HATI Hael Husaini Sudah Terpikat Dengan Seseorang, Siapa Dia?

HATI ART WORK

HATI Hael Husaini Sudah Terpikat Dengan Seseorang, Siapa Dia? | Setelah berjaya memenangi tempat pertama di Anugerah Juara Lagu dua kali berturut-turut, dan kemudian tampil dengan dua versi lagu ‘Hari Ini’ secara solo dan secara duet bersama bintang tersohor R & B negara, Dayang Nurfaizah, penyanyi, komposer serta penulis lirik penuh berbakat Hael Husaini kini muncul dengan sebuah lagi karya hebat berjudul ‘Hati’.

Lagi ini mengisahkan seorang lelaki yang menaruh harapan pada seorang wanita, tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk untuk cuba memberitahu perkara sebenar kepada wanita tersebut.

Digubah dan ditulis sepenuhnya oleh pasangan pencipta karya muzik ulung negara iaitu Ezra Kong dan Hael Husaini sendiri, lagu ini dijangka berpotensi besar mengulangi kejayaan lagu-lagu yang pernah mereka hasilkan bersama sebelum ini.

Di dalam lagu ini juga Hael Husaini memperkenalkan gerakan baru didalam muzik video bagi memperkuatkan lagi lagu yang berjudul Hati ini. Sekaligus dapat mempertontonkan dinamik lagu ini kepada pendengar diluar sana.

Hael Husaini dengan Hati yang berdebar debar

Tidak mustahil sekiranya lagu ini mampu dicalonkan dalam anugerah-anugerah berprestij yang akan datang.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

”Lagu ‘Hati’ merupakan hasil nukilan Ezra Kong serta Hael sendiri dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .”

Lagu ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music. Video muzik lagu ‘Hati’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network. 

"Hael Husaini - Hati"
Lagu: Hael Husaini dan Ezra Kong (Self published - Raksasa Studio Publishing)
Lirik: Hael Husaini dan Ezra Kong (Self published - Raksasa Studio Publishing) 

Lirik Lagu 
 
 Verse 1
 Siapakah dirimu
 Silakan beritahu
 Siapakah diriku
 Kembaramu yang terbaru
  
 Chorus
 Ada rahsiaku
 Yang kau perlu tunggu
 Disebalik baju
 Tersembunyi yang harus ku tahu
  
 Dan ada rahsia ku
 Yang kau perlu tunggu
 Disebalik baju
 Tersembunyi sesuatu bunyi kau perlu tahu
 Nah
  
 Verse 2
 Mungkin cahaya matamu
 Berakhirkan nama ku
 Mungkin cahaya mataku
 Persis raut wajahmu
  
 Post-Chorus
 Dan ada hatimu
 Yang ku perlu tahu
 Disebalik baju
 Tersembunyi yang harus ku tahu 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *