Karnival Sifufbads x Karangkraf #Betul2Raya Kembali

Banner Karnival

Karnival Sifufbads x Karangkraf #Betul2Raya Kembali |  Berita baik buat penduduk sekitar Shah Alam yang ingin membuat persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Karnival Sifufbads x Karangkraf kembali lagi dengan lebih banyak lagi gerai-gerai jualan dan aktiviti-aktiviti sepanjang 3 hari bermula 1 hingga 3 Jun 2018 bertempat di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam, Selangor.  Jika anda atau syarikat anda berstatus Alumni

Karnival Sifufbads x Karangkraf #betul2Raya

Ini merupakan kolaborasi tahun ke-2 buat Sifufbads menjadi penganjur bersama Kumpulan Media Karangkraf. Bagi Kumpulan Media Karangkraf ini merupakan tahun ke-10 menganjurkan acara sebegini. Kali ini karnival ini diadakan dalam bulan Ramadhan dan sangat sesuai untuk dijadikan lokasi membeli belah persiapan hari raya tahun ini kerana ada tawaran menarik dari gerai-gerai jualan. Satu sesi penerangan berkenaan karnival ini telah diadakan di ibu pejabat Sifufbads dan dimulakan dengan tazkirah cukup bermakna dari Ustaz Hanafi.

Tazkirah Ustaz Hanafi

Karnival Sifufbads x Karangkraf dengan slogan #Betul2Raya menyasarkan seramai 3 juta penggunjung sepanjang 3 hari karnival tersebut yang akan berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 2 pagi. Terdapat 100 gerai-gerai jualan yang akan dibuka dan antara jenama yang ada seperti De’Xandra, Ephyra, Ayam Bismi, Charms dan banyak lagi. Selain dari gerai jualan, aktiviti-aktiviti kerohanian sempena bulan Ramadhan turut diadakan seperti Nuzul Quran Hour, Taddabur/Tazzakur Quran Hour, berbuka puasa bersama anak-anak yatim, ceramah, solat terawih dan sebagainya.  Dari Sifufbads sendiri akan menyediakan bengkel percuma yang akan mengajar teknik-teknik pemasaran yang berkesan.

Aktiviti Karnival Sifufbads x Karangkraf

Buat Alumni Sifufbads, ini merupakan peluang terbaik untuk anda sertai Karnival Sifufbads x Karangkraf kerana ia satu platform yang kuat bagi anda meningkatkan lagi jenama anda, selain ber networking dengan usahawan-usahawan lain serta mempromosikan produk terbaru anda. Semasa sidang media karnival ini, Sifu Jamal dan wakil Karangkraf saudara Cha telah menyenaraikan 17 sebab kenapa anda perlu sertai Karnival Sifufbads x Karangkraf kali ini.

Sifu Jamal dan suadara Cha

Antaranya karnival ini akan mendapat liputan yang meluas dari Kumpulan Media Krangkraf sendiri. Selain daripada itu, peluang anda meningkatkan jualan dan jenama anda kepada pengunjung karnival ini. Banyak pihak-pihak korporat/agensi yang akan berada di karnival ini dan potensi jenama anda dilihat oleh ‘ikan paus’ ini (hanya Alumni Sifufbads sahaja yang tahu pasal terma ini). Gerai-gerai jualan tersebut ada harga istimewa lagi untuk Alumni Sifufbads.

Harga Istimewa

Jadi buat Alumni Sifufbads jangan lepaskan peluang ini dan hubungi team sifufbads samada melalui talian 03-90554938 atau emel ke sales@sifufbads.com

Jangan lupa tarikh 1 – 3 Jun 2018, dari jam 10 pagi hingga 2 pagi, bertempat di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam Selangor akan berlangung Karnival Sifufbads x Karangkraf #Betul2Raya.

Leave a Reply