Kesejatian Wanita Masa Kini Dengan Koleksi Eve Dari Avon

Avon Malaysia

Kesejatian Wanita Masa Kini Dengan Koleksi Eve Dari Avon| Susulan kejayaan haruman Eve Duet, Avon meneruskan kerjasama dengan bintang Hollywood Eva Mendes bagi mencipta dua haruman baru – Eve Confidence dan Eve Elegance. Haruman ini menggambarkan gaya hidup wanita masa kini yang penuh dengan pelbagai cabaran dan peranan baru yang perlu dilalui. “Dengan EVE Elegance dan EVE Confidence saya dapat mengharumkan setiap momen indah yang berbeza dalam hidup saya,” kata Eva.

Majlis memperkenalkan Koleksi Eve dari Avon

Eve Confidence dibuka dengan nota manis melur harum, diulit kemewahan currant hitam dan kehalusan kayuan oak. Setiap semburan akan memberi anjakan keyakinan dan menyerlahkan keberanian anda. Serlahkan detik-detik keyakinan penuh cita-cita dengan seburan Eve Confidence yang kekal lama. “Hanya satu semburan EVE Confidence dan saya bersedia untuk apa sahaja,” kata Eva.

Eve Elegance pula sempurna untuk momen bila mana anda ingin menyerlah sofistikasi diri yang hebat namun bersahaja. Diulit dengan kelembutan kelopak jasmin, ledakan delima segar, didakap kayuan ambar yang mewah memukau. Eve Elegance merupakan haruman yang tepat bagi saat-saat menyerlah personaliti. Haruman ini memastikan anda bukan sekadar dilihat, namun terus diingati.  

Koleksi Eve memberikan anda peluang melakar kenangan indah buat selamanya… hanya semburkannya agar setiap detik indah anda sinonim dengan keharumannya.

BARU Eve Confidence dan Eve Elegance Eau de Parfum 50ml dari Avon

  • Haruman baru di bawah jenama mewah Eve
  • Haruman yang merungkai keanggunan dan keyakinan wanita
  • 50ml, RM95.00 WM / RM109.25 EM satu

Eve Confidence Eau de Parfum dan Eve Elegance Eau de Parfum bakal dipasarkan mulai 1 November 2019. Dapatkannya dari mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON atau menerusi atas talian di shop.avon.my. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON (2866).

Tentang AVON

Selama 130 tahun Avon telah berdiri teguh memperjuang kecantikan, inovasi, optimisme dan paling ulungnya, demi wanita. Barangan Avon merangkumi pelbagai rangkaian dan jenama terkemuka seperti ANEW, Avon Color, Skin-So-Soft, Advance Techniques, Naturals dan Avon Intimates. Dijual melalui hampir 6 juta Wakil Avon bebas yang aktif, barangan Avon terus menjelitakan pengguna di lebih 70 negara serata dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Avon dan barangannya di shop.avon.my

Leave a Reply