Kejutan CJ WOW SHOP Untuk Sambut Ramadhan dan Syawal

Cun Meletup

Kejutan CJ WOW SHOP Untuk Sambut Ramadhan dan Syawal |  CJ WOW SHOP menggandakan rangkaian Aidilfitri dengan pelbagai jenama baharu kegemaran rakyat Malaysia serta menawarkan ganjaran percutian ke Turki kepada pelanggan dengan pembelian tertinggi. Persediaan Ramadhan dan Aidilfitri anda akan menjadi lebih mengujakan dengan CJ WOW SHOP. Rangkaian beli-belah di rumah yang paling terkemuka Malaysia, akan menggandakan rangkaian produk yang ditawarkan sempena Syawal ini! Lebih 70 produk baharu akan ditawarkan melalui program siaran harian CJ WOW SHOP bermula dari 11 Mei hingga 24 Jun 2018.

Ramadhan Raya Bersama WOW

Program ini yang disiarkan di TV9 pada pukul 10 pagi dan 11 pagi akan memaparkan satu rangkaian produk unik yang menyasarkan kepada keperluan para pengguna sempena Ramadhan dan Aidilfitri  yang bakal disambut tidak lama lagi.

PROGRAM SIARAN LANGSUNG RAMADHAN & RAYA CJ WOW SHOP  DI TV9

TARIKH

PROGRAM

11 – 13 Mei

Minggu Masak-Masak (Cooking & Kitchenware)

14 – 20 Mei

Minggu Va-Va-Vaoom (Fashion & Beauty)

21 – 27 Mei

Minggu Rumah Tip Top (Household & Interior)

28 Mei – 3 Jun

Minggu Jalan Jalan (Lifestyle & Leisure)

4 – 10 Jun

Minggu Rembat Cepat (Last Chance Deal)

18 – 24 Jun

Minggu Melaram Sakan (Fashion Clearance)

Pusat beli-belah sehenti ini akan menawarkan para pelanggan dengan satu rangkaian koleksi produk dari pelbagai segmen yang merangkumi Peralatan Dapur, Fesyen & Kecantikan, Kelengkapan Rumah & Hiasan Dalaman, serta rangkaian khas Gaya Hidup & Hiburan bagi perjalanan ‘Balik Kampung’ mereka. Rangkaian koleksi ini terdiri daripada koleksi-koleksi kegemaran rakyat Malaysia yang sedia ada dan baharu, termasuklah Al-Mukarramah oleh Haqqi Muslim Wear, Ariani X WOW Muslimah Fashion, Mugen Tornado Hybrid Gas Cooker, Classe Raya Carpet dan sebagainya demi menceriakan lagi Aidilfitri anda.

Mulakan Ramadhan WOW dengan ‘Cun Meletop’ 

Dalam mengalu-alukan bulan suci Ramadhan minggu hadapan, CJ WOW SHOP menyajikan penonton dengan program siaran langsung fesyen yang dinamakan “Cun Meletop” pada 14 Mei. Disiarkan dari 8.30 pagi sehingga 5 petang, promosi ini akan menyerlahkan tawaran hebat pakaian Muslim dan Muslimah terbaru seperti telekung, tudung, jubah, baju kurung dan kurta dari pelbagai jenama tempatan yang terkenal.

‘Cuti Raya WOW’ Memberi Ganjaran Kepada Pelanggan dengan Pembelian Tertinggi 

Bagi menjadikan Aidilfitri ini lebih bermakna buat pelanggan dan orang tersayang mereka, CJ WOW SHOP juga akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang membuat pembelian tertinggi dengan satu percutian hebat bernilai lebih RM28,000 bagi setiap keluarga. Hanya 2 pemenang akan dipilih untuk pakej percutian ‘9 Hari 7 Malam’ ini.

Bagi menyertai ‘Cuti Raya WOW’, pelanggan hanya perlu mengikuti peraturan-peraturan mudah berikut:

  • Mengumpul satu entri bagi setiap pembelian bernilai RM100 dan ke atas dari 11 Mei hingga 24 Jun 2018.
  • Mengumpul jumlah entri tertinggi dengan membuat pembelian sehingga tempoh promosi tamat.

Para pelanggan boleh membeli produk-produk yang terpapar di kaca televisyen dengan membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808 atau melayari laman sesawang beli-belah dalam talian, http://www.cjwowshop.com.my atau melalui pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS.

CJ WOW SHOP Channels

TV3 Setiap Isnin – Ahad:
Setiap Isnin:
: 0600 – 0700 (60min)
: 1300 – 1330 (30min) The WOW Show
ntv7 Setiap Sat – Ahad:
Setiap Sat – Ahad:
: 0600 – 0700 (60min)
: 1030 – 1330 (180min)
  Setiap Isnin – Jumaat: : 1030 – 1430 (240min)
  Setiap Isnin – Ahad: : 2400 – 0100 (60min)
8TV
(Program Bahasa Mandarin)
Setiap Isnin – Jumaat:
Setiap Sat – Ahad:
: 0600 – 0930 (210min)
: 0600 – 0900 (180min)
TV9 Slot tambahan Ramadhan (17 Mei – 13 Jun 2018)
  Setiap hari 0500 – 0600 (60min)
  Setiap Isnin – Khamis

Setiap Isnin – Jumaat
Setiap Khamis

: 0830 – 1300 (270min)
: 1330 – 1700 (210min)
: 2300 – 0100 (120min)
: 1000 – 1100 (60 min) The WOW Show
  Setiap Jumaat : 0830 – 1700 (510min)
  Setiap Sabtu – Ahad : 0830 – 1800 (540min)
: 2400 – 0100 (60min)
Satu saluran beli-belah di rumah yang disiarkan 24 jam setiap hari di TV digital, platform MYTV.

 


Mengenai CJ WOW SHOP

CJ WOW SHOP merupakan rangkaian beli-belah dari rumah yang inovatif yang boleh ditonton dari televisyen, platform-platform telefon mudah-alih dan atas talian, yang membawakan kepada pengguna Malaysia suatu pengalaman untuk dari segi visual, bersifat interaktif serta imersif. Ditubuhkan pada tahun 2016, pihak syarikat mencari dan menawarkan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi yang mampu memperkayakan gaya hidup pelanggan. Sebagai syarikat media dagang berorientasikan pelanggan yang terulung di Malaysia, kami membantu pelanggan untuk membeli-belah dalam keselesaan bersendiri, sama ada di rumah ataupun di mana sahaja, pada bila-bila masa. CJ WOW SHOP menyempurnakan lagi beli-belah di rumah dengan menyelaraskan kelebihan dan kepakaran yang terhasil dari kerjasama antara kumpulan media bersepadu terbesar Malaysia, iaitu Media Prima Berhad, dengan syarikat terkemuka global dalam bidang beli-belah di rumah dari Korea Selatan. CJ O Shopping Co. Ltd.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cjwowshop.com.my

Leave a Reply