“Hari Ini” Hael Husaini Kembali Dengan Lebih Hebat

Cover Album Hari Ini

“Hari Ini” Hael Husaini Kembali Dengan Lebih Hebat | Selepas mengukir kejayaan kali kedua menjadi juara di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL33) menerusi lagu ‘Haram’ duet bersama Dayang Nurfaizah, penyanyi sensasi Hael Husaini nyata tidak menunggu lama untuk menghasilkan buah tangan terbaru untuk para peminatnya. Kini Hael meneruskan langkah cemerlangnya dalam industri muzik Malaysia dengan melancarkan single terbaru yang berjudul ‘Hari Ini’.

Bagaikan isi dengan kuku, Hael Husaini dan Ezra Kong ibarat irama yang bersatu dengan lagu. Single ‘Hari Ini’ turut menyaksikan gabungan idea magis dari dua komposer terkenal ini.

Lirik : Hael Husaini, Ezra Kong
Komposer :Hael Husaini , Ezra Kong
 
verse
ditetapkan hari ini kau ku miliki
digenggam erat tangan jangan kau lepasi
dan tiba masanya untuk kita
melangkah bersama sama
 
chorus
dihari ini kau kucintai
mogakan selamanya abadi sejati
dihari ini aku lelaki
disamping wanita yang kugelar isteri
 
verse 2
ditatap erat wajah
jangan kau tangisi
dan tiba masanya untuk kita
melangkah bersama sama
 
chorus
dihari ini kau kucintai
mogakan selamanya abadi sejati
dihari ini aku lelaki
disamping wanita yang kugelar isteri
 
music bridge
hingga ke harini selamanya
biar sampai ke hujung usia
 
chorus
di hari ini kau kucintai
mogakan selamanya abadi sejati
dihari ini aku lelaki
disamping wanita yang kugelar isteri
 
ooooo
ooooo
yang ku gelar isteri
janjiku padamu
oooo
hari ini engkau miliku
 
di tetapkankan hari ini kau kumiliki.

Hael Husaini - Hari Ini

‘Hari Ini’ mengisahkan tentang pasangan suami isteri mengharungi kehidupan rumahtangga dan pada masa yang sama isterinya mengalami penyakit kanser. Suaminya pula berusaha untuk merealisasikan setiap permintaan isteri yang sedang bertarung dengan penyakit kanser itu.

Hari Ini dari Hael Husaini

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

Hael Husaini dan Ezra Kong sering tampil dengan idea baru. Lagu-lagu yang mereka hasilkan bersama setakat hari ini belum pernah mengecewakan. Oleh itu saya sangat yakin dengan single terbaru Hael ini pasti akan di terima ramai khususnya peminat fanatik beliau. Rangka promosi untuk lagu ini telah disusun dengan baik oleh pihak pengurusan dan diharapkan lagu ini dapat membawa Hael Husaini lebih jauh mungkin ke peringkat antarabangsa .”

Lagu ‘Hari Ini’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Hari Ini’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Leave a Reply