Hadramawt Kitchen Sajikan Sajian Arab Yang Menyelerakan

Hadramawt Kitchen Logo

Hadramawt Kitchen Sajikan Sajian Arab Yang Menyelerakan |  Bila sebut saja Chicken Mandy atau Lamb Madghout, tak lain dan tak bukan ia adalah antara sajian Arab dan Timur Tengah yang popular di Malaysia. Bila dikatakan dari Arab atau Timur Tengah, beberapa nama restoran Arab terbit dibenak fikiran kita kan. Kali ini Naz nak ajak anda melihat apa yang ditawarkan oleh Hadramawt Kitchen yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Makan malam di Hadramawt Kitchen

Restoran Hadramawt Kitchen ini telah dibuka pada 16 Mei 2016 di aras bawah, Suite G, Bangunan Wangsa 118 (bangunan baru) bersebelah dengan AEON Big Wangsa Maju. Restoran ini agak luas dan mampu menampung sehingga 100 pax dalam sesuatu masa. Terdapat pelbagai saiz meja yang disusun rapi bagi menampung keluarga besar mahupun yang kecil. Di sini juga terdapat 1 bilik khas untuk yang inginkan privasi.  Naz terleka juga bila melihat lukisan-lukisan yang ada di sini sambil melayan muzik dari timur tengah yang dipasang.

Hadramawt Kitchen Wangsa Maju KL

Dekorasi Menarik

Lukisan Dinding

Ruang yang luas

Elok-elok tengah berborak sambil menunggu rakan-rakan lain datang, tiba-tiba kelihatan dua lelaki membawa keluar satu jenis hidangan yang berapi ke bilik khas tersebut. Kelihatan seperti Pie apabila pelayan tersebut membuka dan menghidangkan kepada tetamu tersebut.

Sajian istimewa

Meja kami dihidangkan dengan 2 jenis minuma iaitu Vimto (kordial campuran anggur, blackcurrent dan raspberry), Ice Lemon Tea dan air kosong. Menarik jugak rasa Vimto nie yang manis tetapi tidak meninggalkan kesan manis ditekak.

Vimto & Ice Lemon Tea

Kemudian tiba pula Mandy Ayam dan Kambing berserta sup rempah (seperti rasa Rasam) berserta Salad Arab dan sos tomato salsa. Daging ayam dan kambing yang lembut dan juicy memang sedap dimakan dengan sos tomato salsa tersebut. Bagi yang tidak suka terlalu kering, boleh menambah sup rempah kepada nasi yang berperisa ini. Untuk set ini boleh dimakan antara 4 – 5 orang.

Mandy Chicken & Lamb

Side Dishes

Belum sempat Naz meratah daging kambing sepuasnya, mereka telah membawa keluar Maulawah (sejenis roti) yang bersaiz besar bersama pencicahnya iaitu Fahsa (racikan isi daging kambing dalam sup berempah). Maulawah yang besar ini berharga RM5, manakala yang kecil berharga RM3, dan Fahsa berharga RM24 semangkuk.

Maulawah & Fahsa

Setelah selesai kami disajikan pula dengan penutup hidangan iaitu minuman panas dan manisan. 2 jenis teh Arab iaitu teh pudina dan the susu berperisa cengkih mengembalikan kesegaran diri .Manisannya pula Khounafa, diperbuat dari lapisan cheese, kelapa parut dan gula karamel. Manisan ini memang menghilangkan rasa daging kambing yang dimakan tadi. Teh dan manisan memang melengkapkan hidangan makan malam kami.

Khounafa

Sepotong Khounafa

Arabic Tea

Jika terasa nak makan makanan Arab dan Timur Tengah, Naz rekomenkan anda ke Hadramawt Kitchen Wangsa Maju dengan keluarga ataupun rakan-rakan. Sambil makan sambil meluangkan masa dengan yang tersayang.

Dinner at Hadramawt Kitchen

Untuk tempahan boleh hubungi mereka di talian +603 4141 9841 atau +6019 3368841, dan pesanan melebihi RM70 mendapat penghantaran percuma. Jom ikuti promosi terkini dari Hadramawt Kitchen melalui:

Lama Web: www.hadramawt-kitchen.my
Facebook: www.facebook.com/HadramawtKitchen
Instagram: www.instagram.com/HadramawtKitchen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *