Fattah Amin Mengorak Dengan MRP International

MRP Diet 1

Fattah Amin Mengorak Dengan MRP International |  Bermula sebagai juara Hero Remaja 2011/2012, kemudian berlakon dalam drama dan filem, disusuli dengan nyanyian singles, membuka gym dan restoran #STALKERS dan kini Fattah Amin bergelar Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, MRP International Sdn Bhd.

Fattah Amin melancarkan MRP

Setelah menempa nama dalam dunia hiburan, kini Fattah Amin mengorak langkah secara serius dalam bidang perniagaan berskala besar. Tahun 2018 merupakan tahun di mana MRP International akan terus mencipta nama melalui produk keluaran mereka.

MRP International Sdn Bhd

MRP beribu pejabat di Ara Damansara, Petaling Jaya, merupakan peruncit khusus produk kesihatan dan kesejahteraan. MRP mengeluarkan jenama mereka sendiri di kemudahan pembuatan tercanggih dan disahkan Halal oleh JAKIM.

MRP International

MRP mengeluarkan produk pemakanan gantian dan produk utama yang dikeluarkan ialah Sup Kesihatan rendah kalori dalam perisa sup ayam, sup cendawan & sup tom yam. Produk ini dikenali sebagai MRP DIET, adalah yang pertama seumpanya di Malaysia.

Sup Kesihatan
Sup Kesihatan MRP Diet [ foto kredit MRP International website ]
Produk kedua adalah Minuman Detox yang berperisa buah-buahan berry yang dapat membantu pengguna mengekalkan kesihatan badan terutama usus. Produk ini dikenali sebagai MRP BERRYTOX.

MRP BerryTox

Produk-produk yang dikeluarkan MRP INTERNATIONAL SDN BHD diformulasikan di Switzerland tetapi dikilangkan di produksi bertaraf GMP, HACCP, HALAL serta ISO9001 di Malaysia. Semua produk-produk MRP INTERNATIONAL SDN BHD telah mendapat sijil HALAL dari pihak JAKIM serta lulus KKM.

Fattah Amin dan MRP

Satu majlis pelancaran MRP International Sdn Bhd telah diadakan di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific. Pada majlis ini Fattah Amin telah meraikan stokis-stokis yang berjaya mencapai target jualan, dengan memberi ganjaran berupa cincin emas. Setiap bulan, stokis yang berjaya mencapai sasaran jualan akan diberikan bonus kepingan emas tulen disamping keuntungan dari jualan masing-masing.

Fattah Amin turut melancarkan lagu jingle MRP yang dinyanyikannya sendiri. Lirik dan melodi tersebut adalah hasil kerjasama Fattah Amin bersama komposer terkenal, Mel Ramlan.

Peluang Perniagaan

MRP International Sdn Bhd, mengedarkan produk-produknya hanya melalui stokis dan agen yang sah sahaja. Stokis dikenali sebagai Fattah Partner manakala ejen pula dikenali sebagai Fattah Apprentice. Kumpulan ini dipanggil Fattah Business Network (FBN). Menggunakan konsep perniagaan berjemaah dan dilatih sendiri oleh Fattah Amin, selaku Presiden MRP.

Fattah Business Network

Sistem agen MRP ini adalah sangat unik dan yang pertama seumpamanya di dunia. Ia menggunakan sistem teknologi maklumat yang canggih dan boleh membantu ramai rakyat Malaysia menjana pendapatan tambahan yang lumayan serta stabil, berjangka masa panjang menggunakan platform dalam talian (online) yang telah dibangunkan sendiri oleh syarikatnya. Para stokis dana agen boleh menjual produk MRP INTERNATIONAL melalui dalam talian dan juga cara konvensional.

Apa yang menarik tentang system ini adalah, FBN boleh menjana pendapatan tanpa had secara aktif dan pasif 24 jam sehari secara global.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau menjadi Stokis atau Ejen, boleh menghubungi MRP International Sdn Bhd di talian 019-712 1006 / 03-7886 1477 atau emel ke info@mrpdiet.com

 

Anda juga boleh ikuti MRP di media sosial mereka:
Facebook
www.facebook.com/MRPByFattahAminHQ

Instagram
www.instagram.com/mrpdietbyfattahamin_hq

Twitter
twitter.com/fattahamin

Selamat maju jaya

Naz doakan semoga Fattah Amin akan terus maju dalam bidang perniagaan ini. Tahniah dan All The Best!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *