Karnival PUSPANITA KPM 2018

Karnival PUSPANITA KPM 2018 |   PUSPANITA Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Karnival PUSPANITA KPM 2018 yang julung kali diadakan dengan kerjasama PERINTIS GROUP. Karnival ini bertemakan Hargai Wanita dan Wanita Perkasa, akan diadakan di Putrajaya pada 12 Mei 2018.

PUSPANITA Kementerian Pendidikan Malaysia

Menurut Pengerusi PUSPANITA cawangan KPM, Datin Seri Nor Azizah Sulaiman, karnival ini menyasarkan penyertaan seramai 15,000 orang dalam pelbagai acara bagi pengisian keluarga. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah SRIKANDI Run 2018, persembahan artis, konvoi motosikal berkuasa tinggi, gerai carnival, dan banyak lagi.

Majlis Pelancaran Karnival PUSPANITA KPM 2018

Wanita merupakan tunjang dalam segala acara yang dirancang pada karnival ini. SRIKANDI Run 2018 menyasarkan penyertaan yang ramai sebagai tanda sokongan terhadap wanita. Larian ini dibuka untuk jarak 5km dan 10km dan dilihat sebagai menyatupadukan wanita, tambah Datin Seri Nor Azizah.

SRIKANDI Run 2018

 

Karnival ini memfokuskan kepada usaha memperkasakan kemampuan serta kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang dan sector sesuai dengan gelaran Srikandi yang telah membuktikan keupayaan wanita sejak zaman berzaman. Dengan usaha PUSPANITA KPM ini, fungsi dan sumbangan wanita dalam memacukan kecermelangan negara dapat diperkasakan lagi.

Sidang media Karnival PUSPANITA KPM 2018

Satu majlis pelancaran telah diadakan baru-baru ini bagi tujuan liputan dan mempromosikan acara ini kepada orang ramai. Pada majlis tersebut turut dipertontonkan t-shirt larian SRIKANDI berwarna ungu dan t-shirt Karnival PUSPANITA KPM 2018 berwarna putih.

T-Shirt Karnival dan SRIKANDI Run

Di samping itu, Karnival PUSPANITA ini mengajak seisi keluarga Bersama-sama meraikan wanita sebagai permata berharga dalam kehidupan mereka. PUSPANITA KPM mengalu-alukan penyertaan dari segenap peringkat umur, agama dan bangsa tidak kira mewakili agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan persendirian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Karnival PUSPANITA KPM 2018 ini, anda boleh layari facebook Karnival PUSPANITA KPM atau Instagram Karnival PUSPANITA  KPM atau carian #hargaiwanita #wanitaperkasa #puspanitakpm dan #perintisgroup. Segala maklumat karnival serta program-program dan tawaran hebat akan dikongsikan melalui pautan media sosial ini.



PUSPANITA KPM

PUSPANITA Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan sebuah persatuan yang dianggotai oleh isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam dengan tujuan merapatkan perhubungan muhibah dan menggalakkan ahli-ahlinya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti.

4 thoughts on “Karnival PUSPANITA KPM 2018

Leave a Reply