KAWD Sajikan Daging Premium Sedap Pada Harga Mampu Bayar

KAWD Official

KAWD Sajikan Daging Premium Sedap Pada Harga Mampu Bayar |  Sebelum ini ia dikenali dengan Burger Bakar Kaw Kaw dan Naz pernah buat review pada tahun 2014. Kali ini ia dikenali pula dengan KAWD (sebutan bunyi “CAUGHT”), restoran yang mengetengahkan makanan berkonsep Local Fusion, American Soul Food, BBQue, Asian Fusion, Texmex, Coffee & Dessert. Yang paling penting sekali restoran KAWD ini menyajikan sajian daging premium pada harga yang mampu bayar.

Slogan KAWD
makan cukup, minum cukup, hati BAHAGIA….

Yang ini bukan lah official review sebab Naz pergi atas pelawaan rakan yang nak belanja. Disebabkan merasakan sajian sedap, Naz ambil peluang ini untuk buat review terus. Apatah lagi dapat masuk sampai ke dapur untuk melihat sendiri teknik masakan “Sous Vide” yang digunakan oleh chef di sini. Apa bagusnya teknik masakan “Sous Vide” ini?

KAWD guna teknik Sous Vide

Sous Vide (disebut sue-veed) adalah teknik memasak yang menggunakan kawalan suhu yang tepat untuk menghasilkan keputusan kualiti yang konsisten dan bertaraf restoran mewah. Sous Vide, yang bermaksud “di bawah vakum” dalam bahasa Perancis, merujuk kepada proses makanan pengedap vakum dalam beg, kemudian masak ke suhu yang sangat tepat dalam rendaman air. Teknik ini menghasilkan keputusan yang mustahil untuk dicapai melalui kaedah memasak yang lain.

Sous Vide Cooking technic
teknik masakan Sous Vide ini memang terkenal di restoran-restoran mewah, dan dibawakan kepada anda oleh KAWD…

Restoran-restoran mewah telah menggunakan teknik masakan Sous Vide selama bertahun-tahun untuk memasak makanan ke tahap yang tepat yang diingini pelanggan, setiap masa. Kini KAWD membawakan pengalaman teknik masakan Sous Vide kepada anda. Anda banyak kelebihan dan kebaikan menggunakan teknik ni, tapi Naz tak nak berceloteh pasal tu. Yang pasti boleh dapatkan daging premium sedap di KAWD.

Chef Tuah & Chef Azlan
dalam sibuk pun Chef Tuah dan Chef Azlan melayan Naz yang nak tahu bagaimana teknik masakan Sous Vide ini…
Vacuum sealed Lamb Shank
ini Lamb Shank yang telah diperap dengan pelbagai herba 7 rempah sebelum di masak perlahan dengan Sous Vide…
Vacuum sealed Peri Peri Chicken
ini Peri Peri Chicken…
Vacuum Sealed Ribs
ini Ribs sedap…
Vacuum sealed meat balls
ini Meat Balls…

Berbalik kepada cerita makan… Dagingnya lembut seperti cair dalam mulut, memang sedap dan padu beb! Korang mesti cuba pengalaman ini di KAWD! Jangan risau pasal harga….mampu bayar. Rata-rata harga makanan di sini tak lebih dari RM50/set, daging premium bawah RM50 mana nak dapat kat KL nie lagi…..hanya di KAWD!

Daging yang lembut dan juicy
Daging yang lembut dan juicy…

Kami telah memesan 8 hidangan untuk 5 orang, macam lapar bebenorkan. Jom lihat apa yang telah kami pesan…

Chilled Striploin Steak RM32
Chilled Striploin Steak berharga RM32…

Daging Striploin Steak ini boleh diminta untuk disediakan dalam medium raw semasa pesanan jika anda mahu. Jika tidak, ia akan dimasak sehingga well done. Disajikan bersama mashed potatoes, veggies dan blackpepper sauce. Portion daging agak besar dan memang daging dia lembut. Verdict: Recommended

Braised Beef Brisket Triple B RM32 - daging premium sedap
Braised Beef Brisket (Triple B) berharga RM32…

Yang ini Triple B atau Braised Beef Brisket yang mengancam beb….ini kegemaran Naz! Juga disajikan dengan mashed potatoes, veggies dan super duper sauce (tak tau nama sos dia), tapi memang kombinasi yang diibaratkan bagai lagu dah irama… Sos ini hasil ciptaan mereka sendiri dan tak ada dijual dimana-mana. Nak beli bawa balik pun tak boleh! Betul-betul daging premium sedap. Verdit: HIGHLY RECOMMENDED!

Oh sem Lamb Rib RM45
Ribs ini berharga RM45…

Daging Ribs ni memang ohsem dan sangat lembut…. satu rib dihidangkan dengan mashed potatoes dan sos istimewa. Kalau tak cukup, boleh order lagi la. Verdit: Recommended!

Lamb Shank RM45
ini Lamb Shank harga RM45

Lamb Shank ini memang mengenyangkan. Daging lembut dengan sos sedap, boleh sampai menjilat jari la…. Verdit: Recommended!

Peri Peri Chicken RM16
Peri Peri Chicken harga RM16

Bagi yang bukan penggemar daging, ayam pun ada dihidangkan disini. Yang ini Peri-Peri Chicken yang sodap. Rasanya boleh jadi hidangan untuk orang diet. Daging ayam dimasak sempurna dan bersalut rempah dan herba rahsia. Sos dia pulak menambah lagi rasa kesedapan ayam itu. Nanti anda boleh bandingkan dengan jenama yang lagi satu tu…. Verdit: HIGHLY RECOMMENDED!

Creamy Cheese Chicken RM16
Creamy Cheese Chicken berharga RM16

Creamy Cheese Chicken nie memang sedap dan berlemak. Berebut-rebut dengan gang ketika makan hari tu. Salah satu menu yang harus ada bila datang makan di sini beramai-ramai. Verdit: HIGHLY RECOMMENDED!

Cajun Chicken Burger with Beef Bacon RM16.50
Cajun Chicken Burger with Beef Bacon berharga RM16.50

Pengemar burger anda pasti terhibur disini. Anda boleh tambah patty dan menjadikan ia seolah-olah tower burger anda.  Anda juga boleh tambah topping dan sos pilihan anda.  Yang biasa ni pun dah cukup sedap dinikmati. Verdit: Recommended!

Nachos Chillies RM16
Nachos Chillies berharga RM16

Sambil-sambil menikmati live performance (setiap malam), makan nachos chillies ni memang layan der.  Sos dia tu memang perrrgghhhh!

Ada banyak lagi tau menu di sini selain yang Naz share di atas ni, ada pasta, nasi goreng (kalau nak add-on patty pun boleh) dan hidangan snacks. Jadi tak ada isu tak tau nak makan apa…. order saja!

Ramai yang dah datang sini termasuklah selebriti Malaysia, antaranya….

Mustapha Kamal dan Susan Menon
Mustapha Kamal dan Susan Menon…
Nur Sajat IG
Bur Sajat siap buat promo di IG dia…

Dan yang terbaru ni member ada share, salah satu gadis idaman Malaya pun datang makan di KAWD……..

Mira Filzah
Mira Filzah pun datang ke KAWD, sure huru hara Chef Azlan dan Chef Tuah nak siapkan dish untuk si cantik ayu nie kan….

Siap Naz repeat sekali lagi dengan family dan memang happy muka wife dan anak-anak bila dapat makan daging premium sedap!

Repeat with Family
Happy je mereka dengan hidangan di KAWD…

Kalau nak ke KAWD ni, anda boleh saje google atau waze je KAWD Ampang Waterfront

Info lanjut tentang KAWD:
FB: www.facebook.com/KAWDOfficial/
IG: www.instagram.com/kawdofficial/

Waktu Operasi:
5.00 petang – 12.00 tengah malam

Untuk Tempahan:
Hubungi 017-325 0244

 

Makan Cukup, Minum Cukup…. Hati BAHAGIA!!!!

Leave a Reply