HUAWEI MediaPad M5 dan M5 Pro Untuk Gamers

Media Launch HUAWEI MediaPad M5

HUAWEI MediaPad M5 dan M5 Pro Untuk Gamers |  Sejak Januari 2018, syarikat pengeluar telefon pintar telah banyak mengeluarkan telefon pintar dengan paparan skrin yang besar (kebanyakkannya 18:9 ke atas) serta pemprosesan yang pantas (snapdragon 600 ke atas) untuk memfokuskan kepada industri permainan (gaming industry) yang semakin mendapat sambutan, terutamanya di Malaysia. Kini HUAWEI tampilkan kelainan dengan pengalaman permainan yang lebih memuaskan dan berkuasa melalui HUAWEI MediaPad M5 (8.4 inci) dan HUAWEI MediaPad M5 Pro (10.1 inci) kepada gamers di Malaysia.

Huawei MediaPad M5 dan M5 Pro dilancarkan

Spesifikasi HUAWEI MediaPad M5 & M5 Pro

HUAWEI MediaPad M5

HUAWEI MediaPad M5 Pro

Paparan Skrin

8.4 inci, 2560 x 1600 Paparan IPS, 359 pixel per inci (PPI)

10.8 inci, 2560 x 1600 Paparan IPS, 280 pixel per inci (PPI)

Pemproses

HUAWEI Kirin 960, Octa-Core

Sistem Operasi

Android 8.0 + EMUI 8.0

Memori / Storan

4GB / 64GB ROM

Storan Tambahan

Sehingga 256GB melalui kad MikroSD

Saiz

212.6 x 124.8 x 7.3 mm

258.7 x 171.8 x 7.3 mm

Berat

316 g

498 g

Kamera

Utama: 13MP auto fokus, Depan: 8MP fokus tetap

Bateri

5100 mAh Lithium Polymer

7500 mAh Lithium Polymer

Warna

Space Grey, Champagne Gold

Space Gray

MediaPad M5 berserta flip cover

Antara fungsi-fungsi yang menarik pada 2 MediaPad ini adalah:

  • Teknologi pengecasan pantas 9V/2A dengan sambungan USB-C yang mampu mengecas bateri kapasiti tinggi ini dari 0% hingga 100% dalam masa 2 jam (M5) dan 3 jam (M5 Pro).
  • Pengimbas cap jari yang boleh membuka peranti ini dengan pantas.
  • Dimuatkan dengan 2 pembesar suara stereo (M5) dan 4  pembesar suara stereo (M5 Pro) yang ditala oleh Harman Kardon.
  • Teknologi ClariVu 5.0 memberikan penambahbaikan paparan foto dan video sekiranya mempunyai kualiti yang rendah.
  • M-pen yang telah ditambahbaik dengan interaksi intuitif dengan peranti M5 dan M5 Pro

M-pen

Harga dan Ketersediaan

HUAWEI MediaPad M5 ini akan berada di pasaran bermula 13 Julai 2018 pada harga RM1,499 manakala HUAWEI MediaPad M5 Pro akan berada di pasaran bermula 25 Julai 2018 pada harga RM1,899.

HUAWEI MediaPad M5 berserta gaming pad

Bagi memberi kepuasan kepada peminat dan pelanggan, pembeli MediaPad M5 akan menerima gamepad khas, manakala M5 Pro akan menerima flip cover. Selain itu, pembeli juga akan menerima langganan premium Viu untuk 6 bulan secara PERCUMA. Siapa cepat dia dapat selagi stok masih ada, tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang HUAWEI MediaPad M5 dan M5 Pro, boleh layari platform e-dagang HUAWEI di https://consumer.huawei.com/my  atau layari halaman facebook HUAWEI di https://www.facebook.com/HuaweiMobileMY

Leave a Reply