Golden Teriyaki Promosi Tahun Baru 2017 Kenny Rogers Roasters

golden-teriyaki-thumb

Golden Teriyaki Promosi Tahun Baru Kenny Rogers Roasters |  Kenny Rogers Roasters (KRR) meraikan tahun baru 2017 ini dengan Golden Teriyaki.  Resepi Golden Teriyaki Chicken set ini diperap dengan sos teriyaki khas berserta herba dan rempah, dan dipanggang hingga sempurna dengan nanas! Promosi Golden Teriyaki ini bermula dari 3 Januari sehingga 12 Febuari 2017. Inilah antara menu terbaru yang dipersembahkan oleh KRR:

golden-teriyaki
Promosi Golden Teriyaki

Golden Teriyaki Soup Meal @ RM23.80

Golden Teriyaki Soup Meal RM23.80
Golden Teriyaki Soup Meal RM23.80

Pada set Golden Teriyaki Soup Meal ini terdapat Chicken Teriyaki, Nasi Aromatik, Semangkuk Sup Ayam dan muffin Red Velvet Lava.

MahaMahu Beraksi
MahaMahu dengan penuh ketelitian melipat bungkusan itu…

Lihat saja la food blogger famous MahaMahu ni, teliti sungguh membuka bungkusan ayam tu. Elok saja ayam tu duduk dalam lipatan bungkusan tu…. maklum la ala ala Chef kan dia nie….

 

Golden Teriyaki Chicken Meal @ RM21.80

Golden Teriyaki Chicken Meal RM21.80
Golden Teriyaki Chicken Meal RM21.80

Pada set Golden Teriyaki Chicken Meal ini pula terdapat Chicken Teriyaki, Nasi Aromatik, salad dan muffin Red Velvet Lava.

 

Kid beraksi
Shakiddo pun menunjukkan aksi beliau…

Kalau si Shakiddo ni pula, habis ayam dikeluarkan dari bungkusan tu. Dia kata takut termakan kertas bungkusan tu sekali sebab dah lapar sangat.

 

Zesty Orange Blast @ RM9.50

Zesty Orange Blast RM9.50
Zesty Orange Blast RM9.50

Air Zesty Orange Blast sememangnya air yang sungguh menyegarkan diperbuat dari campuran air soda dan air limau, daun pudina, potongan oren dan limau nipis.

 

Jika nak beli Ayam Golden Teriyaki (a la carte) pun boleh dengan harga RM14.80. Makan ayam ni saja pun dah mengenyagkan.

Exclusive KRR Angpow
Angpow KRR Eksklusif

Anda juga boleh dapatkan 2 keping Angpow Eksklusif (RM10 baucer tunai setiap satu) dari KRR apabila memesan 2 set Golden Teriyaki pada harga biasa. Sementara stok ada.

 

Red Velvet Lava Muffin
Red Velvet Lava Muffin

 

Bagi setiap set Golden Teriyaki disertakan sekali dengan muffin terbaru mereka iaitu Red Velvet Lava. Muffin ini ada surprise di dalam dia iaitu telur kuning manis masin yang komplemen rasa red velvet tersebut. Bagi yang tak mengambil set Golden Teriyaki, anda boleh upgrade set anda untuk menikmati muffin Red Velvet Lava ini hanya dengan tambahan RM3.80 sahaja.

 

Golden Teriyaki Combo

golden-teriyaki-combo
Promosi Golden Teriyaki Combo

Berita baik jika anda pemegang kad BCard / BInfinite / KRR, tunjukkan kad ini ketika membuat pesanan Golden Teriyaki Chicken Meal + Golden Teriyaki Soup Meal dan harga 2 set tersebut hanya RM33.00 sahaja (bukan RM21.80 + RM23.80 = RM45.60). Anda jimat RM12.60! Promosi ini untuk makan di restoran sahaja (dine-in) dan tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Golden Teriyaki Feast

golden-teriyaki-feast
Promosi Golden Teriyaki Feast RM88.00

Kalau nak makan bersama keluarga di rumah, Naz cadangkan anda memilih Golden Teriyaki Feast pada harga RM88.00 sahaja. Dalam set ini, terdapat:

  • 2 x Golden Teriyaki Chicken
  • 2 x Rotisserie-roasted 1/4 Chicken
  • 2 x Aromatic Rice
  • 4 x Red Velvet Lava Muffin**
  • PERCUMA* 4 x Zesty Orange Blast

Set ini hanya untuk pesanan bawa balik (take away) sahaja dan tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Jangan lepaskan peluang mencuba Promosi Golden Teriyaki ini dan boleh didapati di semua restoran cawangan KRR seluruh Malaysia.

 

Kempen “Because We Care. You Care. I Care.”

because-care-promo
Promosi “because we care”

KRR juga telah melancarkan kempen kitar semula dengan tema “Oleh kerana kita mengambil berat, kami menggalakkan anda untuk mengurangkan, menggunakan semula dan kitar semula dengan dapatkan satu sekarang’. Satu yang dimaksudkan itu ialah i.Care Box!

 

Dapatkan i.Care Box ini dengan PERCUMA apabila anda membeli mana mana Dua (2) hidangan dibawah ini:

  • Country-style Chicken Soup
  • Chicken Macaroni Soup
  • Caesar Salad Supreme
  • Classic Garden Salad
  • Muffin Submarine
  • Warm Chocolate Oasis
  • Classic Cheese Cake

Kempen “Because We Care. You Care. I Care.” ini bermula pada 21 November 2016.

 

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang promosi terkini dari Kenny Rogers Roasters, anda boleh layari…

Laman Web KRR: http://www.krr.com.my

Laman Facebook KRR: http://ww.facebook.com/krrmalaysia

Leave a Reply