‘Implikasi’ Langkahan Terus Sufi Rashid

implikasi sufi

‘Implikasi’ Langkahan Terus Sufi Rashid | Juara Akademi Fantasia AF2015 Sufi Rashid kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan buah tangan terbaharunya Implikasi ciptaan sepenuhnya Amy Bong ,Den dan gubahan muzik oleh Zimi. Selepas single ketiganya iaitu ‘Aku Sendiri’ menerima sambutan yang agak memberansangkan, Sufi terus yakin dan bersemangat untuk memberi kepercayaan kepada single terbaharunya iaitu Implikasi. .

 Single ‘Implikasi’ mengisahkan tentang kisah hidup seorang remaja yang kerjaya hidupnya sedang meningkat naik namun tidak mendapat sokongan dari orang terdekat. Hidupnya semakin sukar apabila ditinggalkan kekasih dan menghadapi masalah keluarga sekaligus menyebab remaja itu hilang arah lalu menghadapi tekanan perasaan hidup

Sufi Rashid

Menurut Sufi  “ Lagu Implikasi ini ternyata lain dari yang lain dari single single Sufi sebelum ini, dimana “Aku sendiri” menjadi kesinambungan “ Aku Sanggup” . Saya memilih lagu ini kerana melodinya yang mudah diingati dan bait bait liriknya sangat menyentuh perasaan. melodi ke penulisan lirik sehinggalah rakaman di studio berjalan lancar kerana saya mahukan hasil kerja yang teliti dengan mempunyai kriteria sendiri terhadap lagu yang dihasilkan serta mempunyai signature Sufi Rashid.”

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.,

“Single IMPLIKASI mempunyai kekuatan tersendiri ditambah lagi dengan nyanyian Sufi Rashid sekaligus dapat membantu single ini untuk memberi impak kepada pendengar-pendengar diluar sana. Sufi Rashid juga seorang yang rajin dan semangat bila melakukan sesuatu perkara dan saya yakin dengan semangat yang dia ada, single ini diharapkan akan diterima baik penggemar muzik Malaysia.”

Single ‘IMPLIKASI’ ini diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia bermula pada hari ini.

Sufi Rashid Implikasi

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Penyanyi        : Sufi Rashid
Tajuk lagu       : Implikasi
Komposer       : Amy Bong
Penulis lirik     : Amy Bong & Den
Pengedar        : Rocketfuel Entertainment


Verse
Katamu tersiksa lena tidurku
Sungguh beratnya menanggung rasa
hatiku
Dirimu amat bermakna bagiku
Namun tak berdaya sakitnya jiwaku
Hatiku jiwaku tak lagi seperti dulu
Kasihku sayangku walau terjadi
sampai mati
Ku kembali
Untukmu
 
Chorus
Aku tak sanggup menahan pilu
Perasaan yang hancur mati keranmu
Menghantui kisah yang lalu
Hingga terjadi implikasi hidupku
 
2Nd Verse
Katamu tersiksa lena tidurku
Namun tak berdaya sakitnya jiwaku
Hatiku jiwaku tak lagi seperti dulu
Kasihku sayangku walau terjadi
sampai mati
Ku kembali
Untukmu
 
chorus
Aku tak sanggup menahan pilu
Perasaan yang hancur mati keranmu
Menghantui kisah yang lalu
Hingga terjadi implikasi hidupku
 
Katamu…

Leave a Reply