Hari Chef Antarabangsa Tahunan yang Kelima Diraikan

Photo 4

Hari Chef Antarabangsa Tahunan yang Kelima Diraikan | Nestlé Malaysia telah berganding bahu sekali lagi dengan Persatuan Ahli Kulinari Profesional (PCA) bagi meraikan Hari Chef Antarabangsa buat kali kelima bersama lebih 60 orang kanak-kanak Orang Asli dari SK Bukit Lanjan. Sambutan bertemakan ‘Bagaimana Makanan Yang Sihat Membantu’ (’How Healthy Food Works’) ini bertujuan untuk menerangkan khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran kepada kanak-kanak tersebut.

Hari Chef Antarabangsa

Chef Mohd Kamaruddin bin Adnin, yang juga dikenali sebagai Chef Bob, Presiden PCA, berkata, “Kami teruja untuk meneruskan perjalanan ini bersama Nestlé. Pada tahun ini, kami berbangga kerana telah berjaya mendidik 60 orang kanak-kanak Orang Asli mengenai manfaat pengambilan makanan yang sihat. Menerusi aktiviti hari ini, kami dapat membantu mereka untuk lebih memahami kebaikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk kesihatan mereka. Menyedari bahawa kanak-kanak dapat belajar dengan lebih baik menerusi contoh visual dan kaedah interaktif, kami telah mengaturkan pelbagai aktiviti membabitkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mereka.”

Chef mengajar kanak-kanak

Turut sama hadir semasa acara, Pegawai Eksekutif Perniagan Nestlé Professional, Nestlé (Malaysia) Berhad, Cik Yit Woon Lai, berkata, “Pemakanan ialah tumpuan utama Syarikat kami dan inisiatif tahunan ini adalah salah satu cara kami mencapai matlamat dalam meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat. Pendidikan dari usia muda adalah penting, khususnya dalam usaha menyemai tabiat pemakanan yang baik, dan sambutan Hari Chef Antarabangsa ini menjadi wadah yang sesuai untuk menyampaikan pengetahuan tentang pemakanan dengan cara yang menarik dan menyeronokkan.”

Tetamu istimewa turut diperkenalkan kepada manfaat buah-buahan serta sayur-sayuran menerusi ceramah yang menekankan Konsep Suku Suku Separuh, dan juga sukaneka mini yang dimeriahkan oleh pelbagai aktiviti interaktif. Ini termasuk teka-teki mengenai buah-buahan dan sayur-sayuran, seni gubahan makanan berwarna-warni, pembinaan menara pasta serta cabaran sayuran.Perayaan Hari Chef Antarabangsa adalah sebahagian daripada program Nestlé for Healthier Kids (N4HK), satu inisiatif global yang telah diperkenalkan untuk mendidik kanak-kanak tentang pemakanan serta menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan kanak-kanak sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *