Huawei nova 3e Berkapasiti 128GB

HUAWEI nova 3e_Key Visual1

Huawei nova 3e Berkapasiti 128GB |  Sebelum ini pengeluar telefon pintar berlumba-lumba rancak melancarkan telefon dengan Full View Display, kini Huawei menawarkan telefon pintar kelas pertengahan dengan storan berkapasiti 128GB. Dan harga yang ditawarkan sungguh kompetitif pada RM1,399 (termasuk GST – buat masa ini) dan nikmati tawaran aplikasi HUAWEI AppGallery sedia terpasang sehingga RM3,000!

HUAWEI nova 3e Hannah Delisha

Spesifikasi Huwei nova 3e

Sistem Operasi Android 8.0 Oreo, EMUI 8.0
Skrin Paparan 5.8″ HD+ Penuh 2280 x 1080
Pemproses Kirin 659
RAM 4GB
Storan 128GB
Kamera belakang 16MP F2.2 & 2MP
Kemera depan 16MP F2.0
Bateri 3,000 mAh
Warna Klein Blue & Midnight Black

Dilancarkan di Fitness First One Utama dengan kehadiran Hannah Delisha selaku Duta Huawei nova. Apa yang menarik tentang nova 3e ini selain fungsi kameranya adalah menawarkan storan yang berkapasiti 128GB. Jadi tiada masalah lagi tidak cukup ruang. Dan anda juga boleh menambah storan sehingga 256GB dengan kad mikroSD. Walau bagaimanapun, telefon pintar ini hanya dibekalkan dengan 4B RAM sahaja. Untuk spesifikasi lebih mendalam lagi anda boleh layari consumer.HUAWEI.com

HUAWEI nova 3e_FullView Display 2

color nova 3e

Pada pelancaran ini juga, Huawei memperkenalkan aplikasi HUAWEI AppGallery yang tersedia dipasang dalam nova 3e ini. Digelar sebagai kedai App rasmi HUAWEI, galeri aplikasi tempatan direka bentuk untuk memperkayakan kehidupan seharian pengguna dengan menawarkan, produk dan perkhidmatan yang menarik.

HUAWEI AppGallery mengandungi pemeriksaan keselamatan 3-lapisan untuk setiap aplikasi, membawa ketenangan fikiran kepada pengguna yang prihatin terhadap data peribadi dan privasi mereka. Di samping itu, HUAWEI AppGallery menyokong perkhidmatan setempat untuk kedua-dua pengguna dan pemaju App.

Pada pelancaran tersebut, pihak media telah dimaklumkan jenama-jenama yang berkolaborasi bersama HUAWEI untuk menawarkan lebih banyak tawaran dan diskaun. Ini eksklusif untuk pengguna nova 3e sahaja tau. Jenama disenaraikan seperti berikut:

Brand Privilege for nova users
Doctor2U RM30 to RM3,000 off
oBike RM30 off
Manga RM12 off
HERMO RM15 off
Easybook 5% off on Any Value
AirAsia Exclusive Monthly Promotion of Ticket
EzCab RM6 off
GoCar RM30 off
CyberLink RM25 off
NovelPlus Free VIP Member
Daily Manga Free Coin
Viu Free Subscribe up to 12 Months

HUAWEI AppGallery ini tidak akan dijumpai di AppStore atau Google Playstore kerana ia akan dipasang di HUAWEI nova 3e. Penawaran di atas boleh ditebus melalui langkah-langkah di bawah.

Langkah 1: Lancarkan AppGallery

Langkah 1

Langkah 2: Pilih ‘Me’ dan pilih ‘Gifts’

Langkah 2

Langkah 3: Klik ikon ‘Reward’ untuk arahan seterusnya

Langkah 3

Langkah 4: Klik ‘Claim’ untuk tebus atau pasang aplikasi tersebut

Langkah 4

Ketersediaan & Harga

HUAWEI nova 3e boleh didapati bermula 25 Mei 2018. Harga runcit pada RM 1,399 (termasuk GST) buat masa ini, dan boleh dibeli di semua HUAWEI Experience Stores dan wakil pengedar yang sah.

Bermula dari 18 hingga 31 Mei 2018, HUAWEI menawarkan wang tunai kembali (cash back) untuk setiap pembelian. HUAWEI nova 3e akan dijual pada harga RM 1,320, selepas menolak rebet RM79. Pelanggan juga akan menerima Stick Selfie Tripod HUAWEI percuma bernilai RM68 untuk setiap pembelian HUAWEI nova 3e, selagi stok masa ada.

HUAWEI nova 3e_Key Visual

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://consumer.HUAWEI.com or Facebook HUAWEI’s www.facebook.com/HUAWEIMobileMY.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *