“Jom Lawan Coronavirus” Muzik Video Didi & Friends Sangat Catchy

Didi & Friends - Jom Lawan Coronavirus

“Jom Lawan Coronavirus” Muzik Video Didi & Friends Sangat Catchy | Demi menyahut saranan kerajaan yang menyeru rakyat untuk sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan, siri animasi popular kanak-kanak, Didi & Friends, tampil dengan lagu dan muzik video ‘Jom Lawan Coronavirus’ yang mengajar orang ramai langkah-langkah mudah bagi mencegah jangkitan virus COVID-19!

Lagu berdurasi 2 minit itu menyaksikan Didi, Nana dan Jojo serta rakan-rakan lain menari sambil menyanyi tentang pentingnya menjaga kebersihan dalam memerangi virus dan bakteria merbahaya. Lirik lagu yang catchy itu menyatakan tiga langkah mudah mengelak pandemik COVID-19: 1) cuci tangan, 2) memakai topeng muka ketika sakit, dan 3) tidak menyentuh muka.

Didi & Friends - Jom Lawan Coronavirus

Lagu istimewa ini ditulis dan diterbitkan oleh Digital Durian bersama komposer terkenal, Omar K. Lagu ini juga boleh dinikmati dalam versi Bahasa Inggeris bertajuk ‘Fight Coronavirus’!

Siri edutainment ini merupakan hasil produksi bersama Astro dan Digital Durian. Didi & Friends bersiaran secara esklusif di Astro Ceria dan Ceria HD, dan mempunyai 3.52 juta pengikut dan lebih 2.5 bilion jumlah tontonan di saluran YouTube mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *