Koleksi Wiko View2 Tawarkan Paparan Luas Dan Prestasi Hebat

Koleksi Wiko View2

Koleksi Wiko View2 Tawarkan Paparan Luas Dan Prestasi Hebat |  Sebelum ini Naz kongsikan apa yang diperkenalkan di IFA 2018 dan koleksi View2 antara yang diperlihatkan oleh Wiko. Sebelum ini Wiko View2 Pro telah memasuki pasaran Malaysia dan mungkin tak lama lagi View2 Plus dan View2 Go juga turut mendarat di pasaran Malaysia. Naz kongsikan secara ringkas koleksi Wiko View2 untuk pos kali ini

Koleksi Wiko View2

Spesifikasi Koleksi View2

Koleksi View2 - Spesifikasi

Seperti View2 Pro, View2 Plus dan View2 Go turut mengangkat slogan menawarkan ruang yang lebih (MORE MORE SPACE). Peranti-peranti ini menyajikan kawasan paparan yang luas pada skrin penuh 19:9 dengan prestasi yang lebih lancar. Wiko menawarkan pengguna lebih banyak pilihan, kerana kedua-dua peranti ini mempunyai reka bentuk baru dengan bentuk Skrin Penuh dan kemasan yang berbeza.

Wiko View2 Plus
Wiko View2 Plus [ foto kredit: Wiko International website ]
Wiko View2 Go

Wiko View2 Go [ foto kredit: Wiko International website ]

Apa yang membezakan View2 Go dan View2 Plus adalah bentuk elegan baru dengan paparan Skrin Penuh. Koleksi View2 ini hadir dengan rupa dan rasa yang premium. View2 Go mempunyai kesan cermin reflektif dalam 4 warna yang menarik dan View2 Plus memaparkan badan padat yang disaluti dengan kemasan seperti kaca berkilat. Kedua-dua peranti ini boleh didapati dalam warna Supernova, warna kecerunan khas yang biasanya hanya didapati pada peranti flagship.

Dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Octa-Core yang kuat, disokong oleh RAM 3GB pada View2 Go dan RAM 4GB pada View2 Plus. Ini memastikan pengalaman penggunaan yang lancar apabila anda bertukar antara aplikasi. Tambahan dengan bateri 4000 mAh, kuasa tahan lama membolehkan anda menikmati Skrin Penuh anda dengan maksima!

Dwi-Kamera 12MP

Wiko View2 Plus dengan dwi-kamera 12MP [ foto kredit: Wiko International website ]

Pada bahagian kameranya pula, View2 Go dilengkapi kamera belakang 12MP dan kamera hadapan 5MP. View2 Plus pula dengan dwi-kamera belakang 12MP dan 8MP kamera hadapan. Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan sensor kamera Sony IMX486 untuk merakamkan perincian yang lebih hebat lagi. Artificial Intelligence turut di muatkan melalui App1 yang direka khas membolehkan anda bijak mengenali dan menyesuaikan keperluan persediaan.

Warna View2 Plus

3 Warna View2 Plus [ foto kredit: Wiko International website ]
Warna View2 Go

4 Warna View2 Go [ foto kredit: Wiko International website ]

Dari teaser di IG Wiko Malaysia, koleksi View2 ini akan memasuki pasaran Malaysia. Samada kedua-duanya atau salah satu yang akan tiba.

So nantikan rapat-rapat!

Leave a Reply