Konsert “Halestorm Live In Malaysia 2019” Disember Ini

fb-cover-1

Konsert “Halestorm Live In Malaysia 2019” Disember Ini | Buat peminat muzik rock di Malaysia, kugiran rock terkemuka Amerika Syarikat, Halestorm buat julung kalinya akan turun ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert “Halestorm Live in Malaysia 2019” pada 14 Disember 2019 (Sabtu), 9.00 malam bertempat di Menara PGRM, Star Convention Centre (Wawasan Hall), Kuala Lumpur.

Halestorm Live in Kuala Lumpur December ini

Terkenal dengan lagu hits seperti ‘Uncomfortable’, ‘Love Bites (So Do I)’ dan ‘I Am The Fire’, bakal menghiburkan peminat menerusi konsert selama 2 jam yang turut menampilkan kesemua anggota Halestorm terdiri daripada Lzzy Hale (penyanyi dan pemain gitar), Arejay Hale (dram) yang juga adik kepada Lzzy, Joe Hottinger (gitar) dan Josh Smith (bass).

Halestorm - Buy 5 Free 1

Kugiran yang telah ditubuhkan lebih 15 tahun ini juga berhasrat untuk menghasilkan lebih banyak karya yang baharu yang segar untuk peminat setia yang sentiasa menyokong sejak dari awal penubuhan. “Lagu dan muzik yang berkualiti adalah keutamaan kami dan kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik”, kata Lzzy Hale.

Halestorm begitu dikenali di seluruh dunia dengan kekerapan mengadakan persembahan hampir 2,500 persembahan sehingga kini dan pernah berkolaborasi mengadakan persembahan dengan penyanyi dan kumpulan rock terkenal seperti Avenged Sevenfold, Rob Zombie, Evanescence dan ramai lagi. Kini, Halestorm dalam rangka jelajah promosi album terbaharu berjudul Vicious yang dihasilkan pada 2018. 

Halestorm - Buy 5 Free 1

Kugiran ini pernah meraih anugerah bagi Persembahan Hard Rock / Metal Terbaik di Anugerah Grammy 2013 dan turut dicalonkan dalam kategori anugerah Persembahan Rock Terbaik di Grammy Awards 2019 menerusi lagu Uncomfortable. Harapan Halestorm agar konsert di Kuala Lumpur ini dapat menarik lebih ramai peminat setia untuk teruja membanjiri Menara PGRM di samping menjanjikan sebuah persembahan terbaik dan memukau.

Ini juga merupakan konsert pertama anjuran Arrakasta Mo Entertainment dan pemilihan Menara PGRM Star Convention Centre sebagai lokasi konsert adalah disebabkan kedudukan yang strategik dan sesuai untuk sebuah konsert rock. “Dengan kapasiti boleh memuatkan hampir 3,000 penonton, penonton akan berasa lebih selesa untuk berhibur dan menikmati sebuah konsert yang hebat”, kata Encik Mahazan Omar.  

Butiran Tiket konsert
Tiket-tiket Halestorm

Tiket konsert telah mula dijual dan boleh didapati pada harga RM228 (CAT1), RM328 (CAT2), RM428 (VIP) dan RM588 (VVIP). Berita baik buat semua peminat, anda dapat menikmati tawaran istimewa dengan pembelian 5 tiket, 1 tiket percuma akan diberikan. Sebarang pertanyaan lanjut atau pembelian tiket, sila layari https://proticket.com.my/halestorm-live-in-malaysia/ atau hubungi talian hotline di 03-7880 7999.

Tunggu apa lagi, dapatkan segera tiket ke konsert Halestorm Live in Malaysia 2019!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *