Kunyah Gummy Chewies Ke Dalam Malaysia Book of Records

Kunyah Gummy Chewies Ke Dalam Malaysia Book of Records |  Kanak-kanak memang susah untuk makan supplemen tambahan secara kerap tetapi tidak menjadi masalah untuk 1,958 kanak-kanak bersama-sama dengan beberapa ibu bapa dan guru-guru yang berkumpul di Amphitheatre Sunway Lagoon. Mereka berkumpul untuk mengunyah Gummy Chewies secara beramai-ramai untuk tersenarai dalam Malaysia Book Of Records.

Mereka ini adalah terdiri daripada lebih 32 buah sekolah rendah di sekitar Lembah Klang telah memakan lebih 5,000 Gummy Chewies Immunolicious untuk menetapkan rekod “Penyertaan Terbesar Dalam Sebuah Sesi Mengambil Gummy Untuk Meningkatkan Imunisasi” di bawah Malaysia Book Of Records dalam kategori pencapaian manusia.

“Kanak-kanak yang hadir berumur antara 5 hingga 12 tahun dan sangat gembira mengambil bahagian dalam percubaan mencatat rekod kerana Gummy Chewies Immunolicious bukan sahaja sedap tetapi ia juga menjadi pemangkin sistem imunisasi mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AJ Research & Pharma (AJRP) Sdn. Bhd, Javed Ghulam Muhammad.

Ketua Pegawai Eksekutif AJ Research & Pharma (AJRP) Sdn. Bhd, Javed Ghulam Muhammad

Chewies tercatat dalam Malaysia Book of Records

“Percubaan Malaysia Book Of Records ini adalah salah satu cara bagi kita untuk mendidik ibu bapa mengenai cara untuk menyihatkan anak-anak mereka dan diri mereka sendiri dengan memperkuatkan sistem imunisasi. Ia adalah lebih baik jika  diperkukuhkan baris pertama pertahana badan dari merawati apabila ia sakit. Untuk mencapai tahap itu, kita perlu melengkapkan rutin harian mereka dengan penggalak sistem imunisasi, “tambah Javed.

Gummy Chewies dalam 3 perisa

Dos harian yang disyorkan adalah dua Gummy Chewies untuk kanak-kanak dan empat Gummy Chewies untuk dewasa. Chewies Immunolicious (Gummy) diperkaya dengan Wellmune® – gluco polysaccharide yang berasal dari yis proprietari – yang bertindak sebagai penggalak semula jadi sistem imunisasi kanak-kanak dan orang dewasa; dimiliki oleh AJRP dan boleh didapati dalam tiga perisa Mega-Mango, Super-Strawberry dan Ultra-Orange.

Gummy Chewies memang sedap

Lebih mudah untuk makan dan lebih menarik kepada kanak-kanak, gula-gula yang lazat seperti Gummy terbukti secara klinikal meningkatkan sistem imunisasi secara selamat dan mengurangkan selesema dan kesejukan.

Masa bergembira di Sunway Lagoon waterpark

Selepas berjaya memcatat rekod di Amphitheatre Sunway Lagoon, kesemua yang hadir telah diberi ganjaran menikmati segala kemudahan yang terdapat di Sunway Lagoon hingga ke petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *