“Gostan” Naskah Komedi Kedua Dari Nabil Ahmad

GOSTAN_Poster A3 (With TX Date) (2)

“Gostan” Naskah Komedi Kedua Dari Nabil Ahmad | Kisah pengembaraan komedi nostalgia yang merentasi tiga generasi tentang seorang ahli sains yang mengubah masa lalu rakan-rakan baiknya dengan menggunakan mesin masa. Malangnya segala usahanya menyebabkan keadaan bertambah buruk.

Naskhah ini merupakan arahan kedua Nabil Ahmad khas untuk terbitan Astro First Eksklusif, selepas kejayaan The Hantus yang disiarkan di platform yang sama (Astro First Eksklusif) pada tahun lalu bersempena dengan sambutan Aidilfitri.

Sinopsis “Gostan”

Gostan di Astro First

Kisah ini berkisarkan tentang persahabatan 4 sekawan. Persahabatan yang telah bermula dari mereka semua berumur 7 tahun. Cerita bermula dengan 3 orang kawan iaitu Pomi, Wok dan Munir. Mereka sangat menantikan bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal muncul.

Zaman remaja
Zaman dewasa

Ketiga-tiga mereka mempunya karektor yang berbeza namun misi mereka sama, iaitu untuk mengumpul seberapa banyak duit raya yang boleh semasa hari raya. Ketika hari raya mereka telah mengembara sekitar kampung bagi mengutip duit raya sehinggalah mereka terjumpa seorang budak sebaya yang sedang mengutip tin dan mengumpul kotak di hari raya. Mereka berasa terharu selepas budak pengemis itu tidak dapat merasai kemeriahan raya disebabkan keadaan hidupnya.

Kawan baik
Didenda guru

Mereka bertiga telah bersepakat untuk bersama-sama membantu Muksin, budak pengemis yang baru mereka kenal itu. Mereka berempat meraikan semangat raya bersama-sama dan menjadi akrab. Muksin telah diterima sebagai anak angkat seorang profesor / saintis di kampung mereka.

Persahabatan mereka itu kekal terjalin sehinggalah mereka melangkah ke sekolah menengah. Zaman persekolahan mereka penuh nostalgia dan sukar dilupakan. Sehinggalah di hujung persekolahan, Pomi , Wok dan Munir bersedih kerana Muksin bakal meninggalkan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

19 tahun berlalu, Pomi, Wok dan Munir sudah mempunyai kerjaya dan keluarga masing-masing. Namun, kehidupan mereka masing-masing mempunyai masalah yang tersendiri. Kepulangan Muksin dari luar negara sempena majlis “reunion” telah membuatkan mereka bertiga teruja untuk berjumpa semula Muksin.

Pertemuan mereka bertiga dengan Muksin pada malam “reunion” telah menjadi titik permulaan terhadap perubahan hidup mereka. Muksin yang telah berjaya dalam hidupnya setia mendengar luahan hati Pomi, Munir dan Wok tentang masalah kehidupan mereka. Beliau berasa terpanggil untuk membantu kehidupan rakan-rakannya.

Gostan ke masa lampau

Muksin kemudiannya menggunakan mesin masa untuk kembali ke masa lampau dan cuba mengubah nasib hidup rakan-rakannya. Muksin cuba mengubah takdir rakan-rakannya, namun niat beliau tidak disukai rakan-rakannya. Bolehkah mereka kembali semula ke masa kini, tanpa ada sebarang perubahan dan yang paling penting, berjumpa semula keluarga masing-masing?

Filem ini dibintangi oleh Wafiy Ilhan Johan (Pomi remaja), Hisham Hamid (Pomi dewasa), Akhbar Latefi (Munir remaja), Zalif Sidek (Munir dewasa), Syamim Razii (Wok remaja), Hazama (Wok dewasa), Aniq Iffat (Muksin remaja), Ajak Shiro (Muksin dewasa), Sangeeta Krishnasamy (isteri Muksin), Ropie Cecupak (Professor/ Saintis) dan Bell Ngasri (Ngas). Durasi penggambaran adalah selama 2 minggu di bulan Feb – Mac 2019. Lokasi penggambaran adalah di sekitar Lembah Kelang dan Sekinchan.

Gostan mula menemui peminat pada 15 Jun 2019 di Astro First Eksklusif (saluran 480) dan di platform digital, On Demand. Dengan harga istimewa sebanyak RM10.00* sahaja, penonton boleh menonton “GOSTAN” dengan berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dari waktu pembelian.


*harga tidak termasuk cukai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *