Fernleaf Yogurt Alternatif Sarapan Sihat

Fernleaf Yogurt Alternatif Sarapan Sihat |  Mulakan hari anda dengan sihat dan ceria bersama Fernleaf Yogurt baharu, diperbuat daripada 100% susu dari New Zealand untuk memberikan kebaikan tenusu kepada warga Malaysia yang sentiasa sibuk pada waktu pagi!

Fernleaf Yogurt KV_BM

Fernleaf Yogurt merupakan keluaran terbaharu dari jenama tenusu ini, yang mempunyai warisan dan dipercayai sebagai Trusted GoodnessTM oleh para ibu di Malaysia untuk keluarga mereka. Semenjak 30 tahun yang lalu, Fernleaf membawakan kebaikan tenusu dari ladang di New Zealand kepada para keluarga di seluruh Malaysia dan menyediakan produk susu yang berkhasiat untuk menyumbang kepada diet yang sihat dan seimbang.

Dengan tekstur lembut berkrim, rangkaian yogurt baharu ini merupakan pilihan yang lebih sihat dan lazat untuk seisi keluarga. Fernleaf Yogurt mempunyai logo ‘Healthier Choice’ yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah memenuhi kriteria kesihatan yang telah ditetapkan, iaitu rendah lemak dan kurang manis.

Fernleaf Yogurt kurang manis berbanding jenama-jenama yogurt yang lain. Ia begitu digemari ramai sehinggakan satu tinjauan pengguna mendapati bahawa 9 daripada 10 orang yang mencuba Fernleaf Yogurt akan menggantikan jenama yogurt yang biasanya mereka makan dan juga 99% pengguna akan menyarankan Fernleaf Yogurt kepada keluarga dan rakan-rakan mereka.

Yogurt Fernleaf

“Waktu pagi boleh menjadi waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan keluarga di Malaysia. Kebanyakan orang hanya sempat merias diri buat seketika sebelum bergegas untuk ke sekolah atau tempat kerja untuk mengatasi kesesakan lalu lintas. Oleh itu, mereka biasanya tidak mengambil sarapan. Namun kita semua juga tahu akan kepentingan sarapan dalam memberikan tenaga untuk memulakan hari.

“Dengan Fernleaf Yogurt, anda dapat memulakan hari anda dengan betul! Walaupun pada pagi yang paling sibuk sekalipun, yogurt merupakan sarapan yang mudah, lazat dan juga tidak mengambil masa yang panjang. Anda tidak perlu lagi mengalami rasa lapar pada waktu pagi! Alternatif yang mudah dan enak ini dapat membantu seisi keluarga menjalani hari mereka dengan penuh bertenaga,” kata Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia.

Fernleaf Yogurt_Natural _ MixBerries

Fernleaf Yogurt boleh dinikmati begitu sahaja, namun ianya juga enak apabila digabungkan dengan snek sihat yang lain. Contohnya, anda boleh mencampurkannya dengan oat, bijian, kekacang dan buah beri di dalam sebuah balang untuk menghasilkan oat semalaman yang menarik sebagai sarapan yang mudah dan mengenyangkan.

Atau, campurkan muesli yang rangup atau granola dengan Fernleaf Yogurt untuk sarapan yang memuaskan!

Pada waktu pagi di hujung minggu, apabila anda kurang sibuk, berikan keluarga anda suatu kejutan gembira dengan salad telur yang berkhasiat dan lazat, dengan menggantikan mayonis dengan Fernleaf Yogurt yang sememangnya lebih sihat. Sajikan salad tersebut di atas roti gandum penuh dengan taburan kacang walnut, dan ianya akan menjadi permulaan yang baik kepada hujung minggu yang menyeronokkan!

Fernleaf Yogurt_Strawberry _ Mango

Yogurt lazat tersebut bukan sahaja sesuai sebagai sarapan, malah ianya juga sesuai sebagai snek sepanjang hari! Sebagai pemberi tenaga di waktu siang pula, anda boleh membuat smoothie yogurt dan buah atau sos celup untuk seleri, pisang, lobak, timun atau biskut gandum dengan yogurt. Anda juga boleh menjadikannya sebagai dressing bagi salad anda.

Fernleaf Yogurt boleh didapati dalam beberapa perisa yang lazat – asli, strawberi, beri campuran dan mangga, setiap cawan adalah seberat 110g dan berharga RM1.50.

Mulakan hari anda dengan betul bersama Fernleaf Yogurt yang lazat dan mudah untuk gaya hidup anda yang sibuk! Ia boleh didapati di pasaraya dan kedai di seluruh negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *