Full Speed oleh Avon Direka Untuk Deruan Adrenalinmu

Pewangi FULL SPEED

Full Speed oleh Avon Direka Untuk Deruan Adrenalinmu | Intens. Menggoda. Maskulin. Haruman pengejar cabaran ini direka untuk mengujakan keinginan. Memperkenalkan Full Speed Eau de Toilette oleh Avon.

Full Speed

Diilhamkan dari sukan dan pemanduan berisiko, Full Speed merangkul setiap elemen cabaran untuk menunaikan kehendak jejaka hari ini yang bersifat tangkas penuh maskulin. Nikmati deru keterujaannya dengan cetusan segar sitrus, sipres menyegarkan, diakhiri cendana mewah bagi anjakan tenaga yang cukup unik.  Setiap semburan memberi perspektif baru buat keyakinan maskulin.

Full Speed gaya pemanduan berisiko

Sitrus, Siprus dan Cendana

Gayakannya melepasi garis penamat. Sentuhan kekal lama wangian ini bersamamu sepanjang hari dan meninggalkan impresi hebat yang berkekalan buat semua di sekelilingmu.

Full Speed Eu de Toilette 75ml bakal dipasarkan mulai 1 Ogos 2019. Dapatkannnya dari mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON atau menerusi atas talian di shop.avon.my. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON (2866).


Tentang Avon

Selama 130 tahun, Avon telah berdiri teguh memperjuang kecantikan, inovasi, optimisme dan paling ulungnya, demi wanita. Barangan Avon merangkumi pelbagai rangkaian dan jenama terkemuka seperti ANEW, Avon Color, Skin-So-Soft, Advance Techniques, Naturals dan Avon Intimates. Dijual melalui hampir 6 juta Wakil Avon bebas yang aktif, barangan Avon terus menjelitakan pengguna di lebih 70 negara serata dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Avon dan barangannya di shop.avon.my

Leave a Reply