Lawak Ke Der 3 Tampilkan Douglas Lim Gamatkan Istana Budaya

Star Lawak Ke Der 3

Lawak Ke Der 3 sudah mula dipentaskan di Istana Budaya (IB) bermula semalam, 4 Disember hingga 8 Disember 2013. Seperti entri aku yang lalu terdapat 6 lagi pementasan di IB seperti jadual berikut:-

 jadual lkd3

Ok sekarang masa untuk aku mengulas tentang show semalam. Ternyata Hans Isaac masih mengekalkan konsep lawak bersahaja tetapi kini mengetengahkan Douglas Lim (tidak asing lagi di pentas teater) ke persada lawak berbahasa Malaysia. Bak kata Douglas Lim, “bagi chance (peluang) la kat budak cina ini berlawak dalam bahasa Malaysia”. Turut menyatakan Hans mengambilnya sebab dia murah, hanya RM0.14 untuk setiap tiket terjual….RM0.04 untuk lawak dia dan RM0.10 untuk muka dia. Betul tak betul fakta tu tapi memang menggamatkan IB malam semalam. Sememangnya Douglas sudah bertapak dalam dunia lawak selama 18 tahun tetapi kebanyakkannya dalam teater bahasa Inggeris. Memang kering gusi dibuatnya….siapa kata budak cina tak pandai buat lawak. Di akhir persembahan, Douglas mendendangkan lagu yang diparodikannya bertajuk Trajedi Disember – nyanyian asal dari Awie. Lagu ini terhasil dari apa yang terjadi ketika teater yang lalu di “Super Mokh The Musical”. Lagu ini hanya sekadar lawak sahaja tetapi budak cina ini memang pandai menyanyi. Apa pun double thumbs up buat Douglas!Douglas Lim-Lawak Ke Der 3

 

Seperti biasa, Nabil sekali lagi menjadi pencara Lawak Ke Der 3 memainkan peranannya dengan begitu baik sekali dalam mengendalikan pementasan semalam. Tidak mahu lagi terkinja-kinja di atas pentas sebab dah ada anak 1 tahun (gimik je tu) tetapi atas desakan penonton Nabil menampilkan dua lagu yang telah diparodikannya iaitu Havoc – Joe Flizzow dan What Does The Fox Say – Ylvis. Memang akan semakin meletop lah lagu-lagu ni nanti. Yang bagusnya Nabil pandai cover bila punchline tak menjadi…itulah kelebihan Nabil!

 Sidang Media Lawak Ke Der 3

Pementasan juga menampilkan Jambu (Tauke dan Yus) yang menyajikan lawak bersahaja mereka. Seperti biasa mereka berdua memainkan pergerakan untuk mencuit hati penonton. Manakala Harith Iskander pula mengakhiri pementasan semalam dengan komedinya yang mengimbau zaman lampaunya. Rata-rata penonton amat terhibur dengan persembahan non-stop mereka yang berakhir jam 10.30 malam. Sesi sidang media menyusul sejurus tamat pementasa dan peluang kepada para media dan bloggers mengajukan soalan.

Apa yang tersemat di kotak fikiran aku (dan mungkin juga penonton yang lain) adalah tahap “best” yang ada di Malaysia……hahahahaha

Best Giler Ba** Si**

Ucapan terima kasih kepada pihak Escape (#escnow) kerana menaja tiket pementasan malam tadi. Juga tak ketinggalan kepada Bro Framestone kerana mengelolakan pembahagian tiket kepada kami.

Foto kredit: Nannie Isa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *