“Jalan-Jalan Ramadhan Buffet” Citarasa Nostalgia SDCC

JJRB-SDCC

“Jalan-Jalan Ramadhan Buffet” Citarasa Nostalgia SDCC | Tinggal kurang lebih 60 hari sahaja lagi sebelum kita melangkah ke bulan Ramadhan Al Mubarak 1440 Hijrah. Ada yang masih belum ganti puasa….. segerakan lah ya. Bila sebut pasal Ramadhan pastinya ramai yang menantikan kemunculan pelbagai hidangan makanan yang sedap-sedap untuk berbuka puasa. Sime Darby Convention Centre (SDCC) tahun ini membawa citarasa nostalgia dari Restoran Halia dengan “Jalan-Jalan Ramadhan Buffet” dan citarasa dim sum dari China Treasures “Ramadan Dinner Indulgence”.

Jalan-Jalan Ramadhan Buffet

Jalan-Jalan Ramadhan Buffet kali ini berkonsepkan hidangan terkenal dari lokasi-lokasi serata Malaysia seperti Jalan Doraisamy, Jalan Sungkai, Jalan Kepong, Jalan Daud, Jalan Imbi, Jalan Lang Emas dan beberapa jalan lagi. Terdapat lebih dari 30 stesen yang menawarkan lebih dari 100 jenis juadah yang sememangnya sedap-sedap belaka seperti Sup GearBox Berempah, Laksam Kelantan, Gulai Kawah, Lidah Bakar, Kacang Pool dan banyak lagi.

Jalan-Jalan Ramadhan Buffet stalls

Selain dari hidangan enak tempatan, terdapat juga hidangan antarabangsa seperti dari Timur Tengah, Barat, Jepun, China dan beberapa negara lagi. Yang pastinya, anda dan keluarga serta rakan-rakan yang bakal berkunjung ke Iftar Ramadhan SDCC pasti rambang mata dengan pelbagai pilihan. Pada hujung minggi (Jumaat & Sabtu) ada hidangan tambahan istimewa akan disajikan….

Ikan fresh
Ikan Bakar Sedap SDCC
Assorted Make Roll Teppanyaki
Roast Lamb Saffron
Kacang Pool
Sup Berempah Gearbox
Kambing Bakar

Selain dari hidangan dari Restoran Halia, tahun ini Restoran China Treasure turut sam-sama menyajikan hidangan makan malam dim sum dengan 79 jenis sajian dim sum berserta 69 hidangan tambahan yang menyelerakan. Memang meriah dan pastinya sekali datang tak cukup untuk menikmati keseluruhan tawaran makanan yang disediakan nanti.

Ramadhan Dinner Indulgence
Ala Minute Dish1
Ala Minute Dish2
Ala Minute Dish3
Ala Minute Dish4

Seperti tahun sebelum ini, SDCC membuat tawaran harga baucar yang sungguh menarik bagi pelanggan yang membeli baucar awal. Harga baucar bergantung pada masa anda membelinya…..lagi awal lagi murah!

Harga RM69++ bermula dari 1 Mac sehingga 31 Mac 2019;

Harga RM79++ bermula dari 1 April sehingga 5 Mei 2019; dan

Harga RM99++ dari 6 Mei sehingga 2 Jun 2019.

Bagi yang nak membeli baucar yang banyak, anda berita baik….. setiap 10 baucar yang dibeli, anda akan mendapat 1 baucar percuma dari SDCC….. bagi pembelian sebelum 6 Mei 2019.

Selain dari itu, harga untuk kanak-kanak (berumur 5 sehingga 12 tahun) dan warga emas (untuk umur 60 tahun ke atas) akan mendapat potongan harga sebanyak 25%.  Kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah adalah PERCUMA!

Untuk tempahan bagi baucar “Jalan-Jalan Ramadhan Buffet” boleh hubungi 03-2089 3799 atau emel ke halia.sdcc@simedarbyproprety.com manakala untuk “Ramadhan Dinner Indulgence” pula boleh hubungi di talian 03-2089 3788 ataupun emel kepada chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com

Leave a Reply