni

A Raya Acapella Special

eCurve Raikan  Anak-Anak PEYAKIN Dengan Penuh Warna-Warni │  Pada minggu lepas pusat membeli belah the Curve telah meraikan ibu-ibu tunggal, dan kini giliran pusat membeli belah eCurve pula meraikan kedatangan bulan yang mulia ini bersama sekumpulan anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/Miskin Klang (PEYAKIN).

Centre Atrium eCurve24 kanak-kanak PEYAKIN dan penjaga mereka terlebih dahulu telah mengambil bahagian dalam pertandingan boling di Ampang Superbowl yang diaturkan oleh pihak pengurusan eCurve setibanya mereka di pusat membeli belah tersebut. Selepas tamatnya permainan, kanak-kanak berkenaan kemudiannya dibawa ke Centre Atrium eCurve yang dihiasi indah dengan mempamerkan konsep bazar perayaan.

Anak-anak PEYAKIN

Sumbangan baju raya

Kilauan lampu daripada candelier yang direka khas menyinari segenap ruang dan menghidupkan suasana bazar tersebut. Suasana meriah ini menarik perhatian kanak-kanak dari PEYAKIN dan mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar di kawasan itu. Mereka juga telah mendapat sumbangan berupa pakaian daripada gerai-gerai di bazar tersebut.

En. Azizul Hisham

Sumbangan duit raya kepada anak-anak PEYAKIN dari pihak pengurusan eCurve
Sumbangan duit raya kepada anak-anak PEYAKIN dari pihak pengurusan eCurve

Sumbangan duit raya

“Hari Raya merupakan sambutan perayaan terbesar di Malaysia. Semasa kaum keluarga dan sahabat handai berkumpul untuk meraikan hari yang istimewa ini sambil menikmati pelbagai hidangan yang enak, diikuti dengan dendangan muzik, terdapat juga segelintir golongan yang kurang bernasib baik yang tidak mampu merasai kenikmatan ini. Oleh demikian, kami amat berbesar hati kerana dapat meraikan kegembiraan musim perayaan ini bersama kumpulan belia dari PEYAKIN pada hari ini. Kami berasa seronok menerima lawatan mereka dan berharap agar usaha ini dapat memberikan makna yang mendalam sempena sambutan Hari Raya bagi tetamu khas kami”, ujar En. Azizul Hisham Ahmad Pengurus Kompleks eCurve.

Colour of Voices

Suasana Centre Atrium bertambah meriah dengan penampilan istimewa kumpulan acapella, Colour of Voices, yang mencuri perhatian penonton menerusi vokal yang harmoni. Lagu-lagu Raya dan pop kontemporari didendangkan dengan lunaknya tanpa sebarang peralatan muzik.

Pada penghujung program, kanak-kanak tersebut dikejutkan dengan sumbangan beg hadiah dan duit raya oleh pihak pengurusan eCurve. Kemudian, tetamu-tetamu muda tersebut dibawa ke The Manhattan FISH MARKET untuk menikmati hidangan berbuka puasa yang enak.

Berbuka puasa di The Manhattan Fish Market
Berbuka puasa di The Manhattan Fish Market bersama-sama anak-anak PEYAKIN
Foto kenangan bersama anak-anak PEYAKIN
Foto kenangan bersama anak-anak PEYAKIN

Dari 26 Mei sehingga 27 Jun 2017, para pengunjung berpeluang merasai keseronokan sambutan Hari Raya menerusi penganjuran kempen Hari Raya eCurve yang bertemakan Raya Acapella Special with Colour of Voices.

Persembahan Colour of Voices dapat disaksikan pada pukul 3.30 petang dan 6 petang pada setiap hujung minggu dan cuti umum, sepanjang tempoh kempen berkenaan. Selain itu, juga terdapat persembahan tarian yang menggabungkan gerak tari Melayu dan Timur Tengah, yang berlangsung pada setiap hujung minggu jam 4 petang.

Dengan pembelian bernilai RM200 dan keatas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai di eCurve, pembeli layak menebus paket sampul Raya eksklusif dan kusyen Raya berunsur seni pop sepanjang kempen ini berlangsung, sumbangan khas daripada pihak pengurusan eCurve. Kesemua penebusan tertakluk pada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Dapatkan maklumat lanjut berkenaan sambutan Hari Raya di eCurve dengan menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di talian 03-7725 0277 atau melayari laman web www.ecurve.my atau Facebook eCurve di www.facebook.com/eCurveMall.

Leave a Reply