Harold’s Bread Sajikan Roti Segar Yang Berkualiti

Harold’s Bread Sajikan Roti Segar Yang Berkualiti |  Mr. Harold Gorbach merupakan seorang pakar pembuat roti (master baker) dari Eropah dan sangat berpegang kepada keikhlasan dalam pembuatan roti (sincere baking) dan ingin berkongsi ilmunya dalam pembuatan roti. Harold percaya roti yang bagus dapat merangsang deria si pemakan dari sentuhan bau sehinggalah ke gigitan terakhir. Lalu bertemu dengan seorang usahawan Malaysia, En. Darren Lee, dan berkongsi cara pembuatan roti ala Eropah kepadanya. Darren Lee pula telah menambah sentuhan rasa Asia, maka tercipta la kedai bakeri Harold’s Bread.

Harolds Bread Opening

Pada 28 Febuari 2018, Harold’s Bread telah melancarkan satu lagi outlet mereka yang merupakan yang pertama di Lembah Klang, yang ke-12 di Mydin dan yang ke-23 di Malaysia. Lokasi pertama di Lembah Klang ini di Mydin Mall, USJ Subang Jaya. Harold’s Bread kini sudah 5 tahun bertapak dan outlet pertama mereka telah dibuka di Mydin, RTC Gopeng pada 2013.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad, Ybhg. Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali, Ybhg. Datin Wira Dr. Hajjah Siti Hawa, Ybhg. Datuk Murad Ali, Ybhg. Tuan Ahimmat Mydin, bersama dengan Pengarah Urusan Harold’s Bread, En. Darren Lee dan Mr. Harold Gorbach.

Acara simbolik memotong kek

Selesai sahaja acara pelancaran, kesemua VIP memotong kek cantik sebagai tanda simbolik pembukaan outlet Harold’s Bread yang ke-23. Kek istimewa ini telah dihasilkan oleh Chef Wing dan Chef Hwei Min dari Akademi Harold. Kedua-dua chef ini telah memenangi pingat Perak dalam International Confectionery Art Competition 2018 yang telah berlangsung di Paris baru-baru ini.

Harold’s Bread

Apa yang menarik sangat tentang roti, kek dan pastri di Harold’s Bread ini? Seperti tunjuk ajar dari Mr. Harold Gorbach, keikhlasan dalam pembuatan roti ini kena ada seperti bahan-bahan yang digunakan haruslah yang berkualiti. Jika perlu menggunakan mentega, tidak boleh diganti dengan majerin dan begitu seterusnya. Apa yang terhasil nanti pastinya sedap, lembut dan bermutu. Itulah prinsip yang dipegang dan diusahakan sejak 2013.

Darren Lee & Harold Gorbach

Jadi tak hairanlah jika lalu disekitar Harold’s Cafe ini, anda seperti terpanggil oleh deria bau anda dengan wangian pastri yang dihasilkan. Bagi memenuhi pelbagai citarasa pelanggan mereka, bakeri ini menghasilkan bukan sahaja French Patisserie dan Sandwiches, tetapi juga Japanese Soft Buns dan Swill Rolls. Dinikmati pula dengan Italian Gourmet Coffee yang baru di bru ataupun dengan kopi Malaysia.

Harold's Cafe

Bakeri ini menghasilkan purata campuran lebih dari 20 jenis roti, bun, pastri, kek dan croissants yang dibuat setiap hari bagi mengekalkan kesegarannya. Selain dibuat dari bahan-bahan yang berkualiti, kesemua hasil dari bakeri ini adalah Halal. Lihat sahaja lah kesemua roti dan bun yang dihasilkan….

Roti dan Bun di Harold's Cafe

Roti Bun

Cakes

Naz dah rasa roti, bun, pastri dan kek Harold’s Bread dan Naz paling rekomen adalah Sushi Rolls, Mini Portuguese Toast dan Crème Brulee Cheese Tart yang cair didalam mulut.

Sushi Rolls

Mini Portuguese Toast

Creme Brulee Cheese Tart

Terdapat beberapa promosi yang diadakan setiap hari seperti Mix & Match – 3 pastri pada harga RM5, Value Meal 2.0 dengan Croissants yang segar, 30% diskaun selepas jam 9 malam, dan banyak lagi.

Mix & Match

Value Meals

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati roti, bun, pastri dan kek Harold’s Bread jika anda ke Mydin Mall, USJ Subang Jaya. Sekali cuba anda pasti nak lagi!

Bersama orang kuat Harold's Bread
Foto bersama Mr. Darren Lee dan Mr. Harold Gorbach

Ikuti mereka di laman sosial untuk promosi dan perkembangan terkini mereka:

Instagram
www.instagram.com/harolds_bread

Facebook
www.facebook.com/haroldsbread

Laman Web
www.haroldsbread.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *