Khadijah’s Kitchen PV128 Setapak | Masakan Autentik Seperti Di Rumah

Khadijah's Kitchen Family

Sekali lagi NaZ dapat peluang untuk menikmati masakan dari Khadijah’s Kitchen milik Dato’ Khadijah Ibrahim di PV128 Setapak, Kuala Lumpur. Pada November tahun lepas NaZ ke Khadijah’s Kitchen sempena pelancaran Video Brosur oleh Blue Nagas. Tak sempat nak betul-betul menikmati rasa makanan di situ. Kini undangan datang lagi, jadi NaZ tak lepaskan peluang ini. Teruskan membaca komen NaZ tentang masakan yang disediakan pada 25 Januari lepas.

Khadijah's Kitchen Family

Khadijah’s Kitchen di PV128 Setapak adalah cawangan ke-2 selepas cawangan Petaling Jaya. Jadi jangan tersilap ya, ia bukan berkonsepkan franchise kerana mengikut Dato’ Khadijah masih banyak lagi yang perlu diperkemaskan sebelum menjurus ke arah itu. Dari segi hiasan dalaman sangat-sangat berkonsepkan rumah Dato’. Dinding penuh dengan gambar-gambar keluarga dan perhiasan pilihan beliau. Nak beri pengalaman kepada pelanggan seperti berada dirumah beliau dan rasa masakan dari dapur beliau. Jadi anda kena datang sendiri kalau nak tau macam mana suasana rumah Dato’ Khadijah.

Khadijah's Kitchen Ambience

Cawangan Setapak ini boleh memuatkan dalam 400 orang maksimum dalam satu masa serta dilengkapi sebuah pentas khas untuk persembahan. Tak lama lagi akan diadakan persembahan bulanan yang melibatkan artis-artis luar dan dalam negara. Antara yang disebut oleh Dato’ ialah persembahan Papa Rock, siapa lagi kalau bukan Ramli Sarip. Yang specialnya persembahan bulanan ini ialah… menu pada hari tersebut terdiri daripada makanan kegemaran artis tersebut. Jadi para peminat artis tersebut boleh mengenali dengan lebih dekat lagi makanan kegemaran artis pujaan mereka.

Kualiti dan Kebersihan

Khadijah duet with Tina

Dato’ Khadijah yang lebih mesra membahasakan dirinya Ibu, seorang yang relak dan santai tetapi tidak akan berkompromi jika kualiti dan kebersihan tidak di jaga. Bagi mengekalkan kualiti rasa masakan beliau, tukang masak dan pekerja-pekerja kena ikut SOP yang disediakan. Setiap masakan disukat dan ditimbang supaya rasanya sentiasa sama sahaja…ala-ala cara hotel gitu. Bab kebersihan pula bukan setakat di ruang makan dan dapur…tandas adalah tumpuan utama. Kata Ibu, tempat pertama yang akan dituju bila tiba di kedainya ialah tandas, jadi pekerjanya akan pastikan ianya sentiasa dalam keadaan bersih.

Dato Khadijah 01

Untuk makluman semua, Khadijah’s Kitchen ini menerima tempahan berkumpulan dan boleh menyediakan masakan pilihan anda. Antara menu yang biasa diminta adalah seperti masakan Kampung, Cina dan Jepun. Sebelum kami sampai, Dato’ telah menyediakan buffet makan tengahari untuk kumpulan 40 orang. Kelihatan letih di wajah Dato’ tetapi beliau tetap melayani kami dengan penuh mesra.

Dato Khadijah 02

Jadi untuk kami pada petang itu, Dato’ telah menyediakan beberapa masakan autentik untuk dibuat review. Maka Anne Farina AF8 pun dijadikan model untuk merasa masakan tersebut…tengok la si Farina tu siap memperagakan Laksa Johor tu.

Anne Farina AF8

 

Citarasa Autentik

001 Asam Pedas
Asam Pedas Ikan Tenggiri

Masak Asam Pedas ini memang favourite NaZ sejak dari zaman persekolahan lagi. Lihat saja kuahnya yang merah menyala dan pekat tu…sungguh menyelerakan. Ditambah dengan ikan tenggiri dan bendi serta daun kesum membangkitkan lagi citarasanya.

002 Daging Salai Masal Lemak
Daging Salai Masal Lemak

Siapa yang makan daging salai masak lemak ini sure tak perasan kalau mak mertua lalu belakang rumah…hehehe. Kuah yang lemak (pakai santan asli) secukup rasa ini memang memikat betul. Daging yang lembut serta ubi kentang yang empuk memang bergabung baik bersama kuah lemak tadi. Belum try belum tahu, dah try nak selalu…

003 Sotong Masak Hitam
Sotong Masak Hitam

Yang ini NaZ tak sempat nak bertanya pada Dato’ macam mana proses memasaknya. Tapi kuahnya rasa pedas menyengat… diseimbangkan dengan rasa manis dari sotong, memang kombinasi terbaik. Dapat rasa sikit aje sebab geng lain dah sambar dulu…maklum la sedap kan. Maaf gambar kurang memuaskan sebab ada masalah teknikal sikit dengan kamera.

004 Laksa Johor
Laksa Johor

Memang sedap laksa Johor ini dengan kuah yang likat dan pekat. Kurang kick sikit sebab dah sejuk…maklum la ramai paparazzi yang nak mengambil gambar laksa tu. Yang menarik design mangkuk dia yang buat ramai menyangka seperti mangkuk itu hampir nak terbalik.

006 Briks
Briks

Ia seperti samosa tetapi dengan saiz yang besar. Yang special tentang Briks ini ialah kulitnya datang dari negara Tunisia. Berintikan dengan daging ayam, ubi kentang, telur dan rempah khas membuatkan ia hidangan yang harus dicuba sebagai pembuka selera.

010 Set Nasi Lemak
Set Lengkap….Nasi Lemak + Teh Limau Ais + Cucur Udang + Bubur Pulut Hitam

Ini pula set Nasi Lemak yang lengkap dengan minuman, starter dan dessert. Tak payah pening-pening nak order apa…selain itu set Nasi Dagang, Nasi Bryani, Nasi Arab pun ada…

 

Makanan tadi tu hanya untuk review kata Dato’….nah mari kita makan ramai-ramai nanti dah sejuk tak sedap. Pelayan-pelayan datang menghantar mee goreng, cucur tauhu dengan sos kicap pedas dan cucur udang dengan sos cili. Apa lagi kami pun terus berlaga sudu dan garfu la….sedap sedap sedap!

007 Mee Goreng
Mee Goreng
008 Cucur
Cucur Udang
009 Cucur Tauhu
Cucur Tauhu

Produk Keluaran Khadijah’s Kitchen

Abang Kit & Pious
Abang Kit dan En. Kheirudin Pious

Sambil-sambil menikmati hidangan tadi, orang kuat Dato’ iaitu Abang Kit dan En. Kheirudin Pious menunjukkan produk terbaru iaitu paste masakan Dato’ Khadijah.

011 Bring Khadijah Back To Your Kitchen
“Bawa balik Khadijah Ke Dapur Anda”

Terdapat 6 paste masakan iaitu:-

  • Chicken Kapitan (Nyonya Kari Paste)
  • Sambal Tumis (Sambal Chili Paste)
  • Pajeri Nenas (Vegetable Curry Paste)
  • Satay Peanut Paste (Contains Peanuts)
  • Rendang Tok (Dry Curry Paste)
  • Asam Pedas (Spicy Tamarind Paste)

012 Paste Khadijah's Kitchen

Yang bagusnya paste ini mudah disediakan dan diperbuat dari 100% bahan-bahan berkualiti. Macam mana nak sediakan? Senang aje, dibelakang kotak terdapat aturan penyediaan paste tersebut ataupun pergi sahaja ke laman web Khadijah’s Kitchen. Paste keluaran Khadijah’s Kitchen ini bebas dari MSG, pewarna tiruan, bahan pengawet dan perasa tiruan. Pihak Khadijah’s Kitchen mengorak langkah untuk mempromosikan produk mereka ke luar negara seperti Amerika, Canada dan Shangai dengan dibantu oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE).

 

Selain itu juga, selepas perayaan Tahun Baru Cina ini Dato’ akan mempersembahkan menu terbaru seperti Nasi Lemak Kukus, Sup Tulang Merah (famous di Singapura), Kacang Pool dan lain-lain lagi. Dato’ juga mengajak untuk menikmati Buffet Ramadhan nanti dan antara yang tak boleh dilepaskan adalah Bubur Lambuk Special beliau dan juga Cekodok Pisang (selalu diminta di cawangan PJ). Dato’s Khadijah amat mengalu-alukan kedatangan anda ke:

 KHADIJAH’S KITCHEN

35G PV128, Jalan Genting Klang, Setapak, 53000 Kuala Lumpur.

No. Telefon: +603 4144 1079

Waktu Operasi: Dari jam 12:00 tengahari hingga 10:00 malam.

Laman Web: www.khadijahskitchen.com

Facebook Fanpage: www.facebook.com/KhadijahsKitchenPV128

Jangan lupa untuk gunakan hashtag #kahdijahskitchenpv128 bila anda kongsikan gambar hidangan restoran ini di laman sosial anda.

7 thoughts on “Khadijah’s Kitchen PV128 Setapak | Masakan Autentik Seperti Di Rumah

Leave a Reply