Kempen Kebersihan “Sucikan Diri Dan Hati, Ramadan Ini” Bersama Lifebuoy

Sucikan diri dan hati Ramadan Ini Banner

Kempen Kebersihan “Sucikan Diri Dan Hati, Ramadan Ini” Bersama Lifebuoy   Ramadan tahun ini jenama sabun mandian terkemuka keluaran Unilever Malaysia iaitu Lifebuoy, melancarkan kempen “Sucikan Diri dan Hati, Ramadan ini” di mana ia menekan aspek kepentingan menjaga kebersihan di kalangan warga Malaysia pada bulan mulia ini. Majlis ini telah diadakan di WXYZ Aloft Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lifebuoy Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini.1Kempen selama sebulan ini turut melibatkan perkongsian startegik bersama Rangkaian Televisyen Media Prima, sebuah rangkaian media bersepadu yang terbesar di Malaysia, bagi memaksimumkan usaha Lifebuoy.

Lifebuoy “Sucikan Hati dan Diri, Ramadan ini”

Untuk tahun ini, Lifebuoy bersama dengan Media Prima, mempersembahkan iklan merentasi platform yang menampilkan pelakon Farid Kamil bersama anaknya Mutammad Farid. Iklan ini adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia tentang amalan penjagaan kebersihan diri. Ini merupakan usaha kesedaran pihak Lifebuoy mengenai mesej kebersihan dalam format yang menarik.

https://youtu.be/C5_h0K2JLz8%20

Sebagai jenama No.1 di Malaysia bagi sabun mandian yang memberi perlindungan daripada kuman, Lifebuoy mahu membawa perubahan dengan meneruskan komitmen mereka untuk meningkatkan amalan kebersihan dikalangan rakyat Malaysia. “Kebersihan diri merupakan asas kepada penjagaan kesihatan dan pencegahan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh kuman. Mandian sempurna adalah rutin kebersihan yang penting agar badan kekal berasa selesa,” jelas En. Vincent Chong, Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia.

Sesi foto Farid Kamil, Chemad, Vincent & Nini

produk Lifebuoy

Selain daripada iklan televisyen, Lifebuoy juga akan mengunjungi bandar-bandar terpilih di seluruh Malaysia bagi mengukuhkan lagi usaha pendidikan amalan kebersihan. Bagi memanfaatkan sepenuhnya kempen tahunan sempena bulan Ramadan dan hari raya anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima, Lifebuoy turut menggabungkan inisiatifnya dalam acara ‘Skuad Terima Kasih’, ‘Bazar Terima Kasih’ dan ‘Jom Masjid’  yang akan diadakan di Johor, Terengganu, Pahang dan Kedah. Pelbagai aktiviti akan dijalankan termasuk demonstrasi membasun tangan dan pengagihan lebih 3,000 pek penjagaan Lifebuoy.

Sidang Media Sucikan Diri dan Hati Ramadan Ini

“Kerjasama dengan Lifebuoy bermula dari hubungan yang sudah lama terjalin dengan Unilever Malaysia serta beberapa jenamanya yang terkenal. Peranan besaryang dimainkan dalam inisiatif ini turut membuktikan keupayaan rangkaian ini untuk menyokong Lifebuoy dengan menyampaikan kandungan yang bermakna serta platform yang tersedia untuk mendekati jutaan rakyat Malaysia”, jelas Puan Nini Yusof, Pengarah Pemasaran dan Strategi bagi Kumpulan Perkhidmatan Pelanggan, Rangkaian Televisyen Media Prima.

Rangkaian Produk Lifebuoy

Lifebuoy membasmi kuman 99.9%

Rangkaian produk Lifebuoy mengandungi rumusan perlindungan kuman yang mampun membasmi 99.9% kuman. Mandian buih berkrim yang dihasilkan oleh produk Lifebuoy menjadikan kulit terasa lebih bersih dan segar serta berbau wangi. Disediakan dalam bentuk cecair sabun mandian badan, sabun tangan, sanitiser dan sabun buku, Lifebuoy merupakan keperluan harian yang penting bagi setiap isi rumah untuk membantu rakyat Malaysia mengekalkan tahap kebersihan mereka sepanjang bulan Ramadan.

Peraduan Lifebuoy Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini

Hadiah peraduan Lifebuoy

Lifebuoy juga turut menjalinkan kerjasama ekslusif bersama Watsons untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil tindakan dan melakukan amal kebajikan sepanjang bulan ini. Bagi setiap pembelian sebanyak RM15 di mana-mana cawangan Watsons, sebanyak RM1 akan didermakan kepada Tabung TV3 Bersamamu, sebuah tabung amal yang dimulakan oleh TV3 dan masih berjalan sehingga kini. Para pelanggan turut berpeluang memenangi hadiah daripada Habib Jewels melalui peraduan Lifebuoy yang diadakan di seluruh negara.

Peraduan Lifebuoy

 

Mengenai Lifebuoy
Lifebuoy, sabun kesihatan terkenal di dunia, dilancarkan pada 1894 untuk menyokong mereka yang mencari cara lebih baik untuk menjaga kebersihan diri. Lifebuoy sentiasa memperjuangkan usaha menjaga kesihatan menerusi kebersihan sepanjang 110 tahun sejarahnya. Sabun antibakteria tulen Lifebuoy dengan keupayaan untuk membersihkan kulit sesuai dan disyorkan untuk perlindungan seisi keluarga. Dengan sabun antibakteria Lifebuoy, keluarga anda diberi perlindungan tambahan, merasa selamat dan boleh melangkah hari demi hari dengan penuh keyakinan bahawa kuman sentiasa dijauhi untuk kehidupan yang lebih sihat. Kini, 1.6 bilion orang memberi kepercayaan kepada Lifebuoy untuk memberikan perlindungan tambahan daripada ancaman kuman untuk diri mereka sendiri dan keluarga mereka. Berikan kepercayaan anda kepada Lifebuoy hari ini untuk menjaga dan melindungi keluarga anda daripada kuman. Lifebuoy, jaminan perlindungan apabila anda terancam.

 

Mengenai Media Prima 
Media Prima Berhad (Media Prima) merupakan sebuah kumpulan media bersepadu penuh yang terbesar di Malaysia.

Dengan himpunan lengkap syarikat-syarikat pelbagai platform termasuk Televisyen, Percetakan, Radio, Pengiklanan Luar, Kandungan dan Media Digital, Media Prima, yang juga tersenarai di Papan Utama di Bursa Malaysia, juga merupakan antara 100 syarikat awam terbesar di Malaysia berpandukan hasil.

Bukan hanya memiliki kepentingan ekuiti dalam empat stesen televisyen percuma terbesar di Malaysia, iaitu TV3, 8TV, ntv7 dan TV9, Kumpulan juga menguasai lebih dari 98 peratus ekuiti dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), syarikat penerbitan akhbar terbesar Malaysia, yang memiliki tiga akhbar kebangsaan iaitu New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Melalui anak syarikat media digitalnya, Media Prima Digital merangkumi inovasi teknikal, penyelesaian digital dan strategi kreatif. Ia menawarkan perundingan digital holistik yang merangkumi penyelesaian kreatif, perkhidmatan platform pelbagai, kepakaran e-dagang dan juga terlibat dalam pembangunan dan inkubasi aplikasi mudah alih dan permainan. Sementara itu, Media Prima Labs, sebuah unit di bawah Media Prima Digital, akan memanjangkan harta intelek Kumpulan yang unik ke pasaran permainan digital dan inovasi teknologi yang meluas.

Tonton merupakan video portal # 1 di Malaysia yang menawarkan secara percuma kandungan yang disokong pengiklanan (AVOD), dengan lebih daripada 5.6 juta pengguna berdaftar dan pertumbuhan sebanyak 22,000 pengguna setiap minggu. Visinya untuk menjadi SVOD # 1 dan syarikat yang mempunyai kandungan terbaik untuk rakyat Malaysia, dimana misinya adalah untuk menjadi laman video dalam talian no. 1, yang mempunyai perkhidmatan harus-milik bagi setiap rumah penduduk dan isirumah di Malaysia, serta boleh diakses di mana-mana dan bagi mencegah cetak rompak.

Sementara itu, Media Prima CJ O Shopping Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat media dagang yang menjalankan perniagaan beli-belah di rumah di Malaysia yang dikenali sebagai CJ WOW SHOP melalui pelbagai platform termasuk televisyen, perdagangan elektronik serta mudah-alih.

Bagi platform radio pula, Kumpulan diwakili oleh empat stesen radio tempatan popular, iaitu Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM. Media Prima juga merupakan peneraju industri dalam Pengiklanan Luar, diwakili oleh Big Tree Outdoor Sdn. Bhd., The Right Channel Sdn. Bhd., Kurnia Outdoor Sdn. Bhd., Gotcha and UPD Sdn. Bhd.

Di samping itu, Kumpulan juga memiliki syarikat produksi Primeworks Studios Sdn Bhd. Hari ini, ianya sebuah syarikat produksi terbesar di Malaysia, yang menghasilkan kandungan untuk TV sejak 1984, serta filem-filem untuk tayangan perdana sejak 1994.

One thought on “Kempen Kebersihan “Sucikan Diri Dan Hati, Ramadan Ini” Bersama Lifebuoy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *