Kempen ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ MAGGI® CukupRasa Dorong Wanita Jadi Lebih Berani & Perkasa

Kempen Maggi CukupRasa

Kempen ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ MAGGI® CukupRasa Dorong Wanita Jadi Lebih Berani & Perkasa | MAGGI® CukupRasa akan memulakan kempen baharu serba menarik yang dinamakan ‘Tak Kenal, Tak Cinta’, dalam usaha untuk memperkasakan wanita Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk menyahut cabaran. Kempen ini juga memperkenalkan duta jenama baharu MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman yang cukup terkenal di Instagram kerana rajin berkongsi resipi masakan rumah.

Kempen 'Tak Kenal, Tak Cinta' Maggi CukupRasa

Popular dengan video masakan rumah, semangat juang dan kesungguhan Eina Azman terus memberi inspirasi kepada seramai 1.7 juta pengikutnya di Malaysia, mendorong mereka mencuba memasak sajian ringkas di rumah, dan inilah yang ingin diketengahkan oleh MAGGI® CukupRasa melalui kempen baharu ini.

Maggi CukupRasa dengan barisan panelis wanita

Dilancarkan hari ini di Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur, kempen ini mendorong wanita agar berani mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu. Langkah berani boleh mencetus kesan positif dan membantu kita belajar dan berkembang maju, seperti yang dipaparkan oleh cogan kata jenama ‘Tak Kenal, Tak Cinta’.

Dalam pada itu, majlis pelancaran turut menganjurkan sesi Bual Bicara yang bertemakan ‘Tak Kenal, Tak Cinta – Perbualan Dengan Wanita Untuk Mencapai Lebih Lagi Setiap Hari’ yang nyata menyuntik semangat hadirin. Diacarakan oleh Daphne Iking, sesi ini menampilkan penyanyi dan pencipta lagu Stacy Anam dan ahli gimnastik Malaysia Farah Ann serta Ketua Bakat dan Pembangunan Organisasi Malaysia dan Singapura, Nestlé, Durdana Kabir bersama Eina Azman di atas pentas. Ahli panel berkongsi kisah penuh inspirasi bagaimana mereka menangani dan mengatasi cabaran harian dan menyentuh topik-topik seperti memasak sajian kegemaran mereka dengan MAGGI® CukupRasa.

En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad

En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad yang turut hadir di majlis pelancaran tersebut berkata, “Nestlé memang penyokong kuat kepelbagaian dan keterangkuman. Kami memupuk budaya organisasi dinamik yang menyokong wanita dan membolehkan mereka memperkasakan diri mereka. Mencerminkan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’, kempen ini memberi tumpuan kepada wanita Malaysia dan menggalakkan mereka agar lebih berani dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menyerlahkan keupayaan mereka.”

Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menambah, “Sejajar dengan janji jenama kami, “You and MAGGI®. Cook the Difference(Anda dan MAGGI®. Masakan yang membawa perubahan bermakna), kami amat teruja untuk melancarkan kempen terbaharu kami bagi MAGGI® CukupRasa, yang menggalakkan pengguna untuk berani mencuba sesuatu di luar kelaziman. Kami berharap kempen MAGGI® CukupRasa ini boleh membantu memberikan dorongan yang diperlukan oleh kaum wanita untuk mengambil langkah pertama.”

Di majlis pelancaran kempen, Encik Juan Aranols dan Cik Geetha Balakrishna bersama dengan Chef Muluk, Chef Eksekutif Korporat Nestlé, dan Eina Azman telah menyertai demonstrasi memasak bersama tetamu lain. Wakilmedia turut berpeluang untuk mengasah bakat kulinari masing-msaing dan mencuba beberapa resipi. 

Diketuai oleh Chef Muluk, mereka telah mencuba resipi Nasi Goreng Cina dan Sayur Goreng Campur MAGGI® CukupRasa ciptaan Eina Azman. Penambah perasa semua dalam satu ini, yang diperbuat daripada adunan unik bawang putih, bawang dan ikan bilis segar serta rempah lain, ialah ramuan rahsia untuk kaum ibu melazatkan lagi sajian yang dimasak di rumah. Di samping itu, dengan menggunakan MAGGI® CukupRasa dalam sajian, anda tidak perlu menambah garam!

Acara Roadshow MAGGI® CukupRasa akan diadakan di Pusat Beli-Belah MyTOWN sehingga 18 Ogos. Acara Roadshow ini kemudian akan menuju ke 10 negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Penang dan lain-lain lagi. Untuk maklumat lanjut tentang kempen terbaharu MAGGI® CukupRasa, sila layari www.maggi.com.my.  

Leave a Reply