Janji Zehan Kisah Cinta Malaysia dan Iran

Janji Zehan - Lehzeye Bi Payan

Janji Zehan Kisah Cinta Malaysia dan Iran |  Cinta, perkahwinan, persefahaman, tolak ansur, hormat menghormati dan kasih sayang dalam apa jua keadaan adalah resepi mencapai Destinasi Cinta Yang Hakiki. Inilah yang cuba disampaikan oleh Bernard Chauly dan Zabrina Fernandez dalam naskah terbaru arahan mereka Janji Zehan, yang akan bersiaran di Astro First Eksklusif Saluran 480 dan platform digital ‘on demand’ mulai 14 Febuari 2018.

Filem televisyen (FTV) ini dibintangi oleh pelakon wanita popular, Nur Fazura bersama pelakon berbakat besar dari Iran, Amir Rezazadeh. Seluruh pengambaran FTV ini dilakukan di negara Iran dan telah mendapat sokongan serta kerjasama yang baik dari Kementerian Pelancongan Negara Iran dan Kedutaan Besar Iran di Malaysia. Turut tidak ketinggalan, Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah selaku rakan penaja untuk penerbitan ini.

Pengarah dan Pelakon Janji Zehan
Pengarah dan Pelakon Janji Zehan bersama Duta Iran di Malaysia..
Duta Besar Iran di Malaysia
dari kiri: Bernard Chauly, Fattah Amin, Nur Fazura dan Duta Iran, Madam Marzieh Afkham turut hadir pada sesi preview Janji Zehan

Selepas menonton FTV ini, Naz memang terpegun dengan keindahan serta tertarik dengan keunikan yang terdapat di negara Iran. Menurut Bernard, mereka telah menggadakan pengambaran di 43 lokasi utama di sekitar Iran terutamanya di Shiraz dan Yardz, serta mengambil masa selama hanya 12 hari untuk diselesaikan. Antara tempat yang menarik dalam FTV ini…

  • Masjid Nasir Ol Molk, Shiraz – dibina pada tahun 1888 ketika era Qajar dan lebih dikenali sebagai ‘Pink Mosque’.
  • Kota Persepolis – lokasi bersejarah yang turut dikenali sebagai ‘Takht-e-Jamshid’ dan terletak kira-kira 60 km di utara bandar Shiraz.
  • Hafeziye, Shiraz – dibina pada awal abad ke-14 bagi mengingati penyair tersohor Parsi bernama Hafez.
  • The ‘Old City of Yazd’ – salah satu bandar tertua di dunia.
  • The ‘Cypress Tree of Abarkuh’ – dipercayai sebagai pokok tertua di dunia dan dianggarkan berumur lebih dari 4,000 tahun.

Sinopsi Janji Zehan

Janji Zehan mengisahkan tentang Zehan (lakonan Nur Fazura), seorang penerbit TV yabg berjaya dan Arman (lakonan Amir Rezazadeh), seorang usahawan makanan berasal dari Iran, yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dan kini dalam perjalanan menuju ke negara Timur Tengah itu untuk percutian bulan madu dan mencipta sebuah pengalaman romantic dalam fasa baru hidup mereka.

Adegan di Pink Mosque
salah satu adegan di Pink Mosque… [ foto kredit: ig Lahzeye.Bi.Payan ]
Namun begitu, pengalaman malam pertama mereka tidak seperti yang diimpikan. Kedua-dua mereka mula menyedari akan kekurangan masing-masing. Oleh sebab itu, perkara-perkara kecil Zehan dan Arman mula mempertikaikan samada keputusan untuk berkahwin di buat secara terburu-buru.

Keesokan harinya, Zehan dan Arman cuba berbaik semula, namun begitu kedua-duanya kelihatan tidak selesa dan kegembiraan yang diinginkan masih tidak menjelma. Arman kemudian membawa Zehan pulang ke kampungnya untuk diperkenalkan kepada nenek beliau. Walaupun kehadiran Zehan begitu dialu-alukan oleh nenek Arman, perbezaan budaya dan bahasa menyukarkan proses komunikasi mereka. Zehan cuba memenangi hati nenek Arman dengan menyediakan salah satu masakan tradisi negara Iran, Ghormeh Sabzi.

Kota Persopolis
barisan krew dan pelakon di Kota Persepolis…. [ foto kredit: ig Lahzeye.Bi.Payan ]
Ketika keadaan mula kelihatan semakin baik, Arman mendapat panggilan telefon dari Faizal (lakonan Bront Palarae) yang memaklumkan ibu Zehan telah dimasukkan ke dalam hospital. Khuatir Zehan akan risau dan terganggu ketika saat berbulan madu ini, Arman membuat keputusan untuk tidak memberitahunya. Adakah tindakan Arman ini betul dan adakah Arman akan memberitahu Zehan tentang berita ini….

Astro First Eksklusif

Jangan lupa tonton Janji Zehan di Astro First Eksklusif Saluran 480 dan platform digital ‘on demand’ mulai 14 Febuari 2018.

Leave a Reply