foodpanda Melaksanakan Manfaat Pekerja Baharu Untuk Tahun 2019

Logo_foodpanda_white

foodpanda Melaksanakan Manfaat Pekerja Baharu Untuk Tahun 2019 | Baru-baru ini, foodpanda , perkhidmatan penghantaran makanan atas permintaan telah melaksanakan manfaat pekerja baharu untuk tahun 2019. Pada tahun ini, bapa baharu di foodpanda Malaysia akan layak mengambil cuti bapa bergaji selama sebulan. foodpanda merupakan antara beberapa syarikat di Malaysia yang menawarkan manfaat sedemikian.

Manfaat pekerja foodpanda

Di samping itu , foodpanda akan menjadi antara syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan cuti bergaji kepada kakitangan wanita serta lelaki yang mengambil anak angkat. Cuti selama 90 dan 30 hari akan diberikan kepada kakitangan wanita dan lelaki masing-masing yang mengambil anak angkat berumur 5 tahun ke bawah.

foodpanda mengiktiraf betapa pentingnya ibu bapa meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak mereka untuk mengeratkan silaturahim. Kami percaya pentingnya kedua-dua pihak ibu dan bapa memainkan peranan aktif dalam peringkat awal tumbesaran anak-anak mereka,” demikian kata Sayantan Das, Pengarah Urusan, foodpanda Malaysia.

Selain itu, rider foodpanda akan layak dilindungi polisi insurans baharu bermula pada 1 Mac 2019. Semua rider yang aktif akan dilindungi sepenuhnya sehingga RM20,000, 24 jam sehari. Insurans menyeluruh ini memberikan perlindungan bagi kecederaan, kemalangan, kecacatan kekal serta kematian.

Manfaat-manfaat yang dinyatakan di atas merupakan hanya sebahagian daripada manfaat pekerja baharu yang dilaksanakan oleh foodpanda pada tahun ini, selari dengan komitmen berterusannya untuk mewujudkan pengalaman pekerja serta budaya kerja yang terbaik.


Mengenai foodpanda :
foodpanda berazam membawa sajian kegemaran kepada penggemar makanan di seluruh dunia dari restoran tempatan terpilih. Sejak penubuhannya, permintaan bagi perkhidmatan penghantaran makanan telah meningkat kepada lebih 30,000 rakan restoran di lebih 190 bandar raya merentasi 10 negara di Asia serta Eropah Tengah. foodpanda aktif di Hong Kong, Singapura, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Romania dan Bulgaria. Ia dimiliki oleh Delivery Hero , sebuah peneraju industri penghantaran makanan di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.my

Leave a Reply