Kembali Ke Sekolah Dengan Kit Pembasmi Kuman Antabax

Antabax_02

Kembali Ke Sekolah Dengan Kit Pembasmi Kuman Antabax |  Permulaan sesi persekolahan baharu semakin hampir menjadikan para pelajar teruja untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan, namun bagi ibu bapa, mereka menjadi resah apabila memikirkan mengenai penyakit seperti batuk, selsema dan lain-lain penyakit berjangkit yang biasanya mudah dijangkiti para pelajar.

Antabax_02

Pusat-pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menganggarkan 80 peratus daripada semua jangkitan tersebar melalui tangan[1]. Ini bermakna, dengan menjaga kebersihan tangan, penyebaran penyakit berjangkit akan dapat dikawal.

Untuk mendapatkan ketenangan fikiran, bekalkan anak-anak dengan Kit Pembersih Kembali Ke Sekolah Antabax. Kit ini mengandungi trio hebat bersaiz poket Antabax Antibacterial Cleansing Wipes, Instant Hand Sanitizer dan Hand Sanitizer Spray, yang mudah untuk dimuatkan di dalam beg anak-anak anda.

Kit Kembali Ke Sekolah Antabax

Dengan penjagaan kebersihan tangan yang baik, risiko untuk dijangkiti penyakit berjangkit seperti influenza; keracunan makanan atau Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), dalam kalangan murid sekolah dan keluarga mereka dapat dikurangkan.

Kembali Ke Sekolah Dengan Kit Pembersih Antabax

Antabax adalah jenama penjagaan diri yang terkenal dengan perlindungan anti bakteria 24 jam. Jenama ini pernah dinobatkan sebagai jenama Malaysia yang membangun paling pantas dalam kategori penjagaan diri[2] dan semua produk keluarannya disahkan Halal bagi memberikan keyakinan kepada umat Islam untuk menggunakannya.

image001

Kempen Kembali Ke Sekolah Antabax disasarkan untuk menggalakkan ibu bapa menjadi lebih bersedia dalam menghadapi cabaran harian memastikan anak-anak mereka bersih dan sihat terutamanya ketika berada di dalam kelas.

Barisan pembersih Antabax memberikan perlindungan sepanjang hari dan membasmi sehingga 99 peratus kuman merbahaya. Kesemua produk berkenaan diformulasikan dengan vitamin kulit dan Aloe Vera bagi memastikan kulit kekal sihat dan lembap. Derma Protect System Antabax mengandungi Micro Moisture Serum untuk menjadikan tangan lembut, licin dan sihat. Produk-produk ini sesuai untuk kegunaan harian dan ini terbukti secara ujian dermatologi yang menunjukkan produk-produk berkenaan lembut terhadap kulit paling halus.

Namun, perkara ini tidak terhenti setakat itu. Barisan produk pembersih Antabax memberikan manfaat kepada semua peringkat umur – daripada anak kecil; keluarga anda sehinggalah rakan sekerja! Trio pembersih Antabax mudah untuk dimuatkan dalam beg tangan; beg bayi; kantung; kit bantuan kecemasan dan kereta. Malah. Gel Pembersih Antabax turut didatangkan dalam pek keluarga 750 ml untuk penggunaan di rumah dan pejabat.

Ini menjadikan barisan pembersih Antabax melindungi anda dan keluarga tidak kira sewaktu anak-anak bermain di taman; ketika anda berada di dalam tandas awam atau pengangkutan awam.

Menurut Pengurus Kanan Bahagian Produk, Barangan Rumah dan Penjagan Peribadi  di Jabatan Pemasaran, Mandy Lee, penjagaan kesihatan yang baik berkait rapat dengan kebersihan peribadi yang baik. Amalan kebersihan yang ringkas lagi mudah boleh membawa perbezaan besar dalam mengurangkan risiko jangkitan penyakit berjangkit terutamanya yang disebarkan melalui tangan yang kotor bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga di rumah dan pejabat.

“Melalui Kempen Kembali Ke Sekolah Antabax ini, kami ingin mengetengahkan kepentingan untuk menyediakan anak-anak mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit kerana mereka terdedah kepadanya ketika berinteraksi bersama rakan-rakan dalam persekitaran yang kecil. Kita perlu mendidik mereka cara pembersihan tangan yang betul kerana kebiasannya penyakit berjangkit mudah tersebar melalui tangan yang kotor. Kit Pembersih Antabax bersaiz poket ini akan mengurangkan risiko jangkitan kuman jika digunakan dengan betul bagi memastikan tangan sentiasa bersih.

“Rakyat Malaysia pada masa kini mengamalkan gaya hidup aktif termasuk melakukan aktiviti luar rumah seperti bersukan, berjalan, melancong dan bersenam di gymnasium. Sewaktu berinteraksi dengan orang lain, kita juga berpotensi untuk berinteraksi dengan kuman dan penyakit berjangkit yang mungkin dihidapi atau disebarkan mereka. Amat penting untuk sentiasa bersedia dan menjadikannya tabiat untuk mengamalkan langkah pembasmian kuman ringkas dan penjagaan kebersihan bagi menguragkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit bagi mendapatkan ketenangan fikiran,” kata Mandy.

Barisan pembersih Antabax kini boleh didapati di terkemuka termasuklah Watsons, AEON, AEON Big dan banyak lagi.

 

hand sanitiser

Antabax Antibacterial Cleansing Wipes (3 X 10 keping)
Cadangan Harga Jualan: RM 4.80

Hand Sanitizer

Antabax Hand Sanitizer Spray 50ml

Cadangan Harga Jualan: RM 4.80

 image004 Antabax Instant Hand Sanitizer 50ml

Cadangan Harga Jualan: RM 4.20

 image005 Antabax Instant Hand Sanitizer 750ml

Cadangan Harga Jualan: RM 34.80

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax dan mendapatkan petua kebersihan terbaik bagi kehidupan yang lebih sihat dan berkeyakinan, sila “Like” Antabax di www.facebook.com/NewAntabax.

 


[1] http://www.bccdc.ca/health-info/preventing-infection/hand-hygiene
[2] Nielson data, medicated segment 2016


Mengenai Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd
Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. (Lam Soon) merupakan sebuah syarikat pengeluar bahan makanan; penjagaan rumah dan peribadi yang ditubuhkan pada 1950-an.  Dalam kategori penjagaan rumah dan peribadi, Lam Soon menawarkan pilihan variasi yang menyeluruh termasuk rangkaian –

  1. penjagaan feminin Orchid;
  2. penjagaan peribadi May;
  3. penjagaan peribadi Fruitale FairWhite UV;
  4. penjagaan peribadi antibanteria Antabax;
  5. produk-produk penjagaan rumah ZIP (cecair pencuci pinggan, pembersih lantai, pembersih tandas, serbuk dan krim pembersih)
  6. cecair dan pes pembersih pingan; cecair pembersih pinggan dan kediaman bio dan pembersih pelbagai guna Labour.

Sebagai jenama yang dikenali ramai dan dipercayai, Lam Soon mendedikasikan diri untuk menghasilkan produk-produk berkualiti bagi kehidupan yang sihat dan rumah yang bersih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *