honor 9 Lite Dijual Secara Eksklusif di Shopee Malaysia

honor x shopee my

honor 9 Lite Dijual Secara Eksklusif di Shopee Malaysia |  Bermula 9 Mac 2018 jam 9.00 pagi, Shopee Malaysia akan membuka platform e-dagang mereka untuk penjualan telefon pintar honor 9 Lite secara eksklusif. Ini merupakan usahasama pihak Shopee Malaysia bersama honor Malaysia yang sangat istimewa dan memberi peluang kepada 9 juta pengguna Shopee di Malaysia untuk membeli telefon pintar 4-kamera tersebut pada harga hebat iaitu RM699 (harga pasaran RM749) untuk masa terhad.

Perbandingan harga honor 9 Lite

Majlis pelancaran honor 9 Lite ini telah diadakan di pusat membeli belah Nu Sentral, Kuala Lumpur dan juga menyaksikan kedua belah pihak menandatangani perjanjian kerjasma ini.

MoU honor x shopee

Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee, “Kami berbangga daat berkerjasma dengan honor untuk pelancaran eksklusif honor 9 Lite ini. Sejak beberapa tahun lalu, kami menyaksikan pertumbuhan bilangan pengguna yang membeli produk elektronik secara dalam talian, khususnya telefon pintar. Kami gembira dapat berkerjasama dengan honor untuk menawarkan pelbagai lagi pilihan kepada  pengguna kami.

honor 9 Lite

Telefon pintar ini dilancarkan di Malaysia merupakan pasaran global pertama telefon pintar ini. Telefon pintar ini pasti menawan hati pengguna yang sukakan swafoto (selfie) dengan 2-kamera hadapan.

Equally Beautiful

Telefon pintar ini menmpilkan 2 lensa 13MP + 2MP dibahagian hadapan dan belakang, yang mrmbolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dan cantik tanpa mengira masa, tempat dan teknik.

honor 9 lite features

Telefon ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan dilengkapi dengan 3 GB RAM dan 32GB storan dalaman (boleh ditambah sehingga 256GB  storan luar melalui kad SD). Ia dibekalkan dengan bateri berkuasa 3,000 mAh yang boleh menampung pengunaan harian.

Kirin Octa-Core

Telefon honor 9 Lite ini boleh didapati dalam 2 variasi warna iaitu Sapphire Blue dan Glacier Gray.

2 variasi warna

Nak menang telefon pintar honor 9 Lite dari Shopee?

Bagi meraikan pelancaran ini, Shopee turut menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram dari 12 hingga 31 Mac yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi telefon honor 9 Lite baru ini. Pengguna Shopee hanya perlu memuat naik satu swafoto dengan rakan baik mereka di Instagram, letakkan keterangan yang menyatakan sebab mereka rasa rakan baik mereka adalah seorang cantik atau kacak, tag pada @shopee_my dengan hashtag #ShopeeXhonor. Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi sebuah honor 9 Lite untuk mereka dan rakan mereka. Manakala 10 pemenang lain akan menerima hadiah berbentuk 10,000 syiling Shopee setiap seorang. Selain itu, dari 7 – 9 Mac, pengguna Shopee boleh bermain permainan Facebook Live untuk membuka kunci ‘Code of Honor‘yang menawarkan hadiah berupa sebuah honor 9 Lite setiap hari.

150 pembeli pertama honor 9 Lite akan menerima set solekan khas untuk swafoto dari Maybeline New York bernilai RM50. Nantikan kejutan yang mengujakan daripada jenama solekan No 1 Malaysia yang diinspirasikan daripada trend terhangat dari New York yamg akan berkerjasama dengan honor pada sambutan ‘Hari honor‘.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my atau www.hihonor.com.my untuk mendapatkan tawaran eksklusif sempena  pelancaran ini, layari  www.shopee.com.my/honormy. officialstore

Leave a Reply