Joe Flizzow Penghibur Terbaik Asia Tenggara di 2018 MTV EMA

MTV EMA

Joe Flizzow Penghibur Terbaik Asia Tenggara di 2018 MTV EMA |  MTV hari ini mengumumkan bahawa bintang hiphop Malaysia, Joe Flizzow telah dinobatkan sebagai pemenang Best Southeast Asia Act atau Penghibur Terbaik Asia Tenggara di “2018 MTV EMAs” (Anugerah MuzikEropah MTV 2018), salah satu acara muzik tahunan terbesar dunia yang meraikanartis-artis terhebat dari seluruh dunia. Acara “2018 MTV EMAs” akan disiarkanseluruh dunia secara langsung dari Bilbao Exhibition Centre, Sepanyol.

[ kredit foto: IG @flizzow ]

 Saksikan siaran langsung ini pada Isnin, 5 November jam 2 pagi (WIB) dan 3 pagi (SG/MY) untuk acara karpet merah, 3 pagi (WIB) dan 4 pagi (SG/MY) untuk acara utama. Saksikan juga siaran ulangan pada hari yang sama jam 6 petang (WIB) dan 7 malam (SG/MY) untuk karpet merah, 7 malam (WIB) dan 8 malam (SG/MY) buat acara utama.

“Saya benar-benar bersyukur dan terharu kerana seluruh Malaysia menyokong saya. Saya harap kemenangan ini akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk tidak berhenti mengejar impian dan berusaha keras demi mengecapi cita-cita mereka. Saya juga ingin menujukan anugerah ini kepada keluarga saya, pasukan saya di Sony Kartel dan pengurus saya Yaniz Merican. Terima kasih di atas kesetiaan dan dedikasi anda. Dan sudah tentu buat peminat-peminat saya atas sokongan dan kasih sayang yang tidak pernah pudar.” – Joe Flizzow.

Penghibur Terbaik Asia Tenggara dari Malaysia - Joe Flizzow

“Tahniah buat Joe Flizzow! Nampaknya parapeminatnya sudah bersuara! Kami sudah lama menyaksikan perkembangan kerjayamuziknya hari demi hari. Kejayaan Joe merupakan satu lagi contoh bagaimana kamiakan terus menyokong dan mengangkat artis-artis Asia Tenggara di pentasantarabangsa,” kata Paras Sharma, Timbalan Presiden Kanan dan Pengurus Besar,Asia Tenggara, Viacom International Media Networks.

Credit_MTV Asia_ MTV EMA Best Southeast Asia Act_Joe Flizzow_4

“2018 MTV EMAs” menampilkan barisan bintang ternama dunia termasuk Hailee Steinfeld, Nicki Minaj, David Guetta, Jason Derulo, Little Mix, Bebe Rexha, Halsey, Rosalía, Panic! at the Disco, Alessia Cara, Marshmello, Bastille, Anne-Marie, Jack & Jack dan penerima anugerah “Global Icon” Janet Jackson.

Bintang Pop Latin tersohor Sofia Reyes akan membuka pra-acara karpet merah tahun ini dengan membuat persembahan, di samping bakal menyampaikan anugerah di acara utama. Selain Reyes, model Jourdan Dunn serta pelakon Terry Crews turut ditampilkan sebagai penyampai, bersama dengan Lindsay Lohan, Anitta, Debby Ryan, Ashlee Simpson dan Evan Ross, serta bintang Netflix Michael Peña dan juga Diego Luna.

Joe Flizzow siap dapat bersapa dengan @terrycrews tu…. [kredit foto: IG @flizzow ]

Penaja rasmi karpet merah MTV EMA merupakan platform video-ringkas terkenal dunia, TikTok.

Untuk segala perkembangan terbaru EMA, ikutiacaranya di Instagram, Twitter, Snapchat (@MTVEMA) serta Facebook dan ikutiperbualan sosial menggunakan #MTVEMA @MTVEMA.

Leave a Reply