honor 9 Lite Dengan Dwi-Kamera Depan Belakang

honor 9 Lite Dengan Dwi-Kamera Depan Belakang |  honor 9 Lite telah dilancarkan penjualannya di Malaysia pada 9 Mac yang lalu secara eksklusif di Shopee Malaysia . Pelbagai tawaran harga yang menarik termasuklah pemberian telefon percuma melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Telefon honor 9 Lite ini dijual pada harga RM749 dan dikategorikan di bawah telefon bajet. Naz berpeluang untuk menggunakan telefon terbaru ini dan jom kita tengok apa kelebihannya.

honor 9 Lite smartphone

Spesifikasi honor 9 Lite

Sebagai telefon bajet ni didatangkan dengan pemprosesan Huawei Kirin 659 2.36GHz teras Octa. Manakala RAM pada 3GB dan storan dalaman sebanyak 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB melalui kad SDmicro).

Versi Android Android Oreo + EMUI 8.0
Pemproses Huawei Kirin 659, 2.36 GHz Octa
Paparan Skrin 5.65 inci dengan paparan
Resolusi 2160 x 1080 dengan 16.7 M colors, 428 PPI
Memori 3GB RAM dan 32GB ROM memori dalaman
Saiz & Berat 151 mm x 71.9 mm x 7.6 mm | 149g
Bateri 3000 mAh
Warna Sapphire Blue dan Glacier Grey

Antara ciri ketara yang boleh dilihat pada telefon ini adalah pantulan pada belakang telefon ini. Ia diperlengkapkan dengan kaca yang berkilau dan boleh dibuat seperti cermin muka. Warna Sapphire Blue dan Glacier Grey memang menjadikan pantulan pada kaca tersebut menarik dan mungkin ini salah satu fungsi yang disukai oleh setiap wanita.

Front
Bahagian depan memberikan pantulan dari kaca skrin…
back glass reflective
begitu juga dengan bahagian belakang…

Telefon ini agak ringan [ada 149 gram sahaja dan disebabkan belakang dan depannya adalah kaca maka ia menjadikan peranti ini mudah menggelongsor dan jatuh. Jadi sila lah pasangkan dengan cover yang boleh menyelamatkan telefon ini.

Disebabkan Naz dapat unit demo dan dikunci dengan aplikasi “Retail Demo” maka Naz tidak dapat menggunakan peranti ini semaksimumnya. Ini adalah kerana, setiap kali peranti ini di off kan, iklan demo unit akan dimainkan lebih kurang seperti di bawah:

Dwi-Kamera Depan dan Belakang

Untuk bahagian kamera telefon ini agak mewah. Terdapat dwi-kamera depan dan belakang menggunakan 13MP untuk tangkapan normal dan kamera 2MP kedua untuk kedalaman kesan medan.

Dwi Kamera
Dwi Kamera 13 MP + 2 MP untuk depan dan belakang

Naz hanya sempat menguji zoom fokusnya dan juga membuat video untuk salah satu aktiviti blogging Naz di Jalan Jalan Japan.

Untuk fungsi zoom, ketika Naz berada di atas bumbung Sime Darby Convention Centre untuk membuat review restoran D’Atap Gazebo, kelihatan pemain golf sedang menghampiri green di TPC Kuala Lumpur. Naz rasa jarak antara 500 – 700 meter, dan mencuba 4 peringkat fungsi zoom dan inilah hasilnya….

Zoom honor 9 Lite
Zoom fokus yang masih jelas pada jarak lebih 500 meter
4x Zoom Potrait
4x Zoom secara Potrait
4 x Zoom Landscape
4 x Zoom secara Landscape

Kemudian Naz menggunakan kamera peranti ini untuk mengambil foto dan video. Untuk video ada dalam dua versi iaitu video biasa dan time-lapse.

Versi Normal

Versi Time Lapse

Kemudian Naz gabungkan dengan menggunakan sostware video maker untuk menghasilkan video ini.

Setakat ini Naz dapat menguji telefon honor 9 Lite ini dan seperti Naz kata tadi tidak dapat menguji sepenuhnya dari segi ketahan bateri dan fungsi lain disebabkan aplikasi “Retail Demo” itu.

Walau bagaimana pun, jika anda inginkan telefon bajet dan mempunyai fungsi kamera yang baik serta fungsi keselamatan seperti imbasan cap jari dan imbasan muka, honor 9 Lite adalah jawapannya.

Leave a Reply