Gourmet Hotdog Café PV128 | Syurga Buat Peminat Hotdog

Gourmet House Cafe Logo

“Makanan jalanan dalam suasana kafe” adalah konsep yang direalisasikan oleh dua beradik, Muzaffar dan Mukkaram, yang berasal dari Kepulauan Maldives. Dibuka pada 26 September 2013 dan mendapat sambutan yang baik buat Gourmet Hotdog Café yang kini sudah berusia 4 bulan.

Gourmet Hotdog Cafe PV128
Gourmet Hotdog Cafe di PV128 Setapak KL

Ingin memberikan kelainan kepada penduduk tempatan, maka dua adik-beradik ini membawa makanan terkenal di Amerika Syarikat ke Malaysia iaitu hot dog. Hidangan di kafe ini adalah dari cetusan idea antara pemilik kafe dan Chef Saiful. Apa yang menarik tentang kafe ini ialah roti, sosej dan dagingnya dihasilkan oleh Chef Saiful sendiri selain menggunakan bahan-bahan yang segar.

NaZ and the owners
NaZ, Muzaffar dan Mukkaram

NaZ dan rakan media yang lain berkesempatan untuk merasa makanan jalanan ini pada 25 Januari yang lepas. Kafe ini terletak di PV128 Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur (sebaris dengan Khadijah’s Kitchen).

Apabila menjejakkan kaki di dalam kafe ini, kedengaran lagu oldies dimainkan….Tutti Frutti, Blue Moon, Blue Suede Shoes dan banyak lagi. Dekorasi kafe ini diilhamkan oleh pereka hiasan dalaman dari United Kingdom dan di ‘project managed’ oleh dua-beradik ini sendiri. NaZ tertarik dengan lampu mereka yang menggunakan balang kaca, sungguh kreatif. Menurut Muzaffar, bila malam lagi menarik bila lampu-lampu itu kelihatan berpantulan di dinding kaca menerangi ruang kafe ini.

Ruang Cafe
Ruang dalam Kafe
Light Deco from Jar
Dekorasi lampu menggunakan balang atau jar.

Apa yang sedap?

Pada hari itu kami sememangnya kenyang selepas menghadiri food review di Khadijah’s Kitchen. Jadi kami tidak memesan sembarangan dan meminta Muzaffar rekomen yang terbaik untuk kami rasa supaya tak membazir…. maklum la membazir tu kan tak elok.

The Milkshakes
Banana Milkshake dan Caramel Brownie Milkshake

Mula-mula kami memesan minuman….NaZ pilih Banana Milkshake…rasa pisang sungguh dan tidak terlalu manis seperti milkshake di tempat lain. Terdapat juga Caramel Brownie Milkshake hasil eksperimentasi mereka yang menjadi. Untuk pengetahuan anda, mereka ini suka membuat eksperimentasi hidangan mereka…hanya yang enak dan sedap sahaja yang dijadikan menu.

 

The Classic Chicago Hotdog
The Classic Chicago Hotdog

Daging sosej yang padat diapit dengan bun yang gebu berserta jeruk timun dan bawang, tomato, sos mustard dan sos tomato. Rasa masam manis yang cukup dan memang kena dengan deria rasa NaZ.

 

The Memphis Blues Hotdog
The Memphis Blues Hotdog

Daging sosej kambing berherba telah digunakan mengantikan sosej ayam. Menggunakan bawang caramel yang di tumis beserta sos bbq. Memang terasa herba pada daging tersebut dan ada terasa sengatan kepedasan. Bawang karamel dan sos bbq tu mengimbangi rasa kepedasan tadi.

 

The New York Cheese Hotdog
The New York Cheese Hotdog

Bagi pengemar keju, NaZ rekomen sangat untuk anda cuba. Gabungan 3 jenis keju iaitu keju Gauda Belgium, keju Monterey Jack dan keju Mozarella (NaZ hanya pernah dengar keju Mozarella sahaja) membuatkan hotdog ini agak berkrim sangat. Mungkin sebab keadaan perut yang kenyang membuatkan NaZ tidak berapa mengemari sangat rasa hotdog ini. Kena repeat sekali lagi untuk cuba masa perut kosong…mungkin pendapat akan berbeza.

 

The Hunger Buster Burger
The Hunger Buster Burger

Ini burger yang sememangnya besar… patty daging yang tebal dan dilapisi dengan salad, keju  dan tomato. Bagi orang barat mungkin saiznya sedang-sedang elok aje. Di sajikan dengan coleslaw dan fries serta dua jenis sos. Sesuai sangat kalau nak berkongsi, jadi jimat la sikit. Sesuai sangat nama dia dengan saiznya.

The Hunger Buster Burger Side Profile
Lihat sahaja lah ketebalan daging burger ini…

 

Boleh Dapat Diskaun?

Kalau anda seorang pelajar, anda boleh tuntut diskaun 10% atas pembelian anda. Mungkin kena tunjuk kad pelajar kalau nak claim diskaun tu. Tapi yang lagi menarik jika anda datang berkumpulan. Jika setiap ahli kumpulan anda membuat ‘check-in’ di media sosial, kumpulan anda boleh mendapat diskaun terkumpul sehingga 50%. Jadi datang beramai-ramai untuk menikmati diskaun maksimum itu.

Opening Promo
Cabutan bertuah….Percutian untuk 2 orang ke Kepulauan Maldives, bestnya…

Selain dari itu, Gourmet Hotdog Café juga menganjurkan satu cabutan bertuah percutian 5 malam di Kepulauan Maldives untuk dua orang (tiket kapal terbang dan penginapan). Apa yang anda perlu buat ialah berbelanja RM50 dalam satu resit dan isikan borang pertandingan….itu saja. Senangkan dan manalah tahu rezeki anda…. Pertandingan ini berakhir pada 31 Mac 2014, jadi masih ada dua bulan lagi.

Food Delivery

Oh ya hampir terlupa, sekiranya anda di sekitar kawasan Lembah Klang dan tak sempat untuk ke kafe ini….jangan risau kerana anda boleh dapatkan hidangan dari Gourmet Hotdog Café melalui Food Panda. Penghantaran terus ke pintu rumah anda (atau pejabat). Anda boleh ke laman web Gourmet Hotdog Café atau ke laman web Food Panda untuk membuat pesanan.

 

Sekiranya anda ingin mencuba, silalah ke:

GOURMENT HOTDOG CAFÉ

37G PV128, Jalan Genting Klang, Setapak, 53000 Kuala Lumpur.

No. Telefon: +603 4131 4330

Waktu Operasi: Dari jam 11:00 tengahari hingga 11:00 malam.

Laman Web: www.gourmethotdogcafe.com

Facebook Fanpage: www.facebook.com/GourmetHotdogCafe

Jangan lupa untuk gunakan hashtag #myghcafe bila anda kongsikan gambar hidangan restoran ini di laman sosial anda.

5 thoughts on “Gourmet Hotdog Café PV128 | Syurga Buat Peminat Hotdog

    1. Kalau bukan pelajar pun boleh pergi berkumpulan. Setiap ahli kumpulan check-in boleh menambah diskaun kumpulan sehingga 50% diskaun tau. Team Denaihati ramai so boleh capai diskaun 50% tu 🙂

    1. harus pergi ke Gourmet Hotdog Cafe nie…pergi ramai-ramai then buat group check-in dalam fb terus dapat diskaun tau. Memphis Blues Hotdog perlu di cuba.

Leave a Reply