Fariz Jabba Tampil Dengan Single Kedua Berentak R&B Berjudul ‘MASA’

MASACOVER_IG_SQUARE

Fariz Jabba Tampil Dengan Single Kedua Berentak R&B Berjudul ‘MASA’ | Fariz Jabba membuktikan dia lebih daripada sekadar penyanyi rap menerusi single terbarunya berentak R&B, Masa, di mana pemuzik serba boleh itu menunjukkan nyanyian sensasinya dan rentak tari yang cukup progresif.

Lagu terbitan Flightsch itu adalah single kedua artis berusia 22 tahun berkenaan, di mana ia disadur dengan semarak cita-cita muzikal serta pencapaian baru untuk meletakkan Fariz Jabba selangkah ke depan dari zon kontemporarinya. Kurang daripada setahun selepas tampil dengan single pengenalannya, Fariz Jabba terbukti berkembang dan melangkaui masa sebagai pemuzik, penulis lagu, dan penghibur dengan lancar di kala yang lain ambil masa berbuat demikian. Muzik video yang diarahkan dan koreografinya dicipta Alif Aircho, mengangkat serta melangkaui segala batasan yang kerap membantutkan seseorang artis itu untuk terus berada dalam satu haluan saja. Masa adalah kenyataan bidas Fariz Jabba bahawa artis perlu ada
formula atau diletakkan dalam satu kotak saja. Penggambaran serta suntingan lagu yang menampilkan gerak tari itu dibuat oleh The Island Boys Collective.

MASA - Fariz Jabba

“Menyanyi dan menari sentiasa menjadi obses saya sejak daripada kecil. Saya ingat lagi saya sering menonton persembahan secara langsung Chris Brown dan Michael Jackson hari-hari semata-mata mahu meniru pergerakan mereka dan berangan saya sedang menarikan lagu sendiri di pentas. Akhirnya, kini saya berada di laluan yang sama dengan idola saya itu. ‘Masa’ terlalu istimewa dalam hati saya disebabkan ia lagu R&B dan lagu cinta pertama saya tulis dalam bahasa melayu. Saya sangat berharap mesej lagu ini akan sampai kepada semua sebagaimana yang saya inginkan,” katanya.

“Menyanyi dan menari sentiasa menjadi obses saya sejak daripada kecil. Saya ingat lagi saya sering menonton persembahan secara langsung Chris Brown dan Michael Jackson hari-hari semata-mata mahu meniru pergerakan mereka dan berangan saya sedang menarikan lagu sendiri di pentas. Akhirnya, kini saya berada di laluan yang sama dengan idola saya itu. ‘Masa’ terlalu istimewa dalam hati saya disebabkan ia lagu R&B dan lagu cinta pertama saya tulis dalam bahasa melayu. Saya sangat berharap mesej lagu ini akan sampai kepada semua sebagaimana yang saya inginkan,” katanya.

Artis naungan M03 Records (cawangan Kartel Records) berasal dari Geylang Serai, Singapura itu sentiasa percaya amat penting untuk sentiasa bekerja-keras meskipun ramai menaruh harapan rendah padanya demi menghidupkan impian sejak kecilnya. Enggan terikat dengan harapan orang dan mahu mencipta legasi sendiri, Fariz Jabba berkarya dengan misi untuk mencetuskan inspirasi serta mengangkat semangat orang ramai menerusi cara penceritaannya.

Mengenai Fariz Jaaba

Fariz Jabba adalah penyanyi rap dwi-bahasa berusia 22 tahun dari Geylang Serai, Singapura. Bukan sekadar dwi-bahasa, nyanyian rap Fariz Jabba menggabungkan budaya Melayu dan pop barat yang mana begitu dihargai di Singapura. Fariz Jabba memulakan kerjayanya dengan memuat naik videonya di rumah menyanyikan rap pendek dan remix yang kemudian menjadi tular di media sosial, sekali gus nama ‘Jabba’ menjadi trending di Malaysia dan Singapura dalam beberapa bulan saja. Popularitinya di internet juga ternyata memberi tuah kepada Fariz Jabba untuk tampil dalam siri YouTube milik Joe Flizzow, 16 Baris — persembahan yang berjaya membuka mata ramai terhadapnya selepas ditonton lebih 400,000 kurang daripada tiga bulan. Kurang daripada sebulan selepas membuat persembahan di Konsert 16 Baris, Fariz Jabba mendapat undangan beraksi untuk Yo! MTV Raps, Shine 2018,
dan Baybeats 2018.

Single pengenalan Fariz Jabba’s berjudul Ape Sia berjaya melepasi jumlah tontonan lebih sejuta di YouTube kurang daripada empat bulan selepas dilancarkan. Menggabungkan aliran hip hop dan R&B lama serta terkini, Fariz Jabba kini mengorak langkah mencipta nama yang kukuh. Tampil dengan menyatukan aliran berbeza dalam karyanya tanpa terlalu mencuba adalah kepakarannya. Fariz Jabba bermula sebagai penari sebelum mencapai berjaya dalam rap, nyanyian, dan lakonan. Bakat serba-boleh itu kemudian menyertai label M03, sebuah cawagan label Kartel Records, bermula tahun 2018.

Mengambil inspirasi daripada liku pengalamannya yang turut disertakan unsur jenaka dan cita rasa sendiri, Fariz Jabba berharap muziknya mampu menyebarkan kegembiraan dan nilai positif kepada pendengar. Personalitinya juga disenangi dan terus mengukuhkan hubungannya dengan pengikutnya.

Leave a Reply