Sambutan Hari Jantung Sedunia Tokio Marine Dan YJN

Sambutan Hari Jantung Sedunia Tokio Marine Dan Yayasan Jantung Negara | Tokio Marine Life Insurance Malaysia Berhad (Tokio Marine Life) berkolaborasi dengan Yayasan Jantung Negara (YJN) untuk memberikan pemeriksaan kesihatan kepada para pekerja mereka bersempena dengan Hari Jantung Sedunia (World Heart Day) yang jatuh pada Tarikh 29 September 2018.

Sambutan Hari Jantung Sedunia Tokio Marine Life dengan Yayasan Jantung Negara

Lebih kurang 100 pekerja secara sukarela mengambil bahagian dalam pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh yang dijalankan oleh YJM di Zenpire, sebuah kawasan rehat dan rekreasi di Menara Tokio Marine Life.

Antara pemeriksaan kesihatan yang diadakan adalah saringan kolesterol, tekanan darah, kadar glukosa, pengiraan Body Mass Index termasuk ujian paru-paru.

Khidmat nasihat tentang kesihatan

“Tokio Marine mempercayai kuasa yang ada pada para pekerjanya yang menjadi nadi pemacu dalam merealisasikan visi untuk menjadi Syarikat Terbaik. Ia adalah sangat penting para pekerja kami dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental dalam menyokong visi dan misi kami. Kami akan terus mengadakan promosi kesihatan, pembaikan gaya hidup dan saringan penyakit untuk semua pekerja dalam visi menjadi Syarikat Terbaik,’ menurut Yoshiake Okabe, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Tokio Marine Life.

Saringan kesihatan

Pada penutup saringan kesihatan, En. Okabe telah menyerahkan derma berjumlah RM5,000 kepada YJM dalam menyokong usaha berterusan terhadap Yayasan tersebut.

“Kesihatan merupakan teras kepada keharmonian tubuh badan, minda dan rohani. Dengan pembukaan Zenpire, kami menggalakkan pekerja kami untuk berehat, bersantai dan bersenam di kawasan serbaguna ini. Samada anda ingin membina otot, membaca buku, menonton TV atau mempamerkan kehebatan pergerakkan tarian Zumba, semuanya di bawah satu bumbung ini,” kata Wilson Tang, Ketua Perhubungan Korporat Tokio Marine Life.

Zenpire merupakan kawasan kemudahan rehat dan rekreasi seluas 10,000 kaki persegi yang memuatkan sebuah gim dan kawasan santai untuk permainan ping pong, dart, billiard dan kafe. Ia merupakan kawasan serbaguna yang boleh di tukar susun aturnya untuk aktiviti Zumba dan juga Yoga termasuk 300 kerusi untuk perjumpaan town hall, dengan penggunaan hubungan tanpa wayar untuk persembahan Powerpoint. Selain itu ia juga mempunyai kemudahan teater dengan peralatan sokongan yang canggih.


About Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd

Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd (“Tokio Marine Life”) has 70 years of presence in Malaysia and is financially strong with total assets of RM8.48 billion**. Today, Tokio Marine Life is a member of Tokio Marine Group in Japan with more than 36,900 employees, 46,000 agents and operates in 483 cities in 38 countries worldwide. The core company of Tokio Marine Group, Tokio Marine & Nichido Fire is financially strong with asset worth more than USD208 billion and has a credit rating⁺ of A+ by Standard & Poor’s Aa3 by Moody’s and A++ (Stable) by A.M. Best.

*Terms and conditions apply
**As of 31 December 2017
⁺As of 18 April 2018

Leave a Reply