Jom Makan Dengan Touch ‘N Go eWallet Bermula Dari RM0.10 Sahaja

TnG eWallet

Jom Makan Dengan Touch ‘N Go eWallet Bermula Dari RM0.10 Sahaja | Perhatian semua rakyat Malaysia! Nikmati pengalaman gastronomi yang menakjubkan selama lima bulan untuk hanya serendah RM0.10 dengan Touch ‘n Go eWallet (eWallet). Bermula dari Ogos hingga Disember 2019, promosi menarik ini menawarkan pelbagai aneka hidangan tempatan yang pasti memikat selera pengguna.

Jom Makan dengan Touch 'N Go eWallet

Padat dengan pelbagai tawaran menarik, kempen JOM MAKAN ini telah dilancarkan pada awal minggu menerusi tema makanannya yang pertama iaitu nasi lemak. Tawaran nasi lemak ini boleh didapati mulai 18 Ogos hingga 7 September 2019 dan terhad kepada 250 bungkus nasi lemak sehari di setiap lokasi. Dari 8 September hingga 5 Oktober 2019 pula, kempen JOM MAKAN akan diteruskan dengan tawaran cendol yang hebat!

Berbelanja dan berurus niaga tanpa tunai menggunakan eWallet untuk menikmati nasi lemak dan cendol yang enak lagi menyelerakan dengan hanya RM0.10 setiap satu. Selain daripada itu, penggemar makanan juga mungkin boleh memenuhi selera dengan hidangan-hidangan tempatan lain seperti sate, nasi kandar dan char kuey teow menerusi kempen JOM MAKAN ini dalam bulan-bulan seterusnya.

PROMOSI DURIAN ISTIMEWA

Tambahan pula, penggemar durian boleh berkunjung ke Ken Kua Fruits Trading (turut dikenali sebagai Ken Kua 3333 Durian King) di Petaling Jaya untuk masa yang terhad dan menikmati durian kegemaran mereka dengan promosi hangat ini:

  • 16 Ogos hingga 16 September 2019: Diskaun sehingga 30% ke atas durian kegemaran anda, sepanjang hari!

Promosi-promosi ini hanya sah di premis peniaga yang mengambil bahagian di Lembah Klang dan pada tempoh yang ditetapkan sahaja. Rebut tawaran ini sementara ia masih ada!

Sebagai penyedia perkhidmatan eWallet paling pesat berkembang di Malaysia, Touch ‘n Go eWallet mempunyai hampir 5 juta pengguna berdaftar setakat ini.  Dengan lebih daripada 80,000 peniaga, eWallet menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada  para pengguna. Ia memudahkan pengguna berbelanja dan berurus niaga setiap hari, sesuai dengan keperluan gaya hidup masa kini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini serta terma dan syarat bagi semua promosi kempen JOM MAKAN, sila kunjungi www.tngdigital.com.my/jommakan. Daftar masuk ke www.tngdigital.com.my/ atau www.facebook.com/touchngoewallet/ untuk mendapatkan maklumat terkini eWallet dan semua promosinya yang lain. Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun dari  Apple App Store dan Google Play Store.

PROMOSI JOM MAKAN NASI LEMAK

Tempoh Promosi: 18 Ogos hingga 7 September 2019

Perincian Promosi: RM0.10 untuk 250 bungkus nasi lemak pertama yang dijual setiap hari di premis perniagaan yang mengambil bahagian.

Lokasi dan Masa: Seperti disenaraikan di bawah

No Peniaga Alamat Masa Promosi
1 Nasi Lemak Antarabangsa, Kg. Baru KL 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur 8:00 hingga 10:00 malam
2 Nasi Lemak Panas Suri, PJ 34, Jalan 51a/223, Seksyen 51a, Medan Selera 223, 46100 Petaling Jaya 8:00 hingga 10:00 malam
3 Det Station, Ampang   19, Jalan Avenue 3, Kampung Ampang Campuran, 68000 Ampang 8:00 hingga 10:00 malam (Tutup setiap Jumaat)
4 A Plus Nasi Lemak, Setapak No 29, Jalan Prima Setapak 3, off Jalan Genting Klang (6.71 mi), 53300 Kuala Lumpur 12:30 tengah hari hingga 2:30 petang
5 CT Garden Nasi Lemak, Kg Baru KL 12, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur 8:00 hingga 10:00 malam
6 Nasi Lemak Famous, Bangsar Food truck located at Jalan Telawi 4, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur 8:00 hingga 10:00 malam (Tutup setiap Ahad)

PROMOSI JOM MAKAN CENDOL

Tempoh Promosi: 8 September hingga 5 Oktober 2019

Perincian Promosi: Serendah RM0.10 untuk 300 cendol pertama yang dijual setiap hari di premis perniagaan yang mengambil bahagian.

Lokasi dan Masa: Seperti disenaraikan di bawah

No Peniaga Alamat Masa Promosi
1 Rojak & Cendol Shah Alam Medan Selera Delima, Lot G.2, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40200 Shah Alam, Selangor 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang (Tutup setiap Isnin)
2 Cendol Pak Su Jalan 3/2, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang
3 Restoran MSS, Pudu Ground Floor, No 41-3, Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang
4 Pasembor Hussin (USJ 21) 75, Jalan USJ 21/10 Subang Jaya 47630 Selangor 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang
5 Rojak & Cendol SS15 Kiosk MPSJ SS15, No 05 ( sesi 1&2) Subang Jaya,  47610 Selangor. 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang (Tutup pada 10, 11 & 12 Sept 2019)
6 Ah Keong ABC & Cendol 14C Bangunan Tong Ah, Jalan Berhala, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang (Tutup setiap Isnin)

Mengenai TNG Digital Sdn. Bhd.

TNG Digital merevolusi landskap eWallet dengan platform yang dipercayai, lancar dan mudah untuk pelbagai keperluan gaya hidup. TNG Digital ingin mewujudkan ekosistem tanpa tunai yang cekap dan efisyen serta dapat menjana peluang baru untuk kesemua jenis perniagaan. TNG Digital memenuhi keperluan masyarakat digital yang terus berkembang melalui ekosistem pembayaran yang lancar. Syarikat ini adalah hasil kerjasama antara Touch ‘n Go Sdn. Bhd. dan Ant Financial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *