Kejohanan Badminton Terbuka Remaja Bandar Baru Setia Awan Perdana 2020

Kejohanan Badminton Terbuka Remaja BBSAP 2020 logo

Kejohanan Badminton Terbuka Remaja Bandar Baru Setia Awan Perdana 2020 | Bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan badminton, pihak Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) turut menyumbang usaha dengan menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Remaja 2020 bagi peringkat umur 9 hingga 15 tahun (lelaki dan perempuan), yang berlangsung pada 14 dan 15 Mac 2020 yang lalu di Manjung Badminton Arena Lekir.

Kejohanan Badminton Terbuka Remaja Bandar Baru Setia Awan Perdana 2020 banner

Bagi menyemarakkan lagi kejohanan ini, pihak BBSAP membawakan duta mereka iaitu Datuk Haji Misbun Sidek untuk merasmikan kejohanan tersebut. Datuk Haji Misbun yang baru dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, beliau percaya penganjuran kejohanan badminton terutama Kejohanan Terbuka Manjung termasuk pelbagai program pencarian bakat yang sedang dan akan dijalankan khususnya di daerah itu bakal mewarnai industri sukan badminton negara.

Kejohanan ini adalah anjuran bersama Bandar Baru Setia Awan Perdana dan Akademi Badminton Makhazim Mohd dengan sokongan Persatuan Badminton Perak. Kejohanan ini berlangsung selama 2 hari dan terdapat 7 kategori dipertandingkan iaitu:

  1. Perseorangan Lelaki Bawah 9 Tahun
  2. Perseorangan Lelaki Bawah 10 Tahun
  3. Perseorangan Perempuan Bawah 10 Tahun
  4. Perseorangan Lelaki Bawah 11 Tahun
  5. Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun
  6. Perseorangan Perempuan Bawah 12 Tahun
  7. Perseorangan Lelaki Bawah 15 Tahun
Datuk Haji Misbun Sidek bersama bintang muda Heng Jay Horng
Datuk Haji Misbun Sidek bersama bintang muda Heng Jay Horng
Penganjur BBSAP

Modul Kejurulatihan Khas Badminton

Datuk Haji Misbun mahu Malaysia mencari formula khusus supaya atlet badminton negara terus menempa nama di persada antarabangsa. Selaku Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), beliau telah pun merangka satu siri modul latihan khas yang boleh diguna pakai oleh semua jurulatih termasuk memberi latihan yang selaras kepada pasukan jurulatih negara.

“Sudah tiba masanya untuk Malaysia mencari satu formula yang mana semua jurulatih badminton menggunakan modul latihan yang sama sehingga mampu melahirkan bintang dunia”. “Saya sudah menyediakan satu siri modul latihan yang telah diguna pakai selama ini hingga mampu melahirkan jaguh dunia seperti Datuk Lee Chong Wei, Roslin Hashim dan Rashid Sidek yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia,” katanya.

Sesi temu bual bersama lagenda badminton negara, Datuk Haji Misbun Sidek

“Modul latihan itu merupakan satu ‘peninggalan’ besar saya dalam bidang sukan berprestij ini selepas khidmat kejurulatihan saya berakhir pada satu masa nanti”, ujar Datuk Misbun. “Walaupun sampai masa saya tiada lagi, sekurang-kurangnya sumbangan saya ini boleh terus memastikan sukan badminton negara terus mendapat perhatian peminat sukan global,” tambah Misbun lagi.

Dewan Badminton Misbun Sidek

Selain daripada itu, pemaju Bandar Baru Setia Awan Perdana akan menyediakan kemudahan tempat latihan serba moden, yang dinamakan Dewan Badminton Misbun Sidek yang terletak di Bandar Baru Setia Awan Perdana, Sri Manjung. Dewan ini akan mempunyai enam gelanggang di kawasan perumahan tersebut yang berpotensi menggilap bakat pemain pelapis sekali gus boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Dengan adanya kemudahan ini ia diyakini dapat menyuntik semangat kesukanan dalam kalangan individu berbakat selepas ia disiapkan sepenuhnya pada tahun 2021.

Bulatan-BBSAP

Datuk Haji Misbun amat menghargai inisiatif pemaju menggunakan namanya untuk dewan badminton itu dan berharap boleh memberikan sumbangan tenaga dan ilmu kepada anak-anak muda di bandar itu melalui latihan dan juga klinik badminton. Nampaknya, anak-anak muda di BBSAP ini mempunyai peluang besar untuk menunjukkan kebolehan mereka dan mungkin bakal dipilih oleh lagenda jaguh badminton dunia ini untuk mewakili Malaysia satu hari nanti.

BBSAP baru-baru ini telah dianugerahkan Pembangunan Rumah Mampu Milik Terbaik fasa pertama dalam Anugerah Kecemerlangan Pembangunan iProperty (iDEA) 2019 baru-baru ini. BBSAP merupakan pembandaran terancang tunggal terbesar di Perak dengan lebih daripada 10,000 rumah dibina pada harga berpatutan. Penghargaan itu merupakan hasil kejayaan pasukan dalam perancangan, pemetaan dan pembinaan bandar yang tepat pada jangka masanya.

IDEA 2019 Winner - Best Affordable Development (Completed)

Projek BBSAP fasa pertama yang bermula pada 2016 itu menawarkan kemudahan bertaraf lima bintang seperti rumah kelab, pejabat kerajaan dan taman tasik tropikal. Projek berkenaan melibatkan kawasan seluas 1,012 ekar di mana fasa pertama melibatkan 1,147 unit rumah dalam kawasan seluas 73 ekar telah siap dibina dan fasa seterusnya akan disiapkan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

BBSAP terletak di lokasi strategik kepada pemilik kediaman untuk dijadikan sebagai pelaburan dalam program pemilikan rumah kedua selain kedudukannya berhampiran dengan lebuh raya WCE menghubungkan Kuala Lumpur-Manjung dan Manjung-Pulau Pinang. Manjung kini menjadi nadi bandar utama Perak yang terkenal sebagai hub lokasi pelancongan dan maritim dengan ribuan kedatangan pelancong di Lumut dan Pulau Pangkor terutama pada hujung minggu.

foto kredit Mieza KD

Mediatrip #BBSAP #BBSAPMedia #RumahMampuMilik #ProjekPerumahan #SemiD #Teres #Manjung #Sitiawan #TarafNusantara #WCE #lifestyles #modernleaving #nazlannasirdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *