GOiFEX 2019 Menarik 4,000 Pengunjung Membanjiri Di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

GOiFEX logo

GOiFEX 2019 Menarik 4,000 Pengunjung Membanjiri Di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) | Meriah! Itu yang boleh disimpulkan dari penganjuran GOiFEX Malaysia 2019 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari   8 hingga 10 November 2019 baru-baru ini.

Launch of GOiFEW 2019

GOIFEX Malaysia 2019 merupakan sebuah acara yang menggabungkan aktiviti sukan, kecergasan dan gaya hidup dalam satu tempat. Mula diperkenalkan di Jakarta, GOIFEX buat julung kalinya tiba di Kuala Lumpur untuk menarik minat orang ramai yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat sambil bersuka ria. Pelbagai aktiviti yang telah dirangka termasuk sesi Zumba, piloxing, pound fit, yoga, seni mempertahankan diri serta pameran bersepadu yang merangkumi produk dan perkhidmatan sukan dan latihan kecergasan professional.

GOIFEX Malaysia 2019 merupakan sebuah acara yang menggabungkan aktiviti sukan, kecergasan dan gaya hidup dalam satu tempat

GOIFEX juga telah berkolaborasi bersama Pure Lifestyle Events dalam menganjurkan GOIFEX Family Fun Run dan juga GOIFEX Zumba Walk sebagai aktiviti luar. GOIFEX juga telah mengadakan dua pertandingan iaitu GOIFEX Fitness Battle dan GOIFEX Kettlebell Championship sebagai salah satu aktiviti iconic di acara GOIFEX ini.

Ms. Dina Carol (CEO&Founder of GOIFEX), Ms. Rosalind NG (Group CEO of World Net Exhibition)

Acara yang mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kementerian Pariwisata, Seni & Budaya Malaysia dan MyCEB (Malaysia Convention & Exhibition, Bureau), turut ditaja oleh Pulse by Prudential selaku Penaja Utama. Menurut Encik Erik Wong, Ketua Pelanggan dan Pegawai Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Berhad, “Kami amat berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi GOIFEX yang menjadikan penjagaan kesihatan sebagai keutamaan dalam menjalani kehidupan dan ianya selaras dengan matlamat Prudential”. Turut diperkenalkan aplikasi Pulsem yang menggabungkan penjagaan kesihatan dan teknologi bertujuan memerhati dan mengawal tahap kesihatan pada bila-bila masa sahaja.

Selain Pulse by Prudential, GOIFEX Malaysia turut mendapat tajaan Astro, Eco Life, One FC, REV, JuiceWorks, Sports Direct, Summersault, Under Armour, Pure Lifestyle Events, Cosmopolitan, Jelita, Shape, Spritzer BonRica, Nomu Nutrition dan KraftMan.

Penganjuran selama 3 hari dengan lebih 50 program sukan kecergasan menyaksikan ramai jurulatih antarabangsa hadir dari pelbagai bidang seperti Umar Syarief (Indonesia), David Velez (Columbia), George Lu (Hong Kong), Liza Natalia (Indonesia), atlet-atlet ONE FC Championship: Peter Hugh Davis, Aglian Thani dan Gianni Subba. “Kami amat berbesar hati dapat memperkenalkan GOIFEX ke Malaysia dan berharap ianya akan menjadi acara tahunan di masa akan datang”, kata Cik Dina Carol, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas GOIFEX.

Program ini turut menerima pengiktirafan antarabangsa ini diharap dapat memberi impak kepada orang ramai untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dan dalam masa yang sama dapat bersuka ria kerana ianya sebuah aktiviti yang juga boleh dibuat bersama keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *