Empire Assam Pedas Sedap Dan Power

Empire Assam Pedas Sedap

Empire Assam Pedas Sedap Dan Power |  Kuah asam pedas yang pekat kemerahan, rasa masam pedas yang menyelerakan, ikan yang manis kerana kesegarannya dan portion yang besar boleh dikongsi berdua. Itulah yang boleh Naz gambarkan setelah melihat dan menikmati hidangan asam pedas sedap ini di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Mangkuk Claypot yang besar

Kedai ini sudah lebih dari 6 bulan beroperasi di alamat 7341, Jalan BBN 1/2C, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Senang saja nak cari, kedai ini sederet dengan McDonald’s. Beroperasi dari 10.00 pagi sehingga 10.00 malam dan dibuka setiap hari.

Lokasi Empire Assam Pedas

Empire Assam Pedas

Nama kedai pun dah Empire Assam Pedas, jadi hidangan signature dia mestilah asam pedas la kan. Naz dari sekolah rendah memang hantu asam pedas jadi agak particular bila makan selain dari masakan mama Naz. Tapi di sini memang memenuhi selera tekak Naz seperti yang digambarkan di atas tadi. Agak teruja nak tahu Chef yang menyediakan hidangan kami ini, dan terkejut bila dapat tahu Chef Syafiq ni baru berusia 25 tahun. Katanya dia memang suka memasak dan semua hidangan ini merupakan resepi arwah ibunya.

Di Empire Assam Pedas ini menyajikan hidangan asam pedas dalam mangkuk claypot. Selain dari hidangan asam pedas, mereka turut menyajikan sajian masak lemak cili api power dan juga masak tempoyak patin marvelicious. Yang bagusnya, setiap hidangan yang dipesan akan disertakan dengan nasi putih bersama ulam segar, telur masin dan sambal belacan. Complete package la kata orang kampung 😊

Antara sajian yang ada...

Antara sajian yang dijamu kepada kami….

Kepala Ikan Merah - RM20.00
Asam Pedas Kepala Ikan Merah – RM20.00
Assam Pedas Ikan Pari-RM10
Asam Pedas Ikan Pari – RM10.00
Ikan Kembong - RM9.90
Asam Pedas Ikan Kembong – RM9.90
Ikan Tenggiri - RM12.90
Asam Pedas Ikan Tenggiri – RM12.90
kor Ikan Merah - RM12.90
Asam Pedas Ekor Ikan Merah – RM12.90
Udang Galah - RM15.00
Masak Lemak Udang Galah – RM15.00
Daging Salai - RM10.90
Masak Lemak Daging Salai – RM10.90
Ayam Kampung - RM10.90
Masak Lemak Ayam Kampung – RM10.90
Masak Tempoyak Ekor Ikan Patin - RM16.00
Masak Tempoyak Ekor Ikan Patin – RM16.00 [foto kredit: EazyIzzuddin ]
Ayam Penyet - RM9.90
Nasi Putih + Ayam Penyet – RM9.90

Selain dari yang Naz tunjukkan ini, anda juga boleh memilih sajian lain seperti…

  • Asam Pedas Kepala Ikan Tenggiri (RM16.00)
  • Masak Lemak Kepala Ikan Tenggiri (RM20.00)
  • Masak Lemak Ikan Tenggiri (RM12.90)
  • Masak Lemak Ikan Kembong (RM9.90)
  • Masak Lemak Ikan Merah (RM12.90)
  • Masak Lemak Kepala Ikan Merah (RM20.00)
  • Masak Tempoyak Kepala Ikan Patin (RM17.00)
  • Masak Tempoyak badan Ikan Patin (RM15.00)

Selepas mengharungi kepedasan asam pedas dan masak lemak cili api, anda boleh mengurangkan rasa pedas tersebut dengan menikmati Cendol Durian.

Serupa tapi tak sama
Cendol Durian ala-ala ABC… RM10.00

Cendol Durian sini agak unik sikit kerana dari gambar ia seolah-olah macam ABC kan… dengan kacang merah, jagung, cincau, biji sagu, isi cendul, chocolate chip dan chocolate rice warna-warni. Harganya ia RM10.00 semangkuk untuk Cendol Durian dan RM5 untuk Cendul Biasa. Selain dari itu,

Bubung Kacang Durian
Bubung Kacang Durian

Adakalanya, mereka juga membuat happy hour dengan menjual cendol durian dengan harga RM5 semangkuk. Ikut rezeki anda la ya… Bubur Kacang Durian pun ada…

Secara keseluruhan Naz memang berpuas hati dengan rasa sajian di sini yang tidak lokek dengan bahan-bahan yang digunakan, portion sajian yang besar dan harga yang boleh dikategorikan bawah harga pasaran. Kalau warga KL yang nak makan asam pedas sedap, power dan mantap tetapi merasakan Melaka tu jauh, Empire Assam Pedas di Bandar Baru Nilai ini adalah pilihan terbaik untuk anda.

Aksi Blogger
Antara aksi-aksi blogger di lokasi penggambaran….

Sepanjang bulan Febuari ni, Empire Assam Pedas ada mengadakan peraduan “Selfie Shootout-Snap & Win”. Setiap minggu akan dipilih pemenang dan bakal memenangi baucar makanan Empire Assam Pedas. Manakala hadiah utama di hujung bulan Febuari adalah sebuah telefon pintar berjenama tau. Cubalah untung sabut timbul, untung anda berselfie dapat smartphone kan! Cara-caranya lihat di bawah:

Selfie Snap & Win
ada contest selfie snap & win…. boleh berpeluang menang telefon pintar jenama besar tau…

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, anda boleh hubungi mereka di talian 019-6205426 dan anda juga boleh mengikuti mereka di media sosial berikut:

Instagram
www.instagram.com/EmpireAssamPedas_Original

Facebook
www.facebook.com/AssamPedasEmpire

#EmpireAssamPedas #AssamPedasNilai #CendolDurian #empirectss

Leave a Reply