Lazada Janji Bangunkan Lapan Juta Usahawan e-Dagang dan PKS

Lazada

Lazada Janji Bangunkan Lapan Juta Usahawan e-Dagang dan PKS |  Kumpulan Lazadaberjanji akan membantu lapan juta usahawan e-Dagang dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Asia Tenggara untuk tumbuh dan berkembang maju menjelang tahun 2030. Syarikat tersebut juga mengumumkan komitmennya untuk mewujudkan ekosistem e-Dagang yang sihat dan mampan di rantau ini dan juga menerajui pelbagai peluang dalam teknologi dan infrastruktur logistik bagi memberikan manfaat kepada ekosistemnya yang terdiri daripada penjual, pengguna dan juga masyarakat tempatan.

Lazada janji untuk bangunkan lapan juta usahawan

Sebagai sebahagian daripada ikrar tersebut, Lazada akan menyediakan bantuan kepada PKS untuk mendigitalkan perniagaan mereka di samping mendapatkan akses yang lebih baik kepada para pengguna celik Internet dan telefon mudah alih; mengurangkan halangan kemasukan bagi penjual untuk mewujudkan jenama mereka sendiri di Lazada; dan membolehkan mereka memanfaatkan rangkaian logistik syarikat bagi pemindahan barangan.

Dalam sebuah perbincangan panel yang diacarakan oleh Lazada Malaysia mengenai keadaan e-Dagang di Asia Tenggara dan Malaysia; Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata: “PKS memainkan peranan yang penting dalam memajukan lagi ekonomi Malaysia, dan Lazada komited terhadap usaha mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk memacu era transformasi digital yang teguh.  Melalui pemerkasaan para peniaga menerusi teknologi, keupayaan logistik dan rangkaian pembeli kami yang  meluas pada peringkat tempatan dan antarabangsa; kami dapat membantu mereka menjadi perniagaan yang mampan yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan juga Asia Tenggara dalam tempoh jangka panjang.”

Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia

Simon Baptist, Ketua Ahli Ekonomi Global dan Pengarah Urusan, Unit Perisikan Ekonomi (EIU) di Asia menyatakan bahawa untuk membolehkan e-dagang berkembang lebih maju di Malaysia, lebih banyak pelaburan yang masih diperlukan dalam infrastruktur ‘batuan terakhir’.

“Walaupun akses Internet yang secara relatifnya tinggi dan penggunaan pembayaran digital merupakan asas yang baik untuk e-Dagang, terdapat beberapa perkara yang memerlukan lebih tumpuan. Salah satu daripadanya ialah integrasi yang lebih baik bagi penyampaian batuan terakhir dengan rantaian bekalan nasional dan antarabangsa. Kedua, PKS perlu melibatkan diri secara proaktif untuk mengelakkan diri daripada terjejas secara negatif oleh persaingan yang semakin meningkat.  Majoriti besar perniagaan di Malaysia ialah PKS, namun hanya sekitar 32% daripada perniagaan ini menggunakan e-Dagang pada tahun 2016.  Kesedaran tentang e-Dagang dan pembangunan kapasiti dalam kalangan PKS Malaysia, di samping bantuan untuk keupayaan eksport, akan meningkatkan peluang yang membolehkan mereka meraih manfaat. Akhirnya, syarikat dan kerajaan perlu terus berusaha untuk memudahkan urusan pembayaran bagi urus niaga kecil merentas sempadan,” jelas Baptist. 

Perbincangan panel pada hari ini diadakan bersempena dengan Pesta Beli-belah 11.11 Lazada yang bakal menjelang

Untuk menanganiperkara ini, Lejeune menyatakan bahawa dengan membenarkan PKS memanfaatkan rangkaian logistik Lazada bagi memudahkan pemindahan barangan merentas negara,perniagaan akan mampu membuat serahan kepada para pelanggan di mana-mana sahajasekali gus mencipta lebih banyak peluang bagi pertumbuhan dalam e-Dagang disepanjang rantaian bekalan. “Komitmen Lazada  untuk membangunkan 8 juta PKSmenjelang tahun 2030 di ASEAN akan membuka peluang kepada pelbagai industriyang menjadi pembekal kepada e-Dagang untuk berkembang maju, dan initermasuklah logistik, golonganmuda berpengaruh di media sosial (influencers),para pengilang dan pereka bentuk serta industri kotej.”

Lazada juga komited untuk membangunkan bakat dan komuniti tempatan, sekali gus membantu para peniaga hari ini memperoleh akses kepada pengguna mudah alih yang semakin meningkat untuk mendigitalkan perniagaan mereka menerusi pelbagai program dan alat yang dikhususkan untuk mempertingkatkan kemahiran mereka. Lazada Malaysia melancarkan LazStar Academy pada bulan September, iaitu suatu kerjasama dengan Universiti Taobao Alibaba untuk membawa pengetahuan tempatan dan nasihat dalaman daripada peniaga LAZADA yang paling berjaya dan berpengalaman bagi membolehkan pemilik perniagaan menghindarkan kesulitan yang tidak diduga dan mempercepat pertumbuhan perniagaan dalam talian mereka. 

Peneraju e-Dagang di Malaysia juga baru-baru ini telah menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MoA) dengan Universiti MAHSA, bagi membolehkan pelajar berinteraksi dan belajar daripada pembimbing bertaraf dunia daripada Alibaba, TMall dan Lazada.  Perkongsian strategik ini akan menyaksikan penggunaan pengetahuan dunia sebenar daripada Lazada dalam sukatan pelajaran yang diajar kepada pelajar Perniagaan Universiti MAHSA. 

Pada peringkat serantau, Lazada kini memfokuskan pemerkasaan wanita dalam e-Dagang dan keusahawanan digital, termasuk usaha bersepadu untuk menyokong kemajuan kerjaya wanita dan memastikan peluang pembangunan yang saksama menerusi pelbagai inisiatif termasuk program meja bulat, perangkaian dan pementoran wanita. Pada peringkat akar umbi, Lazada kini menggalakkan sebuah komuniti wanita perantauan untuk wanita bagi merapatkan jurang digital menerusi pelbagai program yang menyediakan latihan dan bantuan percuma kepada golongan ibu agar mereka mendapat persediaan yang mencukupi untuk menjalankan suatu stor dalam talian sambil melaksanakan tanggungjawab keluarga.  

Perbincangan panel pada hari ini diadakan bersempena dengan Pesta Beli-belah 11.11 Lazadayang bakal menjelang,  iaitu acara jualan sehari terbesar tahunan Lazada. Ekstravaganza jualan dalam talian 24 jam tersebut akan bermula padatengah malam 11 November 2018, dengan pertunjukan pengiraan detik yang disiarkan secara langsung pada 10 November 2018. 

Leave a Reply