Ketepatan Dan Kesempurnaan Dengan Telefon Pintar Siri Neffos X

Ketepatan Dan Kesempurnaan Dengan Telefon Pintar Siri Neffos X |  Neffos dengan secara rasminya mengumumkan ketibaan telefon pintar Neffos X1 dan Neffos X1 Max pada 12 Januari 2016 untuk pasaran Malaysia. Neffos mengenengahkan telefon pintar Android terbaru yang mempunyai reka bentuk yang sempurna, teknologi mudah alih terkini dan ciri-ciri yang mengutamakan pelanggan dalam usaha untuk memacu jenama Neffos menjadi pesaing serius dalam bidang mudah alih.

Pelancaran Telefon Pintar Siri Neffos X
Pelancaran Telefon Pintar Siri Neffos X

Siri Neffos X melampaui garis sempadan reka bentuk telefon pintar, kehebatan pengimejan, keselamatan mudah alih, dan prestasi pemprosesan yang memenuhi keperluan gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah. Berpegang kepada mantra jenama mereka ‘Close to You‘, Neffos X1 Neffos X1 Max mempamerkan falsafah berorientasikan manusia dan pendekatan reka bentuk bertujuan untuk menyatukan manusia dan teknologi seiring. Membawa idea-idea inovatif lebih dekat dengan realiti, siri Neffos X adalah batu loncatan ke arah menjadikan kehidupan lebih mudah bagi rakyat Malaysia.

“Telefon pintar Siri Neffos X terbaru ini adalah kombinasi sempurna antara teknologi pintar dan reka bentuk bergaya. Mereka membawa nilai yang sukar ditandingi untuk  pelanggan kami dengan mengutamakan ciri-ciri yang membantu mereka untuk lebih dekat dengan segala-galanya dan orang di sekeliling mereka, “kata pengasas bersama dan Pengerusi TP-Link, Jeffrey Chao.

Telefon Pintar Siri Neffos X Kini Di Pasaran
Telefon Pintar Siri Neffos X Kini Di Pasaran

Spesifikasi Telefon Pintar Siri Neffos X

Spesifikasi

Neffos X1

Neffos X1 Max

 

Saiz

Panjang:142mm

Lebar:71mm

Tebal:7.95mm

Panjang:152.8mm

Lebar:76mm

Tebal:7.85mm

 

Paparan

 

5 inches, HD 1280 x 720

293.7PPI

 

5.5 inches , FHD 1920 x 1080

403.4PPI

CPU

Helio P10 Octa-core Processor

MT6755M 4*Cortex-A53 1.8GHz + 4*Cortex-A53 1.0GHz

GPU:ARM mali-T860MP2 550MHz

Helio P10 Octa-core Processor
MT6755 4*Cortex-A53 2.0GHz + 4*Cortex-A53 1.2GHz

GPU:ARM mali-T860MP2 728MHz

Memori

2GB RAM + 16GB ROM

3GB RAM + 32GB ROM

3GB RAM + 32GB ROM

4GB RAM + 64GB ROM

Slot Memori

Micro SD Card (up to 128 GB)

Kamera

Depan: 5 Mega-pixel

Utama: 13 Mega-pixel, PDAF

Jalur Asas

FDD-LTE/WCDMA/GSM
GSM: Band 2/3/5/8
WCDMA: Band 1/5/8
FDD-LTE: Band 1/3/5/7/8/20

Pautan

Wi-Fi 802.11a/b/g/n, 2.4GHz, 5GHz

Bluetooth: 4.1

Dual Nano SIM Cards (Dual SIM Dual Standby)

SIM1 supports 2G/3G/4G; SIM2 supports 2G/3G/4G

Navigasi

GPS/GLONASS/GALILEO

Bateri

2250mAH

3000mAh

Harga Telefon Pintar Neffos X1 dan X1 Max

Neffos X1 dan X1 Max boleh didapati dalam dua warna iaitu Cloudy Grey dan Sunrise Gold. Neffos X1 berharga RM769 untuk 2GB RAM dengan 16GB ROM dan RM849 untuk 3GB RAM dengan 32GB ROM manakala X1 Max akan dijual pada harga RM999 RAM untuk 3GB dengan 32GB ROM dan RM1,199 untuk 4GB RAM dengan 64GB ROM.

Pengenalan Harga Telefon Pintar Siri Neffos X oleh Pengarah Jualan, Robert Hu
Pengenalan Harga Telefon Pintar Siri Neffos X oleh Pengarah Jualan, Robert Hu

 

Neffos X1 kini boleh didapati di wakil pengedar Neffos [rujuk link ini] di seluruh negara manakala X1 Max akan tiba pada Mac 2017.

 

Di samping itu, Siri Neffos X juga didatangkan dengan jaminan waranti selama dua tahun supaya pengguna boleh menikmati ketenangan fikiran semasa memiliki telefon pintar Neffos. Program jaminan waranti dua tahun ini juga menawarkan perkhidmatan untuk isu-isu mekanikal dan teknikal terpilih tidak termasuk kerosakan akibat kemalangan atau skrin pecah. Neffos juga menyediakan pertukaran peranti satu-dengan-satu kepada pelanggan yang mengalami kerosakan peranti yang tidak dapat diperbaiki dalam tempoh tiga bulan pertama tahun pembelian.

 

Neffos X1 dan X1 Max adalah permulaan kepada rancangan Neffos berkembang secara agresif di Malaysia. Ia cuba memanfaatkan segmen pasaran yang inginkan  inovatif terbaik dan ciri terkini pada telefon pintar tanpa perlu berbelanja besar. Neffos percaya bahawa persaingan sengit adalah pemangkin untuk jenama mereka terus berinovasi dan kekal relevan kepada pengguna dan pasaran.

Call Me Bro bertuah sungguh memenangi Neffos X1 pada majlis tu...
Call Me Bro bertuah sungguh memenangi Neffos X1 pada majlis tu…

 

Mengenai TP-Link

Ditubuhkan pada tahun 1996, TP-Link merupakan penyedia peranti rangkaian dan aksesori global yang boleh dipercayai, dan terlibat dalam seluruh aspek kehidupan harian manusia. Syarikat ini sering disenaraikan oleh firma analisis IDC sebagai penyedia No. 1 peranti WLAN dan CPE jalur lebar*,  menyediakan bekalan ke lebih 120 buah negara serta memberi perkhidmatan kepada ratusan juta pengguna di seluruh dunia.

 

Dengan warisan kestabilan, prestasi dan nilai yang sudah terbukti, TP-Link telah menghasilkan satu portfolio produk yang mampu memenuhi keperluan rangkaian setiap individu. Kini, dengan gaya hidup yang sentiasa terhubung dilihat semakin bertambah, syarikat telah berkembang pada hari ini untuk memenuhi permintaan pada masa depan.

*berdasarkan kepada penerbitan IDC Worldwide Quarterly WLAN Tracker Report, Q32016 Final Release.

 

Mengenai Neffos

Jenama Neffos dihasilkan oleh TP-Link pada tahun 2015 untuk meneroka pasaran telefon pintar global. Ia berusaha untuk menghasilkan peranti mudah alih peribadi yang paling berorientasikan kepada manusia dalam era digital yang baru. Di samping menghubungkan manusia dengan individu lain dan dunia di sekeliling mereka.

Maklumat lanjut, sila layari Laman Web Neffos atau layari laman Facebook Neffos Malaysia *Menurut terbitan terkini IDC Worldwide Quarterly WLAN Tracker Report, Q1 2016 Final Release.

 

 

Leave a Reply