Kehangatan ‘Maharaja Lawak Mega 2019’ Kembali Membara!

Maharaja Lawak Mega 2019 logo

‘Maharaja Lawak Mega 2019’ (MLM 2019), sebuah program realiti pertandingan komedi yang paling dinanti-nantikan oleh peminat tegar lawak di rantau ini bakal membuka tirainya secara rasmi pada setiap hari Jumaat mulai 1 November 2019, jam 9.00 malam selama 11 minggu berturut-turut. ‘MLM 2019’ akan disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan distrim melalui platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.

Maharaja Lawak Mega 2019

Antara barisan peserta yang akan menjayakan MLM 2019 terdiri daripada dua peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon, serta sembilan peserta berkumpulan – ‘Cali’ dari Brunei, ‘Bocey’, ‘Zero’, ‘Rare’, ‘Puteh’, ‘Stone’, ‘Jambus’, ‘Rojak’ dan juga juara program ‘Muzikal Lawak Superstar’ musim pertama, ‘J-Born’!

Menariknya lagi, edisi MLM kali ini membawakan satu episod istimewa, ‘Maharaja Lawak Mega 2019 – Kerusi Panas’ atau ‘Hot Seat’ yang akan bersiaran seminggu lebih awal (25 Oktober 2019, Jumaat, 9.00 malam), secara langsung di saluran Astro Warna dan Warna HD yang mana akan menyaksikan 12 peserta lawak berentap untuk meraih kedudukan di pentas utama MLM 2019. ‘MLM 2019 – Kerusi Panas’ ini akan dihoskan oleh pengacara sensasi, Nabil Ahmad, dan tiga nama besar dalam industri bakal terlibat untuk mengadili persembahan peserta. Mereka adalah pengarah tersohor, Sabri Yunus, pelakon wanita popular, Fasha Sandha dan produser filem, Mejar (K) David Teo. Sebelum ini, gandingan duo Mr. Os & Abon – OSBON (2011), Johan & Zizan – JOZAN (2012), Jep, Shuib & Rahim – SEPAHTU (2013), Atu, Syaiful & Sharif – ZERO (2014), Achey, Abam dan Fad – BOCEY (2016 & 2017), dan Sharol & Ajak – SHIRO (2018) juga pernah dinobatkan sebagai juara ‘Maharaja Lawak / Maharaja Lawak Mega’ untuk musim-musim yang terdahulu.

“Selaku peneraju kandungan komedi utama tanah air, kami di Astro Warna amat teruja kerana sentiasa diberikan peluang untuk menyerikan hari pelanggan kami dengan pelbagai seleksi program lawak yang merangkumi format-format berbeza dan pilihan genre penuh variasi sepanjang tahun ini. Kini, pentas ‘impian’ buat pelawak-pelawak di rantau ini kembali menyaksikan saingan sengit dalam pertarungan kesemua peserta bagi merebut gelaran juara MLM 2019″, menurut Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Warna, Prima dan InTrend

Komedi dan lawak jenaka berupaya untuk merentasi segala jenis sempadan. Gabungan pelawak veteran dan pelawak masa kini menjadikan program ini sebagai platform terbaik dalam menghasilkan sesuatu pementasan dan karya lawak yang baru, segar dan berinovatif.

Hos - Dato AC Mizal - MLM2019

Justeru, bagi penganjuran musim kelapan ini, kami sekali lagi menampilkan bakat-bakat komedi terhebat dari Malaysia, Indonesia, dan buat julung kalinya, Brunei, sebagai peserta. Saban tahun, kami berharap agar jenama MLM akan kekal ulung dan dapat melakarkan pencapaian yang lebih hebat dari musim ke musim, lebih-lebih lagi dengan kehadiran figura-figura lawak dengan pengalaman yang berbeza-beza. Pentas MLM akan sekali lagi meraikan keunikan setiap mereka, justeru, nantikannya, November ini!”

Bintang MLM 2019

  • Bocey (Abam, Fad, Achey)
  • Zero (Atu, Syaiful, Syarif)
  • Rare (Ajak, Ropie, Pak Ya)
  • Puteh (Mamak, Ali, Man)
  • Stone (Mamat, Azlee, Acong)
  • Jambus (Tauke, Tapai)
  • Rojak (Bell, Chiwan, Rahim)
  • J-Born (Khir Rahman, Vicha, Joey)
  • Cali (Khai, Tony) – Brunei
  • Rahmet (Solo) – Indonesia
  • Popon (Solo) – Indonesia

Hadiah Kemenangan

  • Juara – RM 500,000 dan sebuah trofi
  • Naib Juara – RM 250,000 dan sebuah trofi
  • Tempat Ketiga – RM 150,000 dan sebuah trofi
  • Tempat Keempat – RM 50,000 dan sebuah trofi
  • Tempat Kelima – RM 15,000 dan sebuah trofi

Persembahan komedi barisan pelawak dalam ‘Maharaja Lawak Mega 2019’ akan bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat bermula 1 November 2019, jam 9.00 malam selama 11 minggu berturut-turut di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124). Program ini juga boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel. Menarik lagi, minggu pertama MLM 2019 juga akan disiarkan di Astro Prima (saluran 105) dan Prima HD (saluran 121).

Edisi istimewa, ‘Maharaja Lawak Mega 2019 – Kerusi Panas’ pula akan bersiaran seminggu lebih awal (25 Oktober 2019, Jumaat, 9.00 malam), secara langsung di saluran Astro Warna dan Warna HD, dan Astro Prima dan Prima HD, dan juga boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.

#MLM2019 #LawakBerapiApi #MaharajaLawakMega2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *